Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Perjalanan

Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..

Imej
Berkisar tentang ‘Hari Keluarga ‘ yang berlangsung di Pulau Santap, Janda Baik baru-baru ini. Ideanya datang secara spontan,untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini yang bertarikh pada 23 April 2011… Kali kedua kami berFamily Day di sini..Kali pertama dahulu kami bermalam di D’Ark Resort… Terkadang sesuatu perkara yang dirancang dalam keadaan tergesa-gesa ada ketikanya lebih ‘cantik’ dan menjadi daripada sesuatu yang kita rancang dengan penuh ketelitian...Ia menyedarkan saya sesungguhnya “wamakaru wamakarullah"..

Tanah Haram Kian menggamit Hati….

Imej
Assalamualaikum Menyambung sedikit lagi catatan Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah.. yang tertangguh tempoh hari... ALLAHUROBBI..!! Terasa diri semakin hampir dengan BAITULLAH... Penerbangan kami di awalkan iaitu 27 Oktober 2010 … Sebaik mendapat kesahihan ini, barulah saya dan en.zauj menyediakan kelengkapan haji, membuat pasport dan visa serta mengambil suntikan yang untuk Jemaah haji.. Terasa begitu hampir untuk meninggalkan tanahair.Tidak sabar rasanya untuk berada pada tarikh 27 Oktober… Bermula saat ini saya mula berpesan kepada Along dan Ain..walaupun sebelum ini saya selalu bercerita tentang kemungkinan kami akan berhaji dan meninggalkan mereka di tanah air pada tahun ini… Dan setiap kali saya seusai solat…saya panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan saya di sana dan permudahkan juga orang yang akan saya tinggalkan.. Along akan ditinggalkan bersama Mak Tehnya kerana senang untuk ke sekolah.Sedangkan Ain mahu bersama wan dan ibunya iaitu adik ...