Jangan Puasa Sunat Lagi Hari Ini..

Salam Sayang semua....
Kepada sahabat2 yang istiqomah berpuasa sunat isnin dan khamis...
Jangan puasa lagi hari ni.. hari ni 13 Zulhijjah masih lagi hari tasriq...Yakni hari yang di haramkan berpuasa... sekadar mengingatkan bimbang ada yg terlepas pandang....

★☆★ Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "Hari Haid dan Nifas.Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah ZuhailiPuasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Masya berkata…
insyaallah hari ni tak puasa.. mau makan pizza....
mama aryan berkata…
tak puasa hari ni..nak lunch date ngan en.azmi ngeh3
Si Matatajam berkata…
Tq untuk peringatan ni Cjai..
aizu's life berkata…
tQ kak atas pkongsian.. kite x ikut kalendar islam. tu yg tkot tlepas pandang :)
Fiza Rahman berkata…
Rugi tak dpt posa aritu. Bendera merah plak...huhuhu...
azievee berkata…
Bagus juga ada peringatan sebegini takut ada gak yang terlepas pandang...sy mmg dah bulatkan di hari-hari tersebut mengelakkan terlupa...
unsecretostory berkata…
Hari tasriq kan . Mula ingat nak puasa pastu bila teringat , Xjadi laa nak puasa harini .
IntaNBerliaN berkata…
a'aa betoi tu.. arini xleh lg...
xpuasa pun lepas raya keja makan ja haha
sal ya berkata…
untuk ingatan bersama.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...