Saya dan Peristiwa SEMALAM
Hari Jumaat.....Majlis Khatam Quran diadakan untuk 23 orang murid-murid tahun 6.. Tahniah buat anak-anak yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Quran mereka... Walau pun telah Khatam semoga Quran itu tetap di hati dan di mulut .. sentiasa dilagukan di bibir kalian...
Tahniah kepada semua ustaz dan ustazah serta guru-guru yang terlibat dalam membuat persiapan sehingga majlis ini dapat berlansung dengan jayanya..
Peserta-peserta bergilir-gilir memperdengarkan bacaan mereka dihadapan hadirin dan juru khatam..
Majlis dirasmikan oleh wakil PPD....Ucapan dari wakil PPD
Selesai sudah majlis di sekolah....'Acara' di rumah pula baru nak bermula... Abah dan along ke masjid solat Jumaat.. Ummi dirumah mengemas dan membasuh apa yang patut.... Rancangan seterusnya akan bergerak ke KL sesudah solat Jumaat.... Pukul 2 lebih mula bergerak...Perjalanan yang lancar..Alhamdulillah..Walau perjalanan diiringi hujan..
Memasuki KL dan menyusuri di tepi Sungai Gombak...Airnya yang kekuningan seperti air teh itu agak deras.. Malah arasnya juga turut naik selepas hujan..Rasanya hujan tidaklah selebat mana dan tidak juga selama mana..Tetapi sangat cepat airnya naik..Patutlah Kuala Lumpur selalu berlaku banjir kilat jika hujan...
Tujuan ke KL semata-mata untuk ke Mydin..Mencari barang yang hanya ada di Mydin KL dan tiada di tempat lain...Saya pulak mengikut ke sana betul2 sekadar meneman kekasih hati (hehe..malu2 je nak tulis)..
Bukan apa..kesian pula balik nanti memandu keseorangan waktu malam jika tidak berteman... Sekurang-kurangnya ada kawan untuk berbual...sebenarnya terlena juga kat sebelah pemandu..hehehe..
Ain memerhati suasana senja di tengah bandar KL yang padat dengan kereta...Sambil makan bekalan yang dibawa dari rumah..
Along pulak enak2 je berdengkur di belakang..Haih...! anak teruna ku itu pantang naik kereta...sejengkal pun tetap nak terlelap jg..
Keluar dari KL selepas singgah makan di
Burger King...Waktu orang sedang bersorak dalam stadium menyaksikan
Perlawanan Bola sepak... Tak dapat tengok..
Memasuki terowong di waktu malam...Kalau masa kecik2 dulu bila masuk saja terowong rasa sangat seronok...Dulu2 nak merasa lalu terowong mungkin sekali 10 tahun baru dapat...Susahnya nak ke sana..Jalan lama lebuh raya Karak - KL macam ular kena palu...kalau tak mabuk tak sah..Dapat masuk terowong Mesti tengok baju..Sebab bila masuk je terowong kaler baju automatik bertukar dek kerana cahaya lampu kuning kat dalam tu... Kalau tengah tidur pun ..mesti kena kejut..hehe.. bukan senang nk lalu kat situ masa tu..Hai...kenangan..kenangan.. !
Tiba di rumah dalam pukul 11 malam..Esokan harinya (Sabtu) kena ke sekolah pulak ada Kem Bestari Solat... Penat memang penat... Tapi tidur tetap lewat amik masa sekejap nak singgah blog kengkawan.......
Rasa macam padat je aktiviti hari semalam....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Kakcik agak malas ke Mydin sebab masalah tempat letak kereta. :)