Buah Tarap ????

Banyak sungguh nikmat Allah berikan pada hambaNya..Hingga ada ketika banyak perkara yang kita tak mampu tahu semuanya...Begitu terbatasnya akal kita....

Saya baru tahu ada buah ni....Buah Tarap..! Pernah dengar tak..Orang lain mungkin ada yang pernah mengenali dan menikmati buah ini..Bagi orang Sabah tentu biasa dengan buah ini.


Rasanya manis dan lemak..Sedap...! Itu info yang saya perolehi dari pembacaan..Kalau nak rasa mungkin harus ke Sabah kot..Di Semenanjung ni ada ke.... ?

 Sekali pandang nampak macam buah nangka, cuma ia lebih kecil, warna putih & kulitnya yg mempunyai 'bulu2' agak kasar & rapat2... daunnya lebar & bebulu. Pokoknya bergetah, tinggi dan saiz buah, ada yang sebesar penumbuk atau (spesies hutan) ada juga sebesar kepala manusia... Di Sabah, pokok ini memang boleh kelihatan di mana2, tepi2 jalanraya, kebun, di halaman2 rumah... Pada musimnya, ia banyak dijual dgn harga kurang drpd rm4 sebiji..Bila masak, ia tidak boleh disimpan lama kerana cepat lembut & rosak... isinya yg manis & lemak boleh dibuat kuih...

Buah tarap yg mentah boleh dibuat sayur yg sedap... masak santan... kari... caranya buang semua kulit luar dgn cara memotongnya... kemudian belah utk membuang bhg keras di tengah, hiris nipis2 dan proseslah utk dijadikan sayur...

Daunnya yg lebar & tebal, boleh digunakan utk membungkus makanan spt nasi, lauk dsb...

Bijinya pula (selepas isinya dimakan) boleh digoreng atau dipanaskan dlm periuk kering tanpa minyak/air dan boleh dimakan spt kacang... kulitnya pula mudah ditanggalkan... Nanti kalau sesiapa yang ada nak 'terbang' ke Negeri Di Bawah Bayu tu, boleh la tuan belog tumpang kirim belikan buah tarap ni...:)

Sumber tentang buah tarap di SINI.
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Chic Na berkata…
first time jugak dengar pasal buah tarap ni. menarik. :)
Suraya Baharun berkata…
tak pernah rasa lagi buah ni , dengar pun tak pernah...
Marsita Yahya berkata…
Menarik...TQ for sharing...
Aisy Nasiha berkata…
namanya tarap ke? saya pernah beberapa kali jumpa buah ni... baru tahu namanya ari ni...
Unknown berkata…
tak pernah dengar pun... tengok pun first time
syiela berkata…
1st time dengar nama buah ni kak.. ala cempedak pun ada..

sapa nak ke sana nak kirim juga kekekke
aizu's life berkata…
slalu kite dgr BUAH TERAP.. tp sama je rupe buah ni..
seJUJURnya, aizu x pernah mkn buah ni. mabuk ngan bau dia yg pelik tu.. dulu masa dok hostel kat sabah, mmg berlambak2 member bwk buah ni bile tibe musimnya..
- fenin -_-'
Acik Erna berkata…
asalam c'jai..acik mula tau buah ni tahun 1998 lagi..tapi tak pernah merasa pun..baunya sangat kuat..masa acik keje klia dulu..tau dah kalau ada yang bawak buah tarap..tak boleh tipu punya he he..
yan's cottage berkata…
kat tempat yan panggil buah terap masih ada pokoknya kat tepi sungai di kampung nun jauh di kedah....rasa isinya ok juga.....
Tanpa Nama berkata…
KA rasa mcm pernah makan lah buah ni masa kecil2 dulu bijinyer mmeng boleh digoreng & sangat sedap. Kg2 biasa ade pokok buah ni!
Jahirah berkata…
spesies cempedak n nangka gak kot tarap ni kan...nampak ada persamaan je.agaknya rasa dia sama ke tak macam cempedak or nangka...hehee tetiba curious.....
Unknown berkata…
pernah bc pasal buah ni,..tp mmg dia dok sabah jer kan...jom g sabah makan buah tarap...hiihih
LydSunshine berkata…
Macam cempedak jugak rupa dia. Ini kalau ada kat semenanjung ni, mesti dah ramai yang goreng mcm goreng cempedak then jual. Kekeke.
Ira berkata…
1st time dgr nama & tgk gmbr buahnya. tq sudi share ye.. mcm2 kegunaan buah ni, setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya. :)
betulkak..mmg kuasa Allah hebat sungguh..ada banyak rupanya buah yang kita tak tahu..compom nurul tk tahu buah yang ini
A.Qasrina.R berkata…
Assalamu'alaikum kak..
=) sy duk sabah... masa kecil2, memang favorite makan buah ni... antara spesis buah hutan... bau dia memang agak kurang enak, tapi rasanya saaangat sedap... =) bila asyik merantau, dah lama sgt x makan... tapi memang sedap..
buah tarap ni wani baru dgr hehehe....
nak mcm cempedak la buah dia hikss
mama aryan berkata…
1st time dgr nih..nak tgk gambar x dapat pulak menengoknyerr adoi..
Unknown berkata…
xpernah tengok..apatah lg makan..hehe
TiranaAduka berkata…
baru tirana aduka tau ni.thanks sis.
dari daun sampai ke buah banyak kegunaan. tapi saya tak pernah jumpa, makan lagi la tak pernah :)
sal ya berkata…
org sabah blh pos buah ni kat saya satu ye. hehehe...
Unknown berkata…
buah nie mmg pling sdap dr buah durian,bau die mmg menyengat tp bila mkn perghhh x igt dunie ko...nyum2
aravv aman berkata…

ada mamber sabah kata, pokok ni selagi usianya tak tua atau cukup matang ia tak akan mengeluarkan buah...
sebagai contoh kalu kita tanam pada hari ini kita tidak akan dapat makan buah tersebut, yang dapat makan cicit kita saja.. kira2 hampir seratus tahun untuk matang..
30 Ascend berkata…
pokok terap ini wujud di semenanjung malaysia. harap maklum.
Unknown berkata…
Buah tarap atau terap ni memang sedap seakan spesis buah cempedak tapi buah tarap ni biji kecil kalau goreng cucur tarap mmg biji2 kecil bercantum mcm udang dlm cucur udang...sedap sgt cubalah mmg byl terdpt di sabah bah...enak sgt cubalah������

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...