Masih Terpahat Dalam Memori..
Hari ini 9 Zulhijjah Masih juga Dalam Memori....Di sini ... di dalam khemah penempatan jemaah haji Malaysia kami ditempatkan mengikut kumpulan atau pakej haji yang kami ikuti... Saya beserta dengan jemaah yang diurusan oleh Syarikat Ash-Har Travel ditempatkan di dalam dua buah khemah..Sebuah khemah untuk lelaki dan sebuah khemah lagi untuk jemaah wanita..Seusai subuh kami bertadarus Al-quran dalam kumpulan kecil...Selesai bertadarus kami digalakkan memperbanyakan berdoa secara besendirian....Setelah bersolat jemaah Zohor kami mendengar khutbah yang dibacakan oleh Imam yang dilantik... Selepas waktu zohor ini secara individu kami melakukan sendiri solat-solat sunat seperti solat taubat dan solat hajat....selesai ibadah2 solat ini kami akan menyambung dengan berzikir dan berdoa... memanjat keampunanNya...merayu dengan mendayu agar dosa2 kami terampun di sini...kami ingin seolah bagai bayi kecil yang baru dilahirkan tanpa dosa ...bersih suci tanpa noda khilaf.. Suasana ketika ini begitu sayu...Masing-masing tenggelam dalam doa dan pengharapan pada Yang Esa..meraih simpati... tenggelam dalam tangisan keinsafan...
Waktu berlalu .. masa untuk kami berada di sini juga semakin suntuk...Jadi peluang hari yang terbuka Allah menjanjikan keampunan ini kami gunakan sepenuhnya..Selepas ini saya tak pasti adakah saya akan diberi peluang untuk bertamu lagi di bumi Arafah ini..
Selepas asar kami berkumpul berdiri di dalam barisan saf sambil mengaminkan doa2 yang dibawa oleh Dr Abdul Rahman Basit (Abu Anas Madani).... Betapalah Ya Allah....! Sesungguhnya hati saya dicengkam rasa terharu yang sangat mendalam saat mengaminkan doa yang penuh dengan rasa kerendahan diri sebagai hamba NYA yang kerdil..yang tak akan mampu walau sedikit pun untuk melakukan seringan-ringan perkara hatta untuk mengedip kelopak mata seklaipun jika tanpa keizinan ALLAH yang AGUNG..
ALLAHUROBBI...Sesungguhnya tiada upaya diri ini selain dengan daya upaya Mu ya Allah... Rasanya tiada seorang pun yang tidak mengalirkan air mata kekesalan waktu ini...Hingga jemaah dari khemah bersebelahan kami (dr syrikat pakej hj yang lain) turut menangis ketika sama2 menumpang mengaminkan doa itu... Sangat2 dibaluti kesedihan bila mana Abu Anas Yang membawa doa ini turut gugur air matanya..Ya Allah..saya benar2 sedih dan terharu..Sepanjang hari ini..Air mata sangat murah jadinya..Detik ini dikira masa yang sangat afdal untuk berdoa ....
Selesai berdoa saya keluar khemah untuk berjumpa seketika dengan zauj tercinta... Merah matanya masih ada bekas2 basah dek air mata...saya jadi sebak seketika...Kami sama-sama memohon kemaafan di atas kesalahan dan dosa2 kami sepanjang hidup bersama di bawah satu bumbung....Terutama diri saya sebagai isteri ...yang mungkin secara sedar mahupun tidak, kadang2 mungkin membuat hati orang tersayang teluka...
Tiba-tiba ingatan pada bonda, anakanda dan keluarga di tanah air datang menerjah...

#Jengok sini 9 Zulhijjah Dalam Kenangan jika sudi..
Gunung yang ada berhampiran Arafah... Klik Gambar..
*Mengimbas kembali kenangan ketika berada di Tanah Suci..Sekadar ingin berkongsi perasaan dan pengalaman..Andai kawan2 dijemput ke sini suatu saat nanti mungkin ini juga perasaan yang akan terbit dan lahir dalam diri .. Tak dapat digambarkan sebenarnya...berdoalah suatu ketika nanti kita akan kembali lagi ke sini..Rindu sangat2...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan