RUGI dan SANGAT RUGI


RUGI dan SANGAT RUGI.... andai berpuasa tapi TIDAK SOLAT...
rugi dan sangat rugi.... andai berpuasa di siang hari tapi membazir makanan di malam hari...
rugi dan sangat rugi....menahan lapar dahaga dan pada masa yang sama mengumpul dosa..
rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga pada siang hari dan berbukanya sambil berpegangan tangan dengan kekasih hati yang tidak halal..
rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi sepanjang hari menayang aurat tanpa silu...
rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi asyik memfitnah mengumpat mengata...
rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi leka menyantap mata dan telinga dengan maksiat melata...
rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan yang rahmat Allah..
rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan pengampunan Allah..
rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan pembebasan dari api neraka..
rugi dan sangat rugi .... tika mana puasa itu hanya sekedar menahan lapar dahaga...
Sangat RUGI kan.....!
(Lebih kepada ingatan buat diri pemilik blog)


p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Kak iman berkata…
tersangat la rugi kerana mereka adalh dlm golongan yg rugi
Ruse Sulaiman berkata…
sangat rugi... semoga tak tergolong dlm golongan mrk yg rugi. Amin
izz iizza berkata…
semoga ramadhan kali ini banyak memberi ganjaran pahala..:)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...