Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nukilan Buat ADAM dan HAWA..

'Kalau Orang Kita'....

Imej
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik. 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah...

ANTARA MARUAH DAN GAMBAR COUPLE KAMU..

Imej
Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan.... Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.. Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan? Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri. Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita. Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.. Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimew...

Wahai Isteri Yang Baik..Pentingnya Redha Suami..

Imej
Lihat kisah puteri Rasulullah di bawah ini.... Agak2nya kalau kita pula bagaimana ye..? (pertanyaan khusus buat pemilik blog)... Ya Allah tiupkan hati kami dengan roh kebaikan untuk selalu berusaha mendapat Redho suami berserta REDHO MU... Cuba kita renungakan pesanan di bawah ini...Mungkin ianya ada sedikit manfaat buat kita yang bergelar isteri...Selamat beramal.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kenapa Wanita Islam Wajib Menutup Aurat

Imej
Kenapa Wanita Islam Wajib Menutup Aurat...???? Sebab ia telah termaktub di dalam Quran, Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud : Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya merek lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Sama-sama kita ingat mengingati...sama-sama kita lihat diri ... Sama-sama kita koreksi... Semoga kita beroleh redha Allah.... Aurat kita maruah kita... Lindungi diri dan keluarga dari azab pedih yang telah Allah sediakan... ~Pesanan IMAM SHAFIE~ Perbandingan Mangkuk Yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut ~Belajar lah BerSyukur ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Beruntunglah Suami..

Imej
Apabila wanita dapat dididik dengan betul oleh seorang suami, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam. “Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.” Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. ~sumber~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang ...

Jangan Rasa Terhina Jika Tidak BerCOUPLE..

Imej
TERASA ''HINA'' tatkala melihat teman sekeliling mempunyai COUPLE? USAH BERSEDIH. Sebenarnya kamu seorang yang BAHAGIA. ALLAH nak bagi ''SURPRISE'' maka DIA ''MENYIMPAN'' pasangan kamu dan MEMPERTEMUKAN kamu bersama pasangan dengan cara yang HALAL lagi SWEET.:') Bila kita berkahwin kerana Allah... walau tak pernah kenal.. tak pernah bercinta.. tak pernah dating.... Lepas saja lafaz ijab dan kabul, Allah akan campakkan rasa sayang,cinta dan rindu dalam hati kita dan pasangan... Si suami automatik akan rasa bertanggungjawab untuk protect isteri.. dan si isteri akan automatik menjadi taat kepada suami... Sebab tu banyak kes orang yang bercinta lepas nikah, bahagianya lebih dahsyat dari yang dah bercinta bertahun-tahun.. ...Wallahualam... ~✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~ Pesanan Buat Sang Suami dari Seorang SUAMI... :) Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta.. Mampukah Aku.. ~✿ Wahai Isteri...Renung-renungkanlah.... ✿~ ~✿❤~ Pemuda...

Bertuahnya Wanita HIDUP di Dalam ISLAM..

Imej
Seorang ibu adalah WANITA.. Seorang ISTERI juga WANITA.. Seorang anak GADIS semestinya seorang WANITA Beruntungnya seorang WANITA.... Saat dia menjadi IBU...SYURGA berada di bawah telapak kakinya... Saat dia bergelar ISTERI...Dia melengkapi separuh Agama suaminya.. Saat dia dipanggil anak gadis...Dia membuka pintu SYURGA untuk ayah dan saudara2 lelaki dengan amal dan akhlak solehnya.. Maka sebenar-benarnya sangat beruntung seorang yang bergelar WANITA.... Dan ISLAM telah mengangkat darjat wanita berada di tempat selayaknya... Alhamdulillah aku seorang wanita , dilahirkan sebagai anak gadis dari rahim seorang muslimah... Menjadi seorang isteri...berusaha menggapai SOLEHAH.. Dan kini seorang ibu...di telapak kaki ini , ada syurga buat anak2 ku... Maka Ya ALLAH bentuklah diriku menjadi seorang ISTERI.. seorang ANAK.. seorang UMMI.. seorang GURU..dan HAMBA MU yang SOLEHAH... Kerana sesungguhnya Sebaik-baik perhiasan dunia , adalah WANITA SOLEHAH AKU TAK MAHU SUAMI KU BERDOSA Pesanan Buat ...

Pesanan Buat Sang Suami dari Seorang SUAMI... :)

Imej
Buat yang bergelar SUAMI ... Andai kata seorang isteri sedang marah, maka diamkan mulut mu, kunci serapatnya... Bukan tanda kita tak suka, tanda kita sayangkan mereka... mereka dah letih seharian bekerja un tuk membantu kita melaksanakan tanggungjawab... memasak untuk kita, membasuh baju kita, menjaga anak-anak kita, melayan karenah kita, hampir kebanyakan tugas mereka ...sebenarnya untuk menolong mereka... Jika terkeluar dari mulut mereka sebarang cacian, maka tafsirkanlah dengan tafsiran yang baik... abang ni teruk la = abang yang terbaik bagi saya ... abang lelaki tak guna = abang sangat bermakna buat saya... saya bencikan abang = sayang abang sangat-sangat... hantar saya balik rumah mak saya = saya rindukan abang... SUAMI... Tegur mereka dengan lemah lembut dan berhemah :) Tak perlu mereka dikasari dan dipukul, beri belaian yg lembut dan nasihat dengan suarayang rendah... pukul pun hukumnya harus hanya sekadar untuk merubah mereka... bukan mencederakan tubuh badan isterimu.. saya...

Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta..

Imej
Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah,jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangadengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)... Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda.. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , "sy nak awak selalu!" "Senyuman awak buat hati sy tenang." atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa.. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suk...

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Dunia..

Imej
Sudah Bersediakah Kita Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan ...

Cinta ♥ Tidak Memerlukan Sebab

Imej
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka : : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang ...

Mampukah Aku..

Imej
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah.... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Diterik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah. Akhir Kalam....¸.•*...

Secantik-cantik Perhiasan adalah Wanita SOLEHAH

Imej
Maksud Surah an-Nur, ayat 31 Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pu...

Aduhai ...Bertuahnya Kita,.. Wahai Isteri Wahai Wanita.....

Imej
Allah mewajibkan isteri melayani suami. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan layanan itu..? Ramai yang beranggapan bahawa melayani suami itu tertumpu pada hubungan untuk memenuhi naluri manusia, atau hubungan tubuh semata-mata. Lalu perkara lain seolah-olah tidak termasuk di dalamnya. Tidak pula saya berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang perkara di atas.. ^ Cuma saya ingin kongsi bersama apa yang saya temui.. dan selitkan dalam n3 hari ini.. Wahai Isteri-isteri... pernah tak melakukan perkara-perkara ini untuk suami......??? Kalau telah dijadikan amalan, ALHAMDULILLAH... dan kalau belum.. masih belum terlambat ... mulakan saat ini juga.. Melakukan nya, suami isteri kelihatan begitu 'romantik' sekali.. Bukan itu sahaja.. Bahkan yang lebih penting sekali, lihat ganjaran yang ALLAH sediakan untuk isteri2 yang sentiasa menyenangi hati dan perasaan suami... Sebaiknya lakukan kerana ingin mendapatkan keREDHAan ALLAH.. Menyentuh tajuk berkaitan 'layanan' isteri t...

~✿ Wahai Isteri...Renung-renungkanlah.... ✿~

Imej
Seorang Isteri, sudah tentu ingin kan yang terbaik dari seorang suami... Ada ketikanya pengharapan itu mungkin sesuatu yang di luar kemampuan seorang suami... Isteri.. .., Biarkan suami di dalam dirinya... menjadi diri sendiri.. Jangan didesak mereka agar terperangkap di dalam diri orang lain... andai ada kekurangan itu perkara biasa.. Itulah perkahwinan. .bersifat melengkapkan antara satu sama lain.. Keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain... Sama-sama membetulkan .. sama-sama menegur.. sama-sama menasihati ... sama-sama muhasabah diri.. dan Menerima diri pasangan masing-masing seadanya... Mungkin Kisah ini dapat membuka minda ....

~✿..Cinta Selepas Nikah (5)..✿~

Imej
Wanita 1 : Betul U sayang I ?? Lelaki : Ye sayang, I tak tipu. Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I.. Lelaki: I pegang sikit je sayang.. Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana? Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u .. Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I? Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.boleh ye sayang?? Setahun selepas itu. . .

~✿❤~ Cinta Selepas Nikah (4) ~❤✿~

Imej
Si Jejaka : Hi awak, boleh berkenalan, dah lama saya perhatikan awak. Si gadis : Assalamualaikum…sape ni? Si Jejaka : waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum? Si gadis : Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

♥♥..Panduan Muslimah..♥♥ ♥♥ Wanita Solehah ♥♥

Imej
Assalamualaikum... Wanita SOLEHAH tidak akan sekali2 MENYUKAI dirinya DIGODA atau membuatkan lelaki bukan mahram TERGODA dengannya..

~✿Cinta Selepas Nikah (3)✿ HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM NIKAH.

Imej
Cinta Sebelum Nikah..dah Nikah jangan macam ni pulak.. Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti ‘couple’ ), Hati-hati dengan cinta sebelum Nikah. Mula-mula ustaz-ustazah, Kemudian awak-saya, Kemuncaknya abang-ayang

Siapa Wanita dimurkai .. ???

Imej