Siapa Kata Allah Tidak Sayang Kita?

Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, 
ketawa tanpa kesedihan, 
matahari tanpa hari hujan.

Tetapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, 
ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.

Siapa kata Allah tidak sayang kita?

Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga.
Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit.
Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat.

Itu bukti kesayangan Allah pada kita.

Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.

Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat.

*Peringatn untuk diri ini..

Senyum.


~Auto Publish~
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Unknown berkata…
its come from Allah... hati2 kite milik Allah.... tautkanlah hati kami kerana Mu ya Allah...
Jazakillahukhairan kathira :)
Si Matatajam berkata…
Peringatan untuk M jugak...
sal ya berkata…
Allah itu sentiasa sayang. kita je yang tak berapa nak sayang dan ingat DIA kan? adehhh...
mama aryan berkata…
peringatan utk saya juga..sesungguhnya Allah beri ujian utk kita kerana Dia sayangkan kita.. dan semua yg ada didunia ini milik Dia..
Jahirah berkata…
Allah SWT berikan matahari dan pelangi utk menerangi dan menceriakan hidup kita.Allah SWT berikan awan mendung utk mengingatkan kita supaya tak lupa diri...:)
ALLAH S.W.T sentiasa sayangkan kita cuma kita yg selalu alpa dan lupa pada-NYA
Tanpa Nama berkata…
sentiasa bersyukur, paling penting tu!
Reena Sidek berkata…
terima kasih sudi memberi peringatan buat sy jugak.. :)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...