Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Apa Kesilapan Kita di Bulan Ramadhan

Imej
Sumber FB Alhamdulillah kita memasuki fasa ke 2. Berakhir sudah RAHMAH dalam 10 hari pertama Ramadan, Kita telah tinggalkan 10 hari yang pertama..digantikan dengan MAGHFIRAH... Marilah sama-sama kita manfaatkannya..Insya'ALLAH Sambil-sambil itu semak juga bagaimana ibadah puasa kita... Elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan di atas... Pelihara ibadah puasa , tingkah laku dan adab kita dengan ALLAH dan sesama makhluk.. Semoga segala ibadah kita diterima.. Peti Surat ...????? Betul Ke Ni...KREATIF2x... Jom Koreksi Diri ~ Semak Pakaian dan Aurat Kita.. BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir. Ada Orang Lain Yang Pernah Melaluinya.. Belajarlah Memaafkan Walau Kalian Terluka... Aku Berebut Jawatan..Tapi Lihat bagaimana Umar .....Malu nyaaaaa.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAY...

Along Mimpi Kiamat...

Imej
''Tadi along mimpi hari kiamat'' tetiba meletus ayat itu dari mulut anak teruna saya.. Sekadar memandang ke wajah along untuk mengdengar cerita seterusnya.. Dalam hati tiba-tiba ada debaran... Bukan apa, memikirkan hidup kita sekarang ni pun di penghujung usia dunia... "Ramai manusia berhimpun, lepas tu setiap orang terima buku.." cerita along bersemangat.. Biar sekadar mimpi seorang kanak-kanak tapi hati saya tiba-tiba didatangi rasa TAKUT.. Allahurobbi...!!!! Kenapa Umar Al-Khattab Menangis..? Siapa Pahala Sebanyak Bintang di Langit..? Gambaran Rumah Rasulullah saw.. ...SAKIT MATA SEMBUH DENGAN WUDHU..... kisah Nabi Luth dan Laut Mati SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu a...

Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Imej
Cuba kita bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Kita mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin . Begitu juga halnya jika kita tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan.Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita menyebabkan kita tak boleh menghirup oksigen yang diperlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas . Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun. Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat , serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untu...

Satu Hari Yang 'Memeritkan' untuk Ain.

Imej
Alhamdulillah.....Masih diberi kehidupan hingga saat ini... Sedar tak sedar , hari ini kita telah berada di 9 Ramadhan rupa-rupanya..Rasa seperti baru semalam kita memasuki bulan Ramadhan. . Nak bercerita sedikit tentang satu-satunya puteri saya..Dari awal lagi memang saya bertekad tahun ni mesti mula melatih Ain berpuasa.. Melatih Ain, memerlukan sedikit kesabaran berbanding Along dahulu.. Di usia 7 tahun baru Ain menyatakan keinginan untuk berpuasa.. Tahun lepas, satu bulan penuh Ain berpuasa separuh hari..Kalau dah dia kata tak nak puasa, memang dia tak akan mahu berpuasa...Jadi, saya pun tidaklah mahu berkeras sangat ... Kalau boleh biar berpuasa itu datang dari kehendak dia sendiri. Dan alhamdulillah, sehari sebelum berpuasa tempoh hari Ain sendiri beritahu umminya ini... "Ain nak cuba puasa"....walau ada perkataan 'cuba'.... Mengenang hari pertama cubaan Ain berpuasa..... Ain nampak sangat teruja mahu bangun sahur...Lebih-lebih lagi Along pandai memberikan sed...

Jom Koreksi Diri ~ Semak Pakaian dan Aurat Kita..

Imej
Bersempena bulan yang penuh barokah ini mari kita mengambil langkah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...Mulakan detik ini, sama-sama koreksi diri.. Mungkin dengan keberkatan bulan yang dilimpahi seribu Rahmat ini segala niat baik akan dipermudahkan dan diperkenankan.. Perbetulkan perkara yang kita anggap biasa.. Lihat pakaian kita, aurat kita..Adakah kita telah menutupnya dengan sesempurna mungkin..Atau pemahaman kita menutup aurat itu sekadar mengenakan tudung... Lihat pula lengan kita, dada kita atau kaki kita... Atau mungkin kita berpakaian tetapi masih tetap kelihatan jelas lekukan di setiap inci tubuh...? Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillahiminzalik! Moga A...

Dan Pemenangnya Ialah........

Imej
Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak 'juri' yg dilantik memilih pemenang Segmen : Nostalgia Ramadhan setelah membaca kesemua 30 catatan kenangan sahabat2 yang menyertainya... Ulasan juri : Kesemua peserta mempersembahkan kisah yang cukup menarik.....Tahniah...! Para pemenang dipilih berdasarkan kisah yang dipapar, cara persembahan serta kelainan dalam penceritaannya.. Hari tu dinyatakan di SINI pemenang akan dipilih sehingga tempat ke 3.. Tetapi hari ni rasa berbesar hati menambah hadiah hingga ke tempat ke 4.... Tengok kat atas tu , hadiah pun dah ada 4... Maka dengan ini di umumkan..... Tempat PERTAMA ~ Ummu Muhammad Tempat Ke dua ~ TiranaAduka Tempat Ke tiga ~ Yumida Tempat Ke empat ~ cik tiEra ~Kepada pemenang-pemenang~ Manakala peserta yang bertuah melalui cabutan undian pula ialah... missmeraa anisalya are_lin@yu Deqla manjew ELFarahin ♥ Anis Norul natheha bt mustafa ♥♥cikHannah♥♥ Semua barang di atas di datangkan khas dari Makkah kecuali buku...

Anak ku...Lihat Saudara2 Mu di Sana..

Imej
Aku merinduimu ayah.....Moga kita bertemu di syurga nanti. Gaza, Palestin. SUMBER Dr Zainur Rashid Zainuddin Lihat anak-anak Palestine ini, kental dalam derita jiwa mereka.... Saban waktu melihat kematian di depan mata... Setiap hari kehilangan orang yang di sayangi... Anak-anak ku... Cuba bandingkan diri mu dengan mereka... Lihat betapa jauhnya jurang antara mereka dan kamu.... Kekuatan hati mereka berbanding kamu.. Kecekalan mereka menempuh setiap musibah... Anak-anak Palestine... Sungguh pun sentiasa mengharung gelombang kekejaman zionis... tapi punya jiwa yang besar, wahai anak ku... Anakku jangan telalu selesa dengan kedamaian yang ada.... Lihat saudara2 mu itu... Hulurkan doa buat mereka.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu ad...

RUGI dan SANGAT RUGI

Imej
RUGI dan SANGAT RUGI.... andai berpuasa tapi TIDAK SOLAT... rugi dan sangat rugi.... andai berpuasa di siang hari tapi membazir makanan di malam hari... rugi dan sangat rugi....menahan lapar dahaga dan pada masa yang sama mengumpul dosa.. rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga pada siang hari dan berbukanya sambil berpegangan tangan dengan kekasih hati yang tidak halal.. rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi sepanjang hari menayang aurat tanpa silu... rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi asyik memfitnah mengumpat mengata... rugi dan sangat rugi.... menahan lapar dahaga tetapi leka menyantap mata dan telinga dengan maksiat melata... rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan yang rahmat Allah.. rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan pengampunan Allah.. rugi dan sangat rugi.... sedangkan Ramadhan itu bulan pembebasan dari api neraka.. rugi dan sangat rugi .... tika mana puasa itu hanya sekedar menahan lapar dahaga... San...

KREATIF!! SubhanAllah...

Imej
Kreatif sungguh mereka ni.. Nampak tak apa yang saya nampak....? Korang nampak apa...??? p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulama Sunnah vs Ulama Syiah

Imej
Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka. Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewatbebanding Ulama' Sunnah yang lain2. Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya. Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?" Ulama' Sunnah itu menjawab, "Saya terdengarbahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!" Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasazaman Rasulullah s.a.w." Ulama' Sunnah seraya berkata, "Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?" -Sheikh Ahmed Deedat- ~ n3 auto publish ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NAS...

Mufti Saudi Menangis apabila.......

Imej
Mufti Saudi menangis semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia: "Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" (Ini versi yang saya perolehi dari FB) Tapi menurut seorang hamba Allah ( Abu Yusra ) .... video Syeikh Al Fauzan yang sedang menitiskan airmata ini bukanlah berkaitan dengan soalan seperti yag digambarkan di atas sebaliknya ia berkaitan masalah zat Allah yang ditulis oleh seorang wanita. Untuk lebih jelas sila buat perbandingan gambar dia atas adalah sama situasinya pada minit 1:03 dalam video di bawah ini..Dan video ini tiada kena mengena dengan masalah Iftar atau sahur. http://youtu.be/Rk7EMsOtCtw Saya mengandaikan mungkin ada terjadi soal jawab sehingga menimbulkan persoalan seperti di atas , tetapi mungkin penggunaan gambar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar...Wallahualam.. Cuma apa yang ingin di high light di sini betapa dhaifnya saudara2 kita di somalia... Betapa suka...

♥ Subhanallah ♥ ..Rasa Nak Menyelam juga...

Imej
Antara sungai yang paling jernih di dunia .... ~ n3 auto publish ~ Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...Alangkah Bagusnye... Keistimewaan dan Peristiwa2 Penting Yang Berlaku di Bulan Ramadhan Tentang keutamaan Ramadhan Nama-nama Lain Bagi Ramadhan Solat Sunat Terawih : Hikmah dan Cara Menunaikannya Bukti Kehebatan Ramadhan p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Jangan Jadi Macam Ni eh..!

Imej
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31). Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan). Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demiki...

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Imej
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kamp...

Semperit OH Semperit Dahlia

Imej
Alahai semperit...Nak tau, ni Antara kuih raya yang paling saya minat... Masa kecik2 selalu tengok kakak buat kuih ni... Sekarang , kalau pergi beraya punya lah payah nak jumpa kuih ni kat dalam balang kuih di rumah yang dikunjungi..... Sapa pandai buat...? Kalau nak cuba ni ade resepi.... Biskut Semperit BAHAN BAHAN 200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan 3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan Cara-caranya.... Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C. SUMBER #n3 auto publish#

Senarai Peserta Segmen :Nostalgia Ramadhan

Imej
Di bawah ini adalah senarai Sahabat2 yang telah mnyertai Segmen : Nostalgia Ramadhan.. Jika ada link sesiapa yang tidak dipamerkan sila beri respon , bimbang ada yang terlepas pandang.. Sementara menunggu keputusan siapa yang bakal bertuah berjaya memiliki Al-Quran Digital ini, boleh terjah ke blog kawan2 yang menyertai segmen ini untuk berkongsi nostalgia mereka... atau menambah kanalan serta ber ukhwah... Jom Baca Cerita meraka.... Zie Ummi Iman ELFarahin Natasha Si Matatajam Nurul Husna Mohd Hassan izan mama mia are_lin@yu Ummu Muhammad cendol Cik Aini TiranaAduka Wanieys taqiee din ♥ Anis anisalya Cik Nur .........cP~ missmeraa Emas Putih mama aryan ~cik tiEra~ Ismi Iman Deqla manjew Mummy GreenyHouse ♥♥cikHannah♥♥ Norul natheha bt mustafa Ira DiLLaiLa Yumida p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya S...

Marhaban Ya Ramadhan

Imej
Marhaban Ya Ramadhan.... Alhamdulillah Allah pertemukan juga kita dengan Ramadhan... Terharu kerana masih diberi peluang hingga 1 Ramadhan ini... Bersahur tadi di rumah mertua di Sungai Nerek... Dalam pada kita sibuk untuk bersahur kali pertamanya, rupa2nya pukul 1 dinihari tadi salah seorang jiran mek( ibu mertua ) telah dijemput kembali menemui Rabbul Izaati... Perginya di kala bulan telah berganti dari Syaaban ke Ramadhan...Tetapi siapa kita untuk menahan tugas Malaikat maut..tidak lambat sesaat dan tidak juga cepat walau sedetik.. Hamba Allah ini tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah puasa.... Dan berapa ramai lagi di kalangan kita yang tidak berkesempatan bersama-sama di bulan yang mulia ini walau ianya hanya beberapa depa shj lagi dari kita.. Sesungguhnya bersyukur kita kerana masih boleh melakukan ibadah di bulan barokah ini . Masih bisa menopup amalan buat bekalan di akhirat nanti... Ambillah kesempatan yang diberi dalam umur yang masih bersisa untuk melakukan yang sebai...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...Alangkah Bagusnye...

Imej
Ramadhan bakal datang. Alangkah bagusnya kerajinan menyemak status facebook ditukar kepada menelaah Quran. Alangkah bagus jikalau boleh mengingati waktu tepat maghrib bkn krn lapar tapi krn takut terlewat sembahyang. Alangkah bagusnya jika azam bangun awal diteruskan bkn kerana sahur tapi ingin mengingati Allah dalam sembahyang subuh. Alangkah bagusnya jika semua diteruskan dalam kehidupan seharian bukan di ramadhan sahaja. ~Senyumlah~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.