Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Agama

BENAR ATAU BATHIL?

Imej
Salam Maal Hijrah.... Terdelebih dahulu ingin mengucapkan selamat menyambut 1 Muharram 1434. Moga tahun ini membwa lebih kebaikan pada diri kita..dan cuba untuk islah diri kepada yang lebih baik.. Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang dishare oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman ( Abu Anas Madani ) di mukabukunya... Artikelya saya gali dari SINI untuk dikongsikan bersama.. ********************** DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN - ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL? Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun. Berikut adalah doa yang dimaksudkan: Awal tahun "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tet...

Rahsia Keajaiban Nombor di Dalam Al-Quran

Imej
Lihat Kebesaran Allah yang Maha pencipta..Kita selalu membaca Quran..ye selalu membacanya..Tapi sekadar membaca..betul kan....? Alangkah indahnya jika kita memahami maksud yang terkandung di dalamnya... Beruntunglah mereka yang memahami makna ketika membaca Kalam Allah ini... Buat kita.., tak mengapalah...teruskan membaca, mungkin kita boleh membaca beserta tafsir.. Saya ingin berkongsi, Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: Subhanallah... Masya Allah..! Indah dan cantik aturan ALLAH... · DUNIA – 115 kali · AKHIRAT – 115 kali MALAIKAT – 88 kali SYAITAN – 88 kali · HIDUP – 145 kali · MATI – 145 kali FAEDAH – 50 kali KERUGIAN – 50 kali · UMMAH – 50 kali · PENYAMPAI – 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali  · BALA/MUSIBAH – 75 kali · BERSYUKUR – 75 kali BERSEDEKAH – 73 kali BERPUAS HATI – 73 kali · ORANG YANG SESAT – 17 kali · ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali MUSLIMIN ...

Paling Terang Dari ANGKASA....

Imej
  Tempat yang palig SUCI di muka bumi... Di atasnya megah berdiri bangunan SUCI, Kaabah dan Masjid Nabawi... Allahurobbi..SUBHANALLAH....!  Tengah malam di Masjidil Haram..  Maghrib di Masjid Nabawi.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

BEZA AIR MAZI, AIR MANI DAN AIR WADI

Imej
   Apakah perbezaan dari segi hukum dan ciri atau sifat fizikal antara air mani , air mazi dan air wadi ? Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani.Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib. Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah . Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan). Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja. Sekiranya air mazi...

.: Luasnya Neraka :.

Imej
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.' Lalu Nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk d...

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Imej
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,   “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.   Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”  Nabi saw. menjawab,  “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”. H.R. Hakim Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. itu telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan te...

Jangan Jadi Macam Ni eh..!

Imej
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31). Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan). Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demiki...

Doa Untuk Menepis SANTAU..

Imej
"Ramai yg kena santau makanan melalui Kedai-kedai makan yg meletak santau pelaris... baca 7x "bismillah allazi la yadhurru" ketika hendak makan,, boleh pecah bekas makanan yg ada santau tu. " ... Via Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ------------------------------ ------------------------------ - Sumber yang diperolehi daripada FB..Rasa sangat bermanfaat untuk kita share bersama.. Maklum sajalah SANTAU ni tak mengira siapa... Setiap orang mungkin saja berisiko untuk menjadi mangsa... Untuk mengelaknya seelok kita amalkan ayat di bawah ini.. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim) Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Bila baca ayat ini , teringat... selalu ada di TV OASI...

Tahu Tak Nama-Nama Neraka...???

Imej
Assalamualaikum... Semalam berkesempatan untuk ke kuliah mingguan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man... Beginilah saya, dalam cuba memenuhi tuntutan ROHANI,...ada ketika berkesempatan, dan banyak dari ketika-ketika itu yang tercicir..Allahurobbi...! Mengejar keduniaan memang tak akan cukup masa yang diperuntukkan ... Sesekali mencuri masa dalam keadaan fizikal yang agak letih dek kerana tugas, itu tak mengapa.... Apalah dikira letihnya badan jika dibandingkan dengan nilai ilmu yang akan diperolehi... Cerita Ustaz tentang azab di neraka...Ya Allah...mendengarnya pun sudah tak tertanggung rasanya... Setelah selesai dihisab nanti manusia akan dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing.Kemudian Jibril akan terbang di atas neraka sambil itu kedengaran rintihan ahli-ahli neraka yang di azab...Untuk menghabiskan perjalanannya itu memakan masa 400 ribu tahun akhirat... Bayangkan betapa luasnya Neraka Allah.... Api yang membakar sekecil ini pun kita sudah tak mampu menaha...

Trade In Barang Kemas..'Bagaimana Cara Yang Betul Mengikut Islam'

Imej
Assalamualaikum.. Wanita...Emas..Wanita...Emas...Wanita...Emas..Wanita...Emas... Apahal pulak ni...Wanita...Emas..Wanita...Emas... Sebenarnye nak bagi tahu....Orang perempuan dengan barang kemas ibarat 'lagu dan irama' , bagai 'ombak dan pantai ', seperti 'our dengan tebing' ... Begitulah rapatnya kedua 'makhluk' ini .. Walau ada juga dikalangan mereka yang tidak begitu obses tetapi kebanyakan mereka memang sangat obses dengan barang kemas yang melibatkan emas.. Kadang-kadang bila jemu dengan design lama pergi kedai emas tukar yang baru..betulkan..? Biasanya kita guna istilah Trade In ... Untuk barang kemas yang bersumberkan emas kita tak boleh Trade In sesuka hati sahaja.. Ada caranya... SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTA...