Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Tiang Lampu 0h Tiang Lampu...!

Imej
"Tu mak itamnya tak dengo lagi cerita pasai tiang lampu..."sampuk abang de waktu kami rancak berborak di depan meja makan ketika bersarapan.. "ngape...??? ada apa ngn tiang lampu" cuba menyungkil rahsia.. Begini kisahnya.... Menurut kata Hanis anak buah saya, beberapa kali ketika mereka hendak ke Kg Teroh pada waktu malam mereka akan melalui Kg Mangin.. Di Kg Mangin mereka akan menempuh pula rumah waris kami , Sahak... Setiap kali melewati rumah Sahak, ada sebatang tiang lampu jalan di hujung jalan rumah berkenaan...Cahaya lampu jalan tersebut melimpah hingga ke laman rumah Sahak...menerangi jalan dan halaman rumah... Beberapa kali juga mereka lalu di kawasan tersebut begitulah keadaannya...Pernah sekali satu malam , sewaktu melewati tiang lampu jalan tersebut, kelihatan banyak kelkatu berterbangan menandakan hari ingin hujan.. Suatu malam... Abang De, De, Hanis dan Wani ke rumah Sahak... Tujuannya ingin menolong dan membantu apa yang patut..Sebab keesoka...

Sahabat2...Mohon Doakan...

Imej
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’ Buat kawan2 yang singgah sini,  mohon doakan Kak Lang, kakak ipar saya yang kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur... sedang menjalani radioterapi... Terima kasih pada yang nantinya sudi menitipkan secebis doa walau tak mengenali antara kita... Moga Allah membalas segala budi baik kalian... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Sa...

Cara Tidur Terbaik..

Imej
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.  (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.  Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap...

Jangan Bermusim..Tolonglah..!

Imej
Jangan bermusim!  Boikot sehingga mereka mengubah polisi menyokong Zionis! Nak 'bunuh' saudara di Palestin ke?  Fikir-fikirkanlah :) Islam Itu Indah p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kucing Mamam Deroyan..

Imej
Musim2 deroyan ni membuatkan saya terkenang kejadian awal tahun ari tu...Balik kampung sebab nak makan buah durian... Takde dusun pun, cumanya kalau di kampung saya musim2 durian ni sepanjang jalan tu memang penuh orang menjual..yang musang queen king tak musang kingnya ade belake... De saya pulak kalau musim2 buah ni macam lah dia berdusun sangat murah hati, berterawih mengajak adik - beradik datang ke rumah makan duriaan...sanggup beli berbakul nak bagi adik2 makan... Itu la kakak saya ....pengganti mak... Kome kalu dah diajak tak menolak lalu..Menderu sampai depan rumah de..Bukan sekeluarga, berkonvoi lagi..Biasanya saya berkonvoi dengan family alang , ateh, Ina..     Ain pulak minat jugalah raja buah ni...Duduklah depan rumah de sambil cik abang-cik abang masing2 mengopek durian.. kami pulak sementara menunggu durian 'kucing tido' menyental buah moktan..... Yang buat saya tertarik..dalam banyak2 kucing peliharaan De , ada sekor yang selera luar bias...

Kisah Amar r.a. & Susu..

Imej
Kenal tak dengan Ammar r.a....? Masih ingat siapakah wanita pertama yang syahid mempertahankan aqidahnya....? Itu ibu kepada Ammar... Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama... Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu ...

Rasa Hati Seorang Ummi..

Imej
Hampir seminggu berlalu.... Sebenarnya sehari sebelum keputusan rasmi UPSR dikeluarkan saya dan suami telah pun mengetahui keputusan yang Along perolehi... Saat diberitakakan oleh suami seketika selepas dia menerima sms dari jiran baik kami yang bertugas di JPN bahagian Peperiksaan, saya terus ke bilik untuk melakukan sujud syukur... Waktu dahi menyentuh lantai  rasa terharu menerpa, bila terkenang kan emak dan abah...... Emak jenuh melihat kejayaan cucu2nya lain berbanding abah ..Cuma emak tak sempat melihat kecemerlangan cucunya yang lahir dari rahim saya.. Walau dah mengetahui, tapi hati kecil belum mampu untuk menzahirkan rasa kegembiraan selagi keputusan sebenar tak diumumkan..selagi mata ini belum menatap kertas slip yang sahih saya tak mampu bergembira lagi.. Saya dan suami kena berlagak biasa seperti tidak tahu apa2... Along walau selamba tapi saya tahu , ada debaran hebat di dalam dadanya... Anak teruna saya...pagi 18 November sebaik celik mata terus bercerita tentan...

Santai Minda Bersama Bubur Asyura..

Imej
Salam hujung minggu......  Adik : Akhi " Apa hukum buat bubur As Syura" ? Akhi : Ada 5 hukum berkaitan buat bubur As Syura; I) Wajib buat - Kalau berhajat(mengidam sangat) nak makan. II) Sunat buat - Kalau buat dapat makan, tak buat tak dapat makan III) Harus buat - Untuk makan+sedekah pada jiran dan kawan IV) Makruh buat - Kalau buat bubur sambil sembang+buat benda lagha(tak berfaedah) V) Haram buat - Kalau buat bubur as Syura sampai melengah+ meninggalkan solat..=) Adik : Senyum+like2...hehe...=) cc: Ustaz Akhi Khuzaifah p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Gambar Yang Bercerita

Imej
Muhammad adalah merupakan seorang abang kepada Abdur Rahman Majdi Naim yang telah terkorban. Ketika mereka bermain-main di sebuah jalan seperti biasa kanak-kanak bermain tiba-tiba mereka diletupkan dengan roket pesawat perang Israel yang akhirnya mengorbankan adiknya yang disayangi Allah. Akhirnya tinggallah Muhammad seorang diri meratapi hari pengebumian adiknya membawa bersamanya sebuah kenangan bersama adik tercinta di jalanan Gaza bermain bersama sebagai sebuah keluarga buat kali terakhir. Sumber: GNN melalui Aman Palestin p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kisah kesyahidan Abdul Hadi di sempadan Gaza-Israel pagi semalam(Jumaat).

Imej
Kisahnya bermula selepas Abdul Hadi Qadih sedang memasang bendera Palestin di tepi pagar batasan sempadan di Timur Gaza bersama rakan-rakannya, kemudian beliau didatangi oleh sebuah jip askar Israel keluar ke arah beliau dan mendesak beliau supaya tidak berbuat demikian. Kemudian beliau berkata kepada askar Israel "Al-Jaabari di belakangmu" dengan serta merta tentera israel itu duduk dan melepaskan tembakan tepat ke bahagian mulut beliau dan beliau disahkan syahid di tempat kejadian. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiuun. (Ahmad Al-Jaabari merupakan Ketua Briged Izzuddin Al-Qassam yang syahid ditembak peluru berpandu Israel pada hari pertama kejadian) Sumber: GNN melalui Aman Palestin Mesir ------------------------------------------------------- Namamu terus mekar wahai Al-Ja'bary dan syuhada' lain. Sumber p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengik...

Meredah HiJaU ....MasyaALLAH...

Imej
MasyaALLAH... Walau pun ini kedatangan yang entah kali ke berapa..saya sendiri tak pasti..tetapi rasa kagum memandang hijaunya Ladang Teh tak pernah berkurang.. Tanah Tinggi Cameron terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negari yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya.Tanah Tinggi Cameron terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 darjah celcius hingga 20 darjah celcius. Alhamdulillah...Allah kurniakan kita sebuah kawasan tanah tinggi yang sangat cantik.. Untuk apa...Untuk kita melihat, tetapi bukan sekadar memandang kosong bahkan berfikir dan mengkaji kekuasaanNYA..Pergunakanlah dengan betul apa yang dipinjamkan ini... Seluas saujana mata memandang...Subhanallah....itulah hijau nya ladang teh yang terbentang di Bhaarat Tea.. Mengambil kesempatan merakam panorama indah.. Kiri : Bergambar kenangan bersama 2 orang anak angkat INA..., Bella serta Aini.. Kanan : Cuba teka siapa tu... Dalam rimbunan pohon2 renek teh.. ...