Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

DIA Sentiasa di Sisi...

Imej
KembaraHati : Bila terasa sunyi. Buka mata dan buka hati. Fikir sejenak dan katakan pada diri :
“Wahai diri, kau punya ALLAH ! "
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ada Pelangi selepas Badai..

Imej
Mindset ketika menghadapi ujian hidup:
1. Kenapa ujian seberat ini ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”
Al-Baqarah: 286
2. Rasa frust?
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,  padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,  jika kamu orang yang beriman.”
Al-Imran: 139
3. Bagaimana harus aku menghadapinya?
“dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat  dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk.”
Al-Baqarah: 45
4. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,  diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”
Al-Taubah: 111
5. Tidak! Aku dah tak dapat bertahan!!
“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kufur”
Yusuf: 87

KembaraHati : Jangan hanya kerana kita tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, kita terus menyala…

Arak Menjadi Cuka...

Imej
Assalamualaikum...

Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.”

Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima …

UNIK...BATU RUPA KEK LAPIS..

Imej
Pemandangan yang begitu unik. Ini adalah pemandangan kawasan  bukit batu di Utah, Arizon, Amerika Syarikat yang kelihatan seperti kek lapis, coklat. Menurut kajian Batuan ini dipercayai terbentuk kira-kira hampir 190 juta tahun lalu dan saling bertindih di antara satu sama lain. Kini ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sana...

Masha ALLAH....Cantik mata memandang...Siapa sangka, di atas muka bumi ini ada kawasan bukit batu yang kelihatan seperti kek lapis...Hebat ALLAH kan...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Eh....Geli Tak...?

Imej
Assalamualaikum...
Hari ni kita 'borak-borak'  pasal ular nak..? Hokeh....! Ramai di kalangan kita terutama hawa yang geli kat makhluk di bawah ni kan..Saya pernah punya seorang kawan..yang tak mampu memandang gambar ular ..kerana tahap kegelian yang sangat2 tinggi..:).. Kita tengok serba sedikit info tentang encik ular ni ye..

Ular merupakan reptilia maging yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindan. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat lincah. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepa…

Seri Pengantin..

Imej
Assalamualaikum....

Cuti sekolah masih bersisa lebih kurang 2 minggu lagi... Masih ada masa waktu untuk membawa keluarga bercuti bersama-sama bagi yang masih belum berpeluang melakukannya...
Saya ingin perkenalkan lokasi yang sering saya , keluarga dan adik beradik kunjungi...
Janda Baik...Sebuah lokasi percutian yang sangat menarik untuk percutian keluarga...

Antara resort yang pernah saya bermalam ialah di Seri Pengantin...
Seri Pengantin Resort terletak di tengah-tengah Janda Baik,  terletak 45 km dari pusat bandar.

SERI PENGANTIN RESORT Janda Baik, 686, Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik ,
28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Papan tanda di  pintu masuk dan pemandangan di ruang  hadapan resort berkenaan... Setiap bilik ada bakoni yang mengadap sebuah kolam..Sangat2 kampung...Memang seronok..

Persekitarannya di Seri Pegantin dapat menenangkan  jiwa  dengan kehijauan hutan.Merupakan kawasan perbukitan dan tanah tinggi yang sejuk, mendamaikan dan indah . Boleh dijadikan destinasi percuti…

Kasih dan Sayang Ku Tanpa Syarat Buat Kamu..

Imej
Assalamualaikum....
Rasa seperti begitu lama tidak menjengok ke blog kesayangan ni...Lama Tak menulis sebarang catatan...Lama Tak menyapa kawan-kawan....Terima kasih buat yang masih sudi menjengah ke sini tanpa syarat...

Banyak hal yang perlu diurusi...maka mengekang keinginan untuk berkongsi sesuatu...Bila dah lama tak menulis , saat berpeluang tapi mood menulis pula entah ke mana..Alhamdulillah, hari ni saya heretkan juga tangan ni untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci.....Cuba menyelesaikan catatan yang tertangguh di dalam draf tempoh hari..

Biarpun telah agak lewat ingin juga saya abadikan ucapan selamat ulang tahun yang ke 7 buat puteri kesayangan Ainul Mardhiah pada 11.12.2012 yang lalu.. Semoga anakanda saya membesar sebagai srikandi ISLAM....membina jati diri sebagai Mujahidah  sejati..lahir sebagai seorang Hafizah.. Inilah harapan ummi dan abah..Ain...Ya Allah tinggi benar ke harapan dan impian untuk sang puteriku ini...


 Oleh kerana Tarikh ulang tahun Ain dan sepupunya si …

Tarikh Omputih Kita Ingat Sangat...

12.12.12 ~》 majority post tentang tarikh berkenaan.. tapi tarikh 1/2/34 ade adik kakok,abang2 ingt.. -_- Ada yg tanye 1/2/34 tu tarikh ape.... Ni nak habaq mai ....wah mentang2 skang dok ada kat Peghelih...ngeeee... Hari ni hari JUMAAT .. 1/2/34 Hijriah ..
Senang cakap hari ni 1 Safar 1434 hijrah.. SubhanAllah...MashaAllah.. Cantik Allah susun tarikh ni.. Kene pulak dengan penghulu segala hari... hari JUMAAT..
Selamat Beramal untuk semua....Apa yang tercatat di atas sekadar ingatan untuk saya dan kamu ;)
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Memori Tanah Tinngi Cameron ..

Imej
Enggan menulis panjang...
Biarlah gambar yang bercerita...
Detik2 percutian Di Tanah Tinggi Cameron tempoh hari...
19 N0vember ~ 21 November 2012..
Selebihnya di sini ~> Meredah HiJaU ....MasyaALLAH.....
izan mama mia ... Cari le mana satu akak kat atas ni. ...(✿◠‿◠)
# Sebenarnya...bila tengok gambar2 ni teringat katKak Lang..  (T_T) ...Saat kami bercuti dia terlantar di Hospital....

n3 Merungkai Persoalan...

Imej
Assalam....

Ramai kengkawan yang inginkan kepastian, bonggol apakah sebenarnya yang terdapat di atas Kubah Masjid Nabawi seperti dalam n3 saya di SINI ..

Saya menbuat sedikit penyelidikan  berkaitan perkara itu... Dan inilah hasil yang saya temui untuk dikongsi bersama...Sumbernya saya dapati di SINI

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi

"Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela atau pun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Da…

'Misteri' Kubah Hijau Masjid Nabawi....

Imej
Kubah Hijau.. Nampak tak ada bonggol di atas kubah ini?
Kalau anda pernah terbaca di internet ada satu cerita yg mengatakan itu adalah kubur seseorang lelaki anyg dipanah petir kerana ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik...Dikatakan mayat lelaki tersebut tidak dapat dibawa turun lalu dikambus dan dikuburkan di situ...

Sebenarnya itu adalah satu cerita rekaan dan karut yang digembar gemburkan oleh orang Yahudi..

Itulah maklumat yang diterima daripada pembimbing kami, Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman atau dikenali Abu Anas Madani...Saya juga pernah bertanyakan hal ini kepada seorang mutawif wanita sewaktu kami dalam perjalanan ke Raudhah..Beliau turut mengatakan itu adalah tidak benar.. Pekerja2 masjid Nabawi, BinLaden group , mereka turut mengatakan itu bukan lah sebuah kubur.... Jadi selepas ini andai anda ada terbaca kisah seperti yang saya nyatakan maka jangan lah mempercayainya..

Itu hanya lah sebahagian propaganda puak2 yahudi..

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihata…

KeHilangan demi Kehilangan

Imej
Berdepan dengan kehilangan demi kehilangan......
Bermula dengan perginya abah 13 tahun lalu....Hampir setahun Hospital menjadi rumah pertama abah..Berulang alik dari Jengka ke HKL atau kadang2 di Hospital Mentakab ketika itu adalah mainan bagi saya dan Ina..Pergi pagi, balik malam..Pergi petang balik esokan harinya..Tidur di kaki lima HKL..?? hehe..pernah dengan De..Tidur dalam kereta di stesen minyak, juga pernah bersama Jefri dan juga Ina yang sarat mengandung sulungketika itu..Tapi kami tak kesah..
Hari Isnin malam selasa.tanggal 8 Februari 1999...Saat Izrail menarik Roh abah keluar dari jasadnya..sangat tenang abah... Dikelilingi anak2 dan emak..juga jiran tetangga yang ramai..Abah telah bersedia kiamkan sendiri tangannya...Jari telunjuk abah dalam keadaan seperti ketika membaca tahiyat...Itulah kali pertama melihat sakaratulmaut ...
Dihadapan mereka saya cuba bertahan...jiwa bagaikan sepi seketika...
Untuk beberapa bulan menangisi abah secara sembunyi2....pernah terasa diri kese…

Jom Ikut....

Imej
Saya nak jalan2 ke rumah rodong2 ni... Sapa yang nak ikut moh le kite.... Jom naik keta  pink  ngan budak Maru kat bawah ni..heeee..Moh kite bersilaturrahim..Moh deras...
# Rodong tu Loghat pahang....maknanya sahabat, kengkawan, saing........

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini.

Imej
Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'? 
Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri amaran, Please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? saya yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca artikel ini...

Eh, apasal korang baca lagi. Kan saya dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. saya yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan saya ni. Senang je pun. saya bukan suruh buat benda haram pun. saya cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je...

Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul saya. Sanggup korang langgar arahan saya ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? saya cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak saya tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni?

Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? saya ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH…

Terima Kasih Rodong2....

Imej
Moga kutemui rakan sejati di sini... Bersahabat keranaNYA..

KembaraHati : Rodong bermaksud kawan....
Belum berkesempatan sepenuhnya berziarah ke laman sahabat2...
Insya Allah akan...akan bertandang juga tiba saatnya dengan izin NYA...
Terima kasih yang mengingati dan memahami situasi saya sekarang ini..TERIMA KASIH..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Selamat 'Berangkat' Kak Lang...

Imej
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.. Sebelum Jumaat, saya terima panggilan dari De...Esak tangis di hujung talian cukup membuat saya rasa takut...Makluman dari De, 'kak Lang sekarang nazak'..Itulah yang dimesejkan oleh Alang... Allahurobbi..... Menggigil tangan saya saat mencari nama2 di skrin telefon untuk saya sebarkan berita ini...Saya hubungi Ina , suami pula menghubungi telefon abang Teh... Kami tiga keluarga berpakat gerak selepas Jumaat dengan 2 buah kereta...
Selepas Jumaat..seperti yang dirancang....
Sewaktu kami belum pun begitu jauh dari rumah..telefon saya berbunyi..Tertera nama De...cuak rasanya..Hati berdebar kencang... Terdengar lagi esak tangis de... 'Tam...kak lang dah takde'
Kata2 itu membuatkan saya terdiam tak berkata-kata...Hanya air mata saja yang meluncur laju..
'Tam....' 'tam....' 'tam...' De memanggil2 saya ...Suara saya bagai te…