Mengapalah Allah Cipta Nyamuk?
Apalah fungsi nyamuk kepada dunia ini?
Cantik ciptaan Allah ini, pandai terbang tapi mengacau... mengapa diciptanya?Tahukah berapa ramaikah yang mendapat rezeki kehidupan kerana adanya nyamuk di dunia?
Disebabkan ada nyamuk, ada kilang ubat nyamuk, adanya syarikat spray nyamuk dan sebagainya....
Berapa orang yang dapat kerja kerana nyamuk kekal di dunia ini?
Disebabkan kita tidak tahu hikmahnya, jangan pula kita kata ciptaan Allah sia-sia.
Sesuatu itu mungkin mengganggu, mungkin haram untuk orang Islam, tapi jangan pandang hina dan pertikaikan Allah dan kebijaksanaan ciptaanya.
Begitu juga apa yang terjadi, lihat ke belakang samada disebabkan dosa yang kita lakukan, kemudian jalan ke depan dengan bertaqwa pada Allah - hikmah-Nya akan muncul jua. Setiap perkara yang Allah lakukan mesti bersebab dan tidak sia-sia.
Jangan sangsi, dan sangka buruk sama sekali. Percaya pada Allah.
RILEKS SEKEJAP:
Petua halau nyamuk. Apabila tidur pakai kelambu, nyamuk memang suka masuk kalau kelambu terbuka sedikit pun. Cara mengatasinya begini : Tidur, pasang kelambu, buka sedikit, biar nyamuk masuk. Tunggu beberapa ketika sehingga sehingga nyamuk masuk, tutup kelambu dan kamu tidur di luar. Selamat mencuba!
hehehe...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Suka info sis ttg nyamuk
tang kelambu2 menarik gak.hehe adaker duk luar.ada2jer akaknie.