9 Zulhijjah Dalam Kenangan


Tanggal ini  menjadi kenangan seumur hidup... Bermula 8 Zulhijjah saya bersama en zauj serta rakan2 yang lain bergerak ke Padang Arafah untuk persediaan Hari wukuf 9 Zulhijjah . Bermula perjalanan sebenar kerja haji kami...berada di dalam khemah  Padang Arafah beserta lautan manusia yang pelbagai rupa , warna kulit, bahasa dan bangsa...Di sini kami berkumpul dengan membawa satu tujuan..satu matlamat..mencari KEREDHAAN-NYA..Memohon KEAMPUNAN-NYA...dalam perhimpunan AGUNG ini..

Arafah telah menjadi saksi betapa basah buminya disirami dengan air mata keinsafan  manusia-manusia berdosa...Hati2 yang keras dan angkuh tersungkur di bumi ini bersama seribu kesalan atas dosa2 semalam..Pada hari Wukuf Allah berasa bangga dengan hambanya yang berkumpul dan memohon keampunan..Saat ini Allah  turun ke langit dunia...

Tidak pernah selama hidup ini air mata saya mengalir bagaikan aliran sungai  yang tanpa henti....Inilah ketikanya, sewaktu di Padang Arafah...Segala dosa2 selama hidup ini..dosa pada suami, ibu, abah, anak2, adik beradik,saudara mara jiran2 , rakan2 atau sesiapa sahaja yang pernah singgah dalam hidup ini...satu persatu hadir... Saya benar2 menangis..benar2 ingin membasuh dosa yang pernah dilakukan...Hingga saya menulis pada kertas setiap  kesilapan lalu yang diingati untuk saya lagukan dalam doa memohon keampunan TUHAN..Setiap insan yg ingin saya  doakan, saya tulis nama mereka agar tiada satu pun nanti yang akan tercicir... Benar2 Ingin mengambil kesempatan dihari yang Allah akan mengampunkan segala kesalahan lalu hambaNYA.

Nabi s.a.w pernah menyatakan, hari 'Arafah adalah hari yang palig dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaita akan menjadi lemah kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian ahmba-hambaNya yang beramal soleh.Hari dibukanya pintu langit, dilimpahkan kerahmatan, dan dibukanya pintu penerimaan yang seluas-luasnya oleh Allah untuk hambaNya. Tidak ada hari yang lebih banyak rahmat dan berkat, lebih terang cahayanya serta lebih luas penerimaan dari Allah selain dari hari itu. Tidak ada waktu syaitan menjadi terlebih keji, terlampau hina, tersangat kecewa dari hari-hari tersebut kerana kurniaan yang sangat agung dari Allah Ta'ala terhadap hambaNya.

Sebenarnya Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji ..

Begitulah, besarnya makna 9 Zulhijjah buat hamba-hamba Allah yang benar-benar menghayatinya. Sebuah kisah cinta dua insan yang diabadikan oleh Allah dan di hari itu juga Dia hadir untuk melimpahkan cintaNya buat seluruh hamba-hambaNya sama ada yang pergi menunaikan haji atau pun tidak.Kebanyakan daripada kita hanya melihat hari 'Arafah sebagai hari yang hanya untuk buat jemaah haji semata-mata tanpa cuba untuk menyelami ruh haji bagi yang tidak pergi menunaikan haji. Semoga kita termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan....

Selama hayat dikandung badan, jika kita berdosa janganlah pernah berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah.


Suasana di Padang Arafah pada Hari Wukuf....di sinilah perhimpunan manusia dari seluruh pelusuk dunia berlansung....Gambaran padang Masyhar..Jemaah digalakkan untuk perbanyakkan berzikir dan berdoa pada hari ini sehingga tergelincir matahari..Berdoalah bersungguh-sungguh alirkan airmata keinsafan sebanyak mungkin hingga basah bumi Arafah ini...kerana Allah telah berjanji akan mengabulkan doa hamba2nya waktu ini...dan rugilah barang siapa yg keluar dr Arafah dalam keadaan Allah tidak mengampunkan dosa-dosanya...ALLAH HUAKBAR!!!!!!!!

Kenangan sewaktu Hari Wukuf di Padang Arafah..Hingga detik ini setiap kali menempuhi tarikh keramat  9 Zulhijjah saya masih terbayang-bayang akan suasana dan perasaan ketika di sana suatu ketika dulu...hingga terpaksa menyeka air yang hampir gugur di birai kelopak mata..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Ira berkata…
seronoknya baca cerita akak g Padang Arafah. Alangkah seronoknya jika kami juga dapat menjejakkan kaki ke sana.. :)
Aisy Nasiha berkata…
Alhamdulillah akak dan suami dh bjaya jadi tetamu Allah. Saya pun harap akan dipanggil juga ke sana suatu hari nanti.. Mmg masa dgr org citer atau baca kisah akak ni mmg rasa seronok, rasa tak sabar nak mgerjakan haji..
mama aryan berkata…
menitis airmata saya baca kak..insyaAllah andai diizinkan teringin saya nak ke sana
Si Matatajam berkata…
Sebak M baca..rindu rasa nak ke sana..
syiela berkata…
seronoknya kak.. harapnya kami dapat jejakkan kaki kek sana suatu hari nanti

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...