Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Makin Kau Seru, Makin Dekat

Imej
Bila berjaya, ramai bersama. Bila jatuh, berseoranganlah kita. Bila berduka, bersendirilah kita. Bila sakit, tiada sesiapa kecuali kita....... Betul akan ada yang sudi menemani. Tapi sementara, metaforanya: Hari pertama, kekal setia. Hari kedua, mula penat. ... Hari ketiga, masih cuba bertahan. Hari keempat, mulai bosan. Hari kelima, mulai meluat. Hari keenam, sudah tak tahan. Hari ketujuh, "ah sudahlah! kau sedihlah sorang-sorang!" Allah tidak pernah meluat. Makin kau seru , makin dekat. Salam Sayang semua... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kisah Sedih 'Mereka'....

Imej
Sebenarnya hajat hati ingin berkongsi lagi pengalaman ketika di berada di Bumi Suci.. pengalaman sewaktu melontar di Jamrah dua tahun lepas...Tapi hati saya sedikit kacau sejak petang sehari sebelum raya lagi...Tak tahu nak mula dari mana..dan tak tahu juga nak nyatakan apa yg dirasakan waktu ini.... Hati saya belas...Belas bila saya tengok 'dia'... Petang rabu en zauj saya bergegas ke Kuantan di temani anak buah untuk hantar 'dia' ke klinik.. Kali ke 2 dalam tempoh tak sampai seminggu 'dia' kami rujuk ke klinik... Puncanya 'dia' flue dan akhirnya bleeding ...darah keluar ikut hidung bila terbersin... Petang Khamis, maghrib..Ya waktu maghrib.. ada miss call dari Dr Jawaher... Saya berdebar bila doktor kata ''dia' antara kes yg kritikal... Dan akhirnya sesuatu yg buat saya rasa terkilan bila doktor kata 'dia' +ve HIV ..FIV sebenarnya (Feline Immunodeficiency Virus infection) ..saya terkedu di corong telefon... .Saya cuba sembunyika...

Jangan Puasa Sunat Lagi Hari Ini..

Imej
Salam Sayang semua.... Kepada sahabat2 yang istiqomah berpuasa sunat isnin dan khamis... Jangan puasa lagi hari ni.. hari ni 13 Zulhijjah masih lagi hari tasriq...Yakni hari yang di haramkan berpuasa... sekadar mengingatkan bimbang ada yg terlepas pandang.... ★☆★ Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan d...

Bilakah Kelambu KAABAH DiTukar Baru

Imej
Setiap tahun pada 9 Zulhijah iaitu hari wukuf bagi mereka yang mengerjakan haji dan sehari sebelum Aidiladha, kelambu Kaabah atau kiswah ditukar baru. Sheikh Abdul Aziz ialah keluarga Al-Shaibi yang mewarisi tugas menjaga kiswah dan mencuci Kaabah sejak Nabi Muhammad SAW menyerahkan kuncinya kepada keluarga beliau. Sejak dibina 74 tahun lalu oleh Raja Abdul Aziz, setiap tahun, kilang menghasilkan kiswah tidak pernah berhenti melaksanakan tugas menggunakan kepakaran warga Saudi sendiri. Kain sutera asli berwarna hitam 670 kilogram dan berharga RM15.21 juta (AS$4.5 juta) itu dihiasi ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150 kilogram emas serta perak. Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 kain yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95 sentimeter lebar. Kiswah terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu sitaar (langsir) yang menutup pintu Kaabah, tirai menutup dinding dan hizam (tali pinggang) Kaabah. Langsir pintu Kaabah setinggi 6.5 meter dan 3.5 mete...

Lena BerBumbungkan Langit Mudzalifah..

Imej
Masih lagi dalam KeNaNgAn..... Teringat..Selepas selesai berwukuf di Arafah usai melakukan solat maghrib dan isyak kami bergerak  pula untuk menuju ke Mudzalifah....Menunggu bas yang datang ...Hati rasa tak sabar..Ingin melihat sendiri bumi Mudzalifah yang batu-batu kecilnya nanti akan kami kutip untuk bekalan ke Mina... Dalam dingin angin malam padang pasir yang berhembus lembut akhirnya bas yang ditunggu tiba juga.... Musim haji ini deretan bas terlalu banyak...Sehinggakan perjalanan antara Mudzalifah ke Mina itu kadang kala mengambil masa yang agak lama walaupun jarak antara keduanya tidaklah sejauh mana pun...Begitu dekat sebenarnya...Sepanjang berada di dalam bas, saya lihat ramai jemaah-jemaah dari Pakistan , Turki atau orang-orang tempatan sendiri (agaknya la..wajah mereka kebanyakan seperti dari Timur Tengah) berjalan kaki menuju ke mudzalifah..terharu memandang suasana begini..Sesungguhnya mereka benar2 mengikut sunnah..Berjalan sambil membawa khemah kecil, beg pakaian,...

Jom Kita Berpantun

Imej
Pisang emas you take belayar, Masak sebiji on the peti, Ilmu akhirat tak ramai nak belajar, Ilmu dunia tinggi mana pun tak bawa mati. Swing laju-laju, Sampai on top the pohon sena, Everybody wants to be maju, Maju tapi lupa Tuhan apa guna? If roboh the Kota Melaka, Papan from Jawa we all dirikan, Subjek dunia pakat skor belaka, Bab agama semua cukup-cukup makan. High-high termatahari, Anak cattle mati tertambat, Belajar agama untuk baiki diri, Bukan untuk compare siapa hebat. Push papan pull papan, Keranji fruit in the perahu, Ilmu akhirat don't you dok simpan, Amal dan pass-pas kat yang tak tahu... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran ya...

Dengarkan Suara Hati Ini...

Imej
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Perhatian Kepada Mereka Yang Ingin Melakukan Ibadat Korban.

Imej
Sabda Rasulullah r: Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim]. Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama' berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama' Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama'nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim]. Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. SUMBERNYA. Semasa berada di Makkah mengerjakan haji tempohari...saya dan suami turut berkesempatan melakukan ibadah korban... Selagi belum...

Masih Terpahat Dalam Memori..

Imej
Hari ini 9 Zulhijjah Masih juga Dalam Memori....Di sini ... di dalam khemah penempatan jemaah haji Malaysia kami ditempatkan mengikut kumpulan atau pakej haji yang kami ikuti... Saya beserta dengan jemaah yang diurusan oleh Syarikat Ash-Har Travel ditempatkan di dalam dua buah khemah..Sebuah khemah untuk lelaki dan sebuah khemah lagi untuk jemaah wanita..Seusai subuh kami bertadarus Al-quran dalam kumpulan kecil...Selesai bertadarus kami digalakkan memperbanyakan berdoa secara besendirian....Setelah bersolat jemaah Zohor kami mendengar khutbah yang dibacakan oleh Imam yang dilantik... Selepas waktu zohor ini secara individu kami melakukan sendiri solat-solat sunat seperti solat taubat dan solat hajat....selesai ibadah2 solat ini kami akan menyambung dengan berzikir dan berdoa... memanjat keampunanNya...merayu dengan mendayu agar dosa2 kami terampun di sini...kami ingin seolah bagai bayi kecil yang baru dilahirkan tanpa dosa ...bersih suci tanpa noda khilaf.. Suasana ketika ini begitu s...

9 Zulhijjah Dalam Kenangan

Imej
Tanggal ini  menjadi kenangan seumur hidup... Bermula 8 Zulhijjah saya bersama en zauj serta rakan2 yang lain bergerak ke Padang Arafah untuk persediaan Hari wukuf 9 Zulhijjah . Bermula perjalanan sebenar kerja haji kami...berada di dalam khemah  Padang Arafah beserta lautan manusia yang pelbagai rupa , warna kulit, bahasa dan bangsa...Di sini kami berkumpul dengan membawa satu tujuan..satu matlamat..mencari KEREDHAAN-NYA..Memohon KEAMPUNAN-NYA...dalam perhimpunan AGUNG ini.. Arafah telah menjadi saksi betapa basah buminya disirami dengan air mata keinsafan  manusia-manusia berdosa...Hati2 yang keras dan angkuh tersungkur di bumi ini bersama seribu kesalan atas dosa2 semalam..Pada hari Wukuf Allah berasa bangga dengan hambanya yang berkumpul dan memohon keampunan..Saat ini Allah  turun ke langit dunia... Tidak pernah selama hidup ini air mata saya mengalir bagaikan aliran sungai  yang tanpa henti....Inilah ketikanya, sewaktu di Padang Arafah...Segal...

Jangan Asyik Mencungkil Kesalahan Orang..

Imej
Jangan asyik mencari aib org,  cermin lah diri sendiri selalu  agar rasa diri ini hanya hamba yang hina tanpa pertolongan Allah. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Renungan untuk DIRI..

Imej
  ...Peringatan Buat Diri ku Yang Sering Kali KeALPAan...   Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini." p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Itulah Sedangnya.... Suprise Saya.. :)

Imej
Salam Sayang semua.... Sedang berdikit-dikit menjejaki kembali umah kengkawan yang setia singgah di sini setelah bercuti 2 hari... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Masing2 selamat pergi dan pulang dalam menjayakan Family Day warga SKUJ...Seronok, terhibur hati disamping memandang indahnya alam... Bukan nak bercerita tentang family day.... Sekadar nak mengenang hari bersejarah sempena ulang tahun en.Zauj saya...Tercapai juga hasrat hati nak suprisekan beliau dengan 'cokelat cinta' hasil tangan Chic Na ..  Terima kasih lagi sekali Chic Na kerana sportingnya melayani permintaan akak ni... Sangat berpuas hati dengan rupa dan rasanya... Sesiapa yang ingin mencuba boleh jengok ke blok beliau ni TheCoklatBlog ... .Lepas ni boleh TERJAH, boleh order juga... Secara sembunyi2 bermsg dengan chic Na..sebabnya Setiap kali tarikh2 istimewa dalam hidup saya ..saya sering saja menerima 'kejutan' yang kadang2 buat saya rasa terharu..salah satunya di SINI . .. Tapi sa...

Sanah Helwah...laling ku....

Imej
Sanah Helwah untuk pasangan dunia dan akhirat saya..(InsyaAllah)... Barakallah....Moga bahagia hingga ke JANNAH! ! ♥ abang ketat2... B-) ....  Jadi en zauj yang soleh untuk bawa zaujati dan anak2mu ke syurga ALLAH.. Jom makan coklat duluuuu... #Terima kasih   chick Na p/s : Esok berhari keluarga di De Rhu Beach resort Kuantan..

Pakcik Bawa Bot VS Profesor

Imej
Seorang profesor menaiki boat seorang pak cik ke sebuah kampung di pedalaman... prof       : pak cik pandai membaca tak? pakcik  : maaf la nak, pak cik tak pandai...              membaca prof      : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan sebab tak pandai membaca. prof     : pakcik pandai menulis tak? pakcik : maaf la nak, pak cik tak pandai menulis. prof    : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan. pakcik :(pandang atas sambil berfikir) tadi separuh ini separuh maknaya aku dah tak ada             kehidupan lah sekarang tapi aku masih boleh bawa boat ni... Kemudian boat pun bocor, air melimpah masuk kedalam dan hampir tenggelam... pakcik : prof pandai berenang ...

Betul Ke 'Ter'....

Imej
" Pada hari ini perbuatan zina dianggap ringan dan orang ramai memanggilnya sebagai terlanjur seolah-olah ia macam satu kesalahan teknikal atau tersilap yang tidak disengajakan. Masakan boleh terlanjur, tersilap atau tidak sengaja kerana Allah SWT sudah berpesan sejak dari awal-awal lagi dalam firman-Nya : 'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan seburuk-buruk jalan.' [Al-Isra:32] Islam arahkan kita tundukkan pandangan tetapi kita langgar. Islam suruh kita jangan berhubung lelaki perempuan tanpa keperluan pun kita langgar. Islam larang kita dari berkhalwat namun kita juga langgar. Kemudian Iman masih mengingatkan kita akan dosa dan risiko selepas zina namun kita tetap pejam mata dan melakukannya. Adakah itu boleh dikatakan sebagai terlanjur atau tersilap ? Tidak, ianya berlaku dengan kesedaran tetapi keghairahan dan seronok menewaskan akal dan Iman ! Untuk membuka baju dan menanggalkan pakaian ianya memakan masa sela...

Jangan Gelak...

Imej
  Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. Suami:  "Kenapa?" Isteri:     "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman.  Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!... Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. Suami:   "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?" p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Nostalgia Pinta dan Doa...

Imej
Print screen dari FB anak beranak saya... Masa balas komen ateh tu kononnya mood gurau2....Tapi bila klik kat lagu tu ......... Ye la...baru saya ingat..sampai umur berapa tahun ntah lagu ni masih menjadi halwa telinga saya di zaman kanak-kanak.... Bila dengar rasa saya kembali dibawa ke zaman tu..Sungguh nostalgia.... Tetiba sayu.. Nak dengar??? klik la video kat atas...pastu pausekan lagu  blog ni... Kata Hati Pemilik Blog : Adik2 yang muncul era hujung2 tahun 70an ngn 80an ke atas memang dah 'jauh' dengan lagu ni dan kumpulan nasyid El-Suraya serta yang seangkatan dengannya.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Mood : Rindu Dony...

Imej
Alaaaaa... miss u la Dony....Kami semua rindu keletah Dony.... Semalam doktor bius dan x-ray Dony..Doktor terpaksa bius sebab Dony tak nak beri kerjasama.... Mungkin sebab Dony tak biasa dengan dorang tu yang Dony takut tu...Tadi abah tipon tanya perkembangan Dony..Doktor kata kaki Dony ok..cuma bengkak..Dah beri makan ubat nampak bengkak nya dah semakin surut...begitulah menurut kata doktor...Alhamdulillah.. Esok abah pergi amik Dony ... p/s: Dah 3 malam Dony tidur dalam wad..kaki dia tetiba je hincut2 bila berjalan..Minggu pertama biakan aje kot2 la elok sendiri..Masuk minggu ke dua masih jg tak baik..pilihan yg ada hantar ke klinik.. sayang Dony ketat2..♥♥♡♥♥