Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Kisah BENAR...Hampir2 Dah Melupakan Gambar Ni..

Imej
Belek2 album FB...rindu pada gambar2 lama.... Tetiba terpandang pada satu gambar..Kenangan 2007.. Cuba perhatikan gambar ini...Gambar misteri ini diambil ketika saya sekeluarga bercuti di Beach Resort Kuantan....Ia terakam tanpa sengaja sewaktu saya mahu mengambil gambar Ain yang berumur setahun lebih ketika tu..Entah macam mana saya tertekan kamera dalam keadaan tidak bersedia ke arah luar bilik hotel... Pada awalnya ketika saya memeriksa kamera ia hanyalah paparan yang gelap saja... Tetapi 2,3 hari kemudian apabila melihat kembali gambar tersebut  apa yang terhasil ialah satu imej misteri berwarna merah  muncul dalam gambar tu.....   Sekali imbas macam Ultra man..Dua kali imbas power rangers pun ada..hehe... Dalam bulatan tu adalah pantulan cahaya flash dari kamera saya..   p/s: Ni memang gambar dari album peribada saya ye..Bukan pinjam dari atuk google tau..

Terjah Ekspo Buku di Kuantan Prade...

Imej
Assalamualaikum... Selepas solat Jumaat tadi kami sekeluarga meluangkan masa untuk ke ekspo Buku Islam Pahang di Kuantan Prade...Perjalanan  2 jam dari Bandar Jengka ke Kuantan..  Sebanyak 70 booth di buka..Sangatlah rambang mata..Dah namanya pun Ekspo Buku kan...Seronok melayan kerenah bebudak 2 orang ni memilih buku...Dua2nya pun dah menurun ummi...hehe...Kepada warga Pahang yang berhampiran boleh la datang ke ekspo berkenaan yang bermula dari 26 september hingga 2 Oktober.. ♥♡ Terima kasih pada yang sudi singgah..Nanti akan saya terjah kembali kamu...,kamu...,kamu...,  Sayang semuaaaa....Daaaaaaa...! ♥★ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang

Allah Dah Pinjamkan..Kita Jaga Elok2..

Imej
  Antara keratan akhbar berkaitan pesakit yang menderita penyakit buah pinggang..  Gambar Ehsan Google Buah pinggang adalah hadiah dan amanah dari Allah....Ia cuma sebesar genggaman tangan kita sahaja..Berbentuk seperti kacang merah...Cuba lihat di SINI ..Buah pinggang kita bertanggungjawab untuk mengeluarkan bahan buangan yang ada di dalam tubuh. Betapa pentingnya buah pinggang ..Jadi kita perlu  menjaga kesihatannya untuk kesihatan tubuh badan kita.Bagaimana untuk mengekalkan buah pinggang yang sihat.? Tips di bawah mungkin bermanfaat untuk kita.. 1. Jangan amalkan minuman berkarbonat yang berlebihan. Minuman berkarbonat mungkin boleh memberikan kesegaran terutamanya ketika hari yang panas, tetapi mengambil minuman berkarbonat setiap hari boleh menghakis buah pinggang anda, yang mana akan menyebabkan berlakunya penyakit buah pinggang. Adalah disyorkan agar anda mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dengan cara meninggalkannya terus atau menghadkan pengambilann

Teringaaaaaat Sangat2.....

Imej
Tadi kebetulan tertengok berita jemaah Haji yang dah berlepas ke Tanah Suci.. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan... Sayuuuuu je rasa hati.... Dah 2 tahun berlalu.... Rasa nya sangat pantas masa meninggalkan kita... Sedangkan ianya seolah-olah bagaikan baru semalam saya dan en zauj menjadi Dhuyuf Ar Rahman 2010 tempoh hari. Teringat kali pertama memijak bumi Haramain..Kami tiba di sana ketika itu dalam pukul 12.oo tengah malam waktu tempatan.. Ketika kaki melangkah ke Masjidil Haram, minda masih tak mampu membayangkan bagaimana keadaan Masjidil Haram... Hati sentiasa berdebar-debar bila langkah kaki kian hampir... Di kala Masjidil Haram tersergam di depan mata , Debaran semakin kencang..    Segala macam rasa berkumpul menjadi satu..Tak sabar waktu tu untuk menatap sendiri Kaabah yang sering dilihat di kaca tv dan di dalam gambar...Bila memasuki  ruang dalam Masjidil Haram tiba2 perasaan sayu , sedih, hiba, gembira semakin kuat  .. Pandangan mata terus melekat ke had

Awak Macam Mana..?

Imej
Kawan2..Kalau nak kenal saya, lebih kurang macam ni la.... Lain orang mungkin lain persepsi jika bertemu untuk kali pertama dengan tuan belog ni... Sesetengah orang mungkin menganggap saya orang yang pendiam... sesetengah yang lain mungkin menganggap saya seorang yang mudah didekati.. Ada sesetengah pula mungkin beranggapan saya seorang yang lucu dan gila2.. Macam2 pandangan orang pada saya..:) Tapi saya tak kisah..:)   Kadang2 saya boleh terus mesra  macam dah kenal lama  dengan seseorang walau dipertemuan kali pertama... Kadang2 yang lain pulak saya perlu mengambil masa untuk mesra dengan seseorang... Tak menentu...kan.. Lihat perwatakan orang yang ada di hadapan saya dulu... Agak2nya kawan-kawan macam mana..??? p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurang

'26 September' Datang Lagi

Imej
Tak mudah sebenarnya untuk membentuk diri menjadi ibu yang benar2 tabah.. Dan saya mungkin bukan lah dari golongan itu..Namun saya sentiasa berusaha ke arah itu...Walau mulut sering berkata redha dan sabar , tapi hati selalu juga terkenang-kenang... Selalu menerima pertanyaan.." tak nak mengandung dah ke" Apa yang boleh saya katakan..Sekarang saya tak akan berharap seperti dulu.. Andai ada rezeki adalah.. Jika tidak..., Allah itu lebih mengetahui..barangkali saya hanya mampu menjadi ummi kepada sepasang cahaya mata.. Di sekeliling saya pun berapa ramai wanita2 yang menanti untuk menjadi ibu,ummi dan mama sejak bertahun-tahun...Jadi saya bersyukur dengan apa yang ada di depan mata...Saya pasrah takdir yang telah dicorakkan dalam hidup saya... Walau sebenarnya saya sangat2 mengimpikan sebuah keluarga yang besar sebagaimana keluarga saya dan keluarga sebelah en.zauj... :) .... Satu lagi nukilan untuk Ai'syah .... September 2012.... 26 September datang dan singg

SAHABAT… Tolong Ingatkan Aku..

Imej
    SAHABAT…… Tolong ingatkan aku.. Tentang dosa dan pahala, Tentang syurga dan neraka, Tentang dunia ini sementara, Tentang akhirat yg kekal selamanya, ... SAHABAT… Tolong ingatkan aku.. Tentang aku beriman dengan Tuhan yang satu yaitu Allah SWT, Tentang Rosul pengutus yang mulia, Tentang iman hari ini yang aku miliki, Yang dipertarungkan dengan siksa jasad dan nyawa, SAHABAT….. Tolong ingatkan aku... Tentang malaikat si pencatat amal, Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal, Tentang malaikat penanya penyiksa di kubur, Malaikat si penjaga neraka, barangkali aku kan dihambat ke sana, Malaikat si penyambut di syurga, barangkali sedang menunggu ku dengan senyum tawa... SAHABAT…. Tolong ingatkan aku, Tentang mati yang pasti, Esok hidup belum tentu lagi, Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari.. SAHABAT….. Tolong ingatkan aku... Tentang kita adalah seorang, Allah pemilik segala, Tentang aku hamba yang hina semata, Hamba tidak berdaya melainkan

Fuh...! Alhamdulillah ..LEGA nyaaaa...!

Imej
Maghrib tadi waktu nak menutup segala pintu dan grill rumah, tetiba along bersuara.. "ummi..Kitty mana balik lagi ummi...dari pagi tadi dia keluar.." "Ye ke.." Tanpa berlengah saya menjenguk kepala keluar pintu sambil memanggil.... "Kittyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy".. dua tiga kali dipanggil pun masih tak muncul, akhirnya saya merapat dan menguncikan gril, juga pintu... Lepas maghrib sekali lagi saya menjenguk ke pintu belakang manakala along mengintai di pintu depan... Hampa! Kelibat Kitty masih juga belum kelihatan... Hati saya berdebar sebenarnya... Saya cukup bimbang  dan berdoa sangat2 jangan lah Kitty 'dicolek' orang..atau janganlah Kitty terserempak dengan Orang Vietnam yang mungkin tetiba lalu di depan rumah kami... Dengar cerita Orang Vietnam yang berumah tangga di Matau tu sangat berselera dengan kucing... Kucing dan anjing yang dulu berkeliaran di kawasan Matau dah 'licin' katanya...Dibenak saya sebenarnya ter

Opie Oh Opie...

Imej
Assalamualaikum ' tawan-tawan '.. Tempoh hari saya ada berkisah pasal budak jantan sekor tu, Si Dony...Boleh baca kat SINI kalau anda peminat kucing (mesti gigit lidah nanti...geraaaaaam)..... Kali ni nak bercerita tentang Opie saya pulak...Ni la dia budak Opie tuuuu...ensyem la sangaaaaat.. Sejak dah dikasi ni dia punya badan macam dibaja-baja.. gemuk kau sekarang ye Opie... Dulu pun Opie pernah jg gemuk walau pun tak segemuk macam ni...Tapi sejak dia mula  'miang' (istilah yang doktor budak2 bulu ni gunakan) Opie mula lupa makan dan minum...selalu saja bergaduh..Dalam rumah pun sedar-sedar dah hancing setaman..... Opie pernah masuk wad hampir seminggu gara-gara luka akibat bergaduh... Besar sangat lukanya untuk seekor kucing seperti Opie... Lubang lukanya tembus dari atas ke bawah...Bayang kan lah... Bila Opie dah keluar wad terpaksalah saya jadi nurse pulak..tiap-tiap hari kena cuci luka Opie, kena isi ubat, kena bagi makan antibiotik...Punya la culas makan

Kebetulan Pulak kan....!

Imej
...ASSALAMUALAIKUM...   Hari ni ambik peluang mengedit  blog..Edit la apa yang patut..Tujuannya untuk nak ringan kan blog...Rasa macam sarat je yang dulu tu...Sekarang blog ni berubah la siket Tapi nak make up cantik2 macam orang lain tu tak pandai ler teman..Seadanya sahaja la..sesedap mata sendiri menegok dan memandang ...Mana2 widget yang samping2an tu habis di buang..Harap2 kengkawan mudah dan takde masalah  nak masuk sini dan lepak kat sini....  Wah! Macam bagus, sapa lah yang nak melepak sangat kat sini..C'Jai harap apa yang ada di sini... tak banyak , sedikit akan  dapat memberi sesuatu yang berfaedah untuk sesiapa sudi singgah sini... Sempat juga lah tadi bw ke beberapa blog kengkawan yang lain...Eh..eh..kebetulan pulak... Macam berjanji-janji ..ramai juga blog yang berwajah baru..Antara yang C'Jai perasan...blog mama aryaan , Bunga Hati Mama ,  kak tini (umialya)  kalau tak silap C'Jai la kan....  Tapi kalau tak percaya try la masuk ke belog depa...t

Tak Nampak, Tak Semestinya Tak Ada...

Imej
  Kisah yang saya nak share ni ada sedikit persamaan dengan Kisah INI .... Cuma jalan ceritanya agak sedikit berbeda....   Alkisah, ada seorang ateis mengajak seorang alim berdebat.Soalan debatnya : Adakah Tuhan itu Wujud..? Lalu kedua-duanya bersetuju dan menentukan tempat dan masa untuk berdebat. Tiba hari yang dijanjikan.Si ateis dan hadirin sudah agak lama menanti si alim yang belum tiba lagi.Beberapa ketika kemudian, si alim pun muncul.   "Maaf kerana membuatkan kamu semua tertunggu-tunggu.Sebenarnya tadi saya terperangkap di rumah kerana banjir.Betapa besarnya bah itu, semua penduduk kampung terpaksa duduk di atas bumbung.Jadi kami tidk boleh ke mana-mana. Hanya menuggu bantuan luar sampai."   "Tiba-tiba ada sebatang pokok tumbang.Tidak semena-mena semua dahan , ranting , dan daun-daunnya terpisah dengan sendiri. Batang pokok yang tinggal pula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi sampan.Saya pun datang lah ke sini dengan menaikinya."

OK Tak Hantaran Kahwin ni...? :)

Imej
Okay tak buat hantaran macam ni.... hehe... ? ^___^' JANGAN DITANYA KENAPA dan MENGAPA andai MENERIMA HANTARAN sebegini rupa. Save budget :') SELIPAR JEPUN untuk p ambik wudhuk ^^ p/s : HANTARAN sebagai ADAT MELAYU sahaja. Apa yang PENTING, MAHAR PERKAHWINAN...kan.. Senyum..Senyuuuuuum.. Jangan Maraaaaaaaah.. SUMBER: FB p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Apa Perasaan Anda Lepas Baca Ni...

Imej
Cuba anda baca dengan penuh penghayatan artikel di bawah ni.. Kemudian perkataan SAYA tu sebut nama anda sendiri dan IBU SAYA plak ganti dengan nama ibu anda ... Bismillah hir rah man nir rahim.  Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian  yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA , wahai SAYA Bin IBU SAYA , wahai SAYA Bin IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah m

Akhirnya Ku Fahami....

Imej
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145] Setiap kali mendengar hadis ini otak saya ligat berfikir apa maksud sebenar asing yang terdapat di dalamnya...Hingga siang tadi selepas mendengarnya sekali lagi di IKIM saya nekad untuk meneroka dan mencari maksud asing itu....Akhirnya saya bertemu jawapan yang dihuraikan oleh Abu Saif di SINI .. Alhamdulillah.. Saya diberi pencerahan minda secara tidak lansung ... Suatu waktu Islam itu hadir bilamana manusia berada dalam kerosakan...Pembunuhan, pergaduhan, penzinaan menjadi sesuatu yang biasa.. Maka saat seruan dan syiar Islam ingin dilebarkan, sesuatu yang baik yang dibawa dan disampaikan oleh nabi menjadi satu perkara yang janggal pada mereka.. Jika kita kaji Islam di awalnya , berkembang dengan disulami cacian dan maki hamun..Betapa hebatnya tentangan mereka terh

Seakan Gugur Jantung..ALLAHUROBBI..!

Imej
Hajat hati mulanya nak update kisah cuti 3 hari baru ni..Tapi rasanya ada lagi kisah yang saya kira lebih menyentuh hati keibuan saya... Maghrib 18 September 2012... Usai solat saya mencapai Quran..Baru saja memulakan Bismillah tiba2 telefon bimbit berbunyi.. "Ayang..along ada balik ke rumah tak..?"terdengar suara abah anak2 saya dihujung talian..jelas kedengaran cemas bunyinya....Tak sedap hati mendengar, lantas bertanya... "Kenapanya abang" "Along tak de lah.. abang dah cari tapi tak jumpa..." Kali ini jantung saya seakan direntap... "Abaaaang....!! Janganlah...."saya mula ingin menangis... "Jap abang cari dalam toilet" abah anak2 saya pantas memotong kata seorang ummi yang mula kebimbangan...talian diputuskan... Ke mana pula anak saya... mereka berdua sama-sama ke masjid tadi..Saya berdebar...Ya Allah selamatkan putera saya..hanya itu satu2nya putera yang saya ada.. Saya termenung seketika hampir2 menutup Quran yang terbuka...Namun a

Ibu Yang Tak Punya Hati

Imej
Gadis campak bayi dari tingkat 3 flat Seorang ibu tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam. Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi. Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada. SUMBER #@*#@*#@*#@*#@*#@* Zalimnya seorang ibu pada diri sendiri...Sembilan bulan membawa anak di dalam rahimnya lalu bila keluar tergamak anak itu dicampak seperti mencampakkan sampah sahaja layaknya.. Di mana nilai kasih sayang seorang ibu.... Biar apa pun alasan yang diberi...keadaan ini tidak seharusnya berlaku... Menangis hati ini melihat tubuh si kecil yang tidak berdosa kaku dihempas ke tanah dari tingkat 3.. S

Kisah Pengemis

Imej
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan, diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar

....Merdeka Raya....

Imej
Aktiviti kemuncak untuk bulan syawal bagi sekolah-sekolah di seluruh negara....Apa lagi haruslah jamuan Hari Raya peringkat sekolah... Oleh kerana UPSR berlangsung minggu ke 2 selepas raya, jamuan yang dirancang telah dilewatkan iaitu akan dibuat selepas tamat UPSR... Hari terakhir UPSR hari tu, satu sekolah dok merewang untuk persiapan keesokan harinya.. Kerja-kerja merewang pun dimulakan betul2 sehabis bebudak Tahun 6 menjawab periksa..Takut terganggu kosentrasi bebudak ni nanti..Maklumlah dewan sekolah pulak berhampiran dengan kantin... Kami ni kalau ada acara2 besar memang selalunya bergabung dengan pengusaha kantin dan para ibubapa untuk sama-sama memasak.....Maka riuh rendah lah jadinya serupa macam orang nak berkenduri kendara majlis perkahwinan lagi gayanya...Hai...apa tidaknya..tumbang lembu sekor... Jemputan pulak semua penjaga satu FELDA ni...mau tak meriahnya ... Lemang saja 60 batang..Yang ini Ketua Kampung merangkap pengusaha kantin sponsor... Cikgu-cekgi mana-mana yan