Cuak Seketika..
^
^
^
Begini ceritanya...
Dalam pukul 11 malam ,selepas terjaga dr tidur dek kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.. saya mengisi ruang masa duduk di hadapan lappy.. Hajat hati ingin menyambung kembali n3 yang tersadai di dalam draf...Tapi bila log in, malangnya blog saya tak ditemui..Haish..! Terkejut dengan kenyataan itu..saya cuba berulang kali..tapi setiap kali itulah dinyatakan blog saya telah diremove..... Cuaknya rasa... terbayang kembali catatan2 dan nukilan2 yang telah dihasilkan di dalam blog ini... Saya tak akan mungkin mampu menulis dan mencatat kembali sekiranya blog ini 'ghaib'...Saya check semula kotak email.... pukul 9.49 malam masih menerima komen daripada rakan blogger..Komen terakhir yang diterima adalah dari Aisah Jahirah yang mengomen n3 Alkisah Seorang Penjual…Maknanya dalam tempoh waktu tu blog saya masih dilihat oleh rakan-rakan...
Dalam keadaan hati yang berdebar saya cuba bertenang..mengadu pada cik abang yang juga sedang mengadap lappy... Sangat2 kebetulan pula, en zauj punya seorang rakan yang ada kepakaran dalam bidang ini..Saya menanti hasilnya dalam debaran...dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. setelah digodam oleh yang pakar akhirnya blog saya ditemui kembali... Terima kasih Ya Allah..Terima kasih tak terhingga saya pada en.zauj tercinta dan en.jaguhinternet..Tak terbalas budi anda..
Menurut En.jaguhinternet ada yang cuba masuk ke blog ini..tapi disebabkan password yang digunakan itu salah maka en google telah menyekatnya..Wallahualam..saya pun tak pasti , sejujurnya saya zero dan tiada kepakaran menjejak punca ianya terjadi..
Kalau lah blog ini terus ghaib..mungkin saya tak akan berblog dalam masa terdekat ini...Barangkali saya perlu mengambil masa untuk kembali membina tapak baru......
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan