Merawat Marah



Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Setiap manusia mempunyai sifat marah..... dan sabar sebenarnya adalah perisai kepada sifat itu.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Bagaimana kita boleh merawat perasaan marah..? Apabila datang kemarahan dalam diri ...,perkara yang harus kita lakukan adalah seperti berikut:
  • Baca ta'awuz.
Apabila datangnya marah. banyakkan membaca TA'AWWUZ.Brlindunglah daripada syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.Bacaan TA'AWWUZ itu ialah


Maksudnya: aku berlindung diri kepada Allah daripada syaitan yang direjam

  • Mengubah posisi .
Ubah posisi ketika sedang marah kepada posisi yang lain.Misalnya jika sedang berdiri,cubalah duduk, jika sedang duduk cubalah berbaring.Jika berada di dalam bilik cubalah keluar ke tempat yang lain.Jika tidak boleh juga hilang kemarahan itu...cubalah tidur kerana ia kamn meredakan perasaan marah apabila kita bangkit dari tidur.

  • Mengambil Wuduk.
Apabila kemarahan sedang memuncak, digalakkan untuk mengambil wuduk kerana wuduk dapat menyejukkan api marah yang sedang marak menyala.

  • Banyakkan berzikir.
Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri mengingati Allah SWT kerana syaitan mudah menguasai seseorang yang hatinya lalai mengingati yang Maha Esa.


Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(ali-’Imran: 133-134)


SUMBER: Buku 'Menangani Sifat Marah'
Oleh Dato' Dr Hj.Mohd Fadzilah Kamsah

Ulasan

RHI berkata…
akak ada macam jugak buku ni..

itulahkan, kita perlu cekalkan hati..dan banyak bersabar
Jahirah berkata…
betul lebih banyak yg xelok bila marah ni...semua tak kena...bagus perkongsiaan ni...
insan_marhaen berkata…
marah itu disertai oleh syaitan..
insan_marhaen berkata…
betul kak Yatie..kena banyak2kan sabar dan beristigfar selalu..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...