'26 September' Datang Lagi

Tak mudah sebenarnya untuk membentuk diri menjadi ibu yang benar2 tabah.. Dan saya mungkin bukan lah dari golongan itu..Namun saya sentiasa berusaha ke arah itu...Walau mulut sering berkata redha dan sabar , tapi hati selalu juga terkenang-kenang...

Selalu menerima pertanyaan.." tak nak mengandung dah ke"

Apa yang boleh saya katakan..Sekarang saya tak akan berharap seperti dulu.. Andai ada rezeki adalah.. Jika tidak..., Allah itu lebih mengetahui..barangkali saya hanya mampu menjadi ummi kepada sepasang cahaya mata.. Di sekeliling saya pun berapa ramai wanita2 yang menanti untuk menjadi ibu,ummi dan mama sejak bertahun-tahun...Jadi saya bersyukur dengan apa yang ada di depan mata...Saya pasrah takdir yang telah dicorakkan dalam hidup saya... Walau sebenarnya saya sangat2 mengimpikan sebuah keluarga yang besar sebagaimana keluarga saya dan keluarga sebelah en.zauj... :)

.... Satu lagi nukilan untuk Ai'syah ....

September 2012....

26 September datang dan singgah lagi....
Sudah lelah rasanya jiwa ini menanggung kesedihan yang berpanjangan..
Cukuplah saya bersedih dengan 2 kali kehadiran September..cukuplah...!

Ya Rabb izin kan saya menjadi hamba Mu yang punya hati dan jiwa yang cukup kuat,dalam melayani bebayang semalam..
kental dalam meniti mehnah mu yang secubit ini berbanding ujian yang ALLAH berikan pada mereka yang lain..
Enggan berduka kerana saya tahu Ai'syah bahagia sekarang...

Sedikit bingkisan dari ummi untuk Ai'syah yang pernah hadir dan singgah di rahim ini.... (cinta) Seorang ummi

Ai'syah... apakah khabar kau di sana?
pasti indah diulit lena bersamaNYA di syurga...
Ummi masih disini mengenangmu....

Ai'syah.. ummi tidak akan pernah melupakanmu..
setiap kali ummi terlihat sosok anak kecil...
adakah begini si cilik kepunyaanku tempohari?
Dalam tahajud doa di keheningan malam...
ummi tidak henti henti mendoakan Ai'syah....
agar menunggu ummi di sana,
untuk menemani ummi dalam perjalanan hidup yang panjang....

Ai'syah...
mungkin ALLAH mengetahui bahawa ummi tidak cukup
untuk menerima keberadaan mu disisi
kerana ummi ini insan yang lemah,
ummi tidak pernah mampu menjadi sehebat masyitah ...
Akidahnya tidak pernah tergugat tika berdepan Firaun durjana,
Tawakal meninggi buat Tuhan ya Rabbi, meyakini nikmatnya syurga hakiki...

ALLAH SWT juga Maha Mengetahui anakku...
Ummi mu ini tidak sehebat Siti Hajar...
Betahkah diri ku ditinggalkan di padang pasir sedangkan ujian dunia yang terlalu sedikit sudah tidak mampu ku tempuhi
Ataupun ALLAH SWT mengetahui bahawa ummi mu ini bukanlah seperti Fatimah Az Zahra ....
Zikrullah menjadi mainan dibibirnya tatkala dihujani ujian...
Dia tidak pernah mengalah dalam mengharungi hidupnya...
tetapi ummi mu ini mudah goyah apabila sedikit mehnah menjadi taruhan...

Ai'syah...
Ummi teringin sekali menjadi seperti Asiah,
punya kesabaran tinggi atas nama keimanan,
rela berkorban demi agama,
sehingga digelar Ratu Syahadah.
Namun anakku,
apa yang ummi takuti, ummi tidak ikhlas untuk melepaskan mu,
kerana ummi juga seorang manusia....

Anak ku....
Ku ubati kerinduanku pada mu dengan mengisi waktuku mencari cinta Rabbul Izzati.....
ummi begitu memerlukan kehadiran permata2 hati ummi,
agar roh perjuangan itu bisa diwariskan....
malah kalian bisa dijadikan saham untukku di akhiratNYA kelak

Anak ku....
Perancangan ALLAH adalah sebaiknya...
engkau ditakdirkan tidak ditemukan denganku di dunia,
maka ummi bermohon agar diri ini menjadi sesuci Maryam.
Izinkan ummi melahirkan mu di syurgaNYA.
Betapa indahnya memiliki anak akhirat....
yang suci dari noda dan dosa...

Teruskanlah bersemayam di syurgaNYA anakku...
sehingga DIA mentakdirkan diri mu bertemu denganku kelak....

~♥~ Rasa hati Seorang Umi ~♥~


Kata Hati Pemilik Blog : Ai'syah 'pergi' disaat saya sedang bertarung nyawa membawanya keluar untuk melihat dunia..
Puisi di atas ini telah saya olah dan sunting, memetik dan meminjam coretan Asiah Yusro yang meninggalkan nya di ruang komen catatan~> Buah Hati Ku Yang 'Pergi'...(Catatan ini telah dinukil seawal September sebenarnya..Tapi entah mengapa ianya begitu lama saya simpan diruangan draf..rasa seperti tak mahu di terbitkan tapi dalam masa yang sama hati ingin meluah rasa.. Setelah agak lama akhirnya saya membuat keputusan untuk memaparkannya di sini.... Sebenarnya bimbang juga jika ada yang beranggapan ini adalah sebuah keluhan...Sebenarnya saya cukup redha dengan apa yang terjadi...cuma sesekali saya tak mungkin dapat lari dari mengingati... Saat saya mengingati maka, akan lahir catatan untuknya..Sesungguhnya hingga kini saya masih terbayang2 wajah putih bersihnya saat dia dalam dakapan saya, sejurus selepas dilahirkan..)

September Yang Penuh Kenangan
Tetiba Teringat...
Ada Apa Dengan 29 September......?????????

Terkenang-Kenang
p/s : Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

fatema berkata…
tersentuh hati baca entry ni,sabar ea..
mama aryan berkata…
sedih saya kak,baca nukilan ini..
saya sendiri taktau mcmmana keadaannya kalu semua itu berlaku pada saya..saya tahu akak tabah orgnya..sebab tu Allah pilih akak utk diuji..Dia sayangkan akak..
inazamri berkata…
Pastinya Aisyah bahagia di sana.Terasa sebak baca entri kali ni di awal pg dgn hujan masih belum berhenti.
are_lin@yu berkata…
luahan seorang ibu..sedih baca..insyaAllah Aisyah sedang menanti akak disyurga nnti...
misz uzmy berkata…
sorang ibu yang tabah...
InsyaAllah
Aisyah tersenyum menunggu ibunya disyurga..
Ira berkata…
dugaan yang hebat..
smga Allah memberi yg terbaik utk akak..
Kak c'jai antara yg diduga sebegini hebat.. bkn akak je yg rasa mcm tu, rasanya semua ibu yg pernah kehilangan anak akan mengingati anakknya..
cthnya ibu ini.. http://mayyonnizz.blogspot.com/
ira sedih baca kisah2 dia..
Zana Adieyza berkata…
menangis zana baca entry ni kak.. sesungguhnya akk mmg tabah.. semoga zana juga boleh menjadi setabah akk..

salam kenal dari zana..
syiela berkata…
sabar ye.. kalau saya kat tempat akak camnelah keadaan saya... akak mmg tabah..

Cik Ai berkata…
hurm..
sebak bl bc tp akak beruntung sbnrnya sbb pnya ank yg mmg tmpnya tlh d ttpkan d syurga.sekurangnya akak dh tahu Ai'shah bhgia di sana.di sisi Allah yg maha esa..
Tanpa Nama berkata…
Allah swt lebih mengetahui, doakan yag terbaik for u ye
Suraya Baharun berkata…
salam kenal, terima kasih doakan untuk saya...saya jugak doa kan ai'syah kesayangan kamu tenang disana...amin...sedih baca...tapi insyaAllah ada hikmah nya...
Bazilah (^0^) berkata…
sedih saya baca kak. semoga akk tabah dan insyaALLAH Ai'syah bahagia di sana..
Unknown berkata…
entry menyentuh naluriku..
Mommy_ima berkata…
bersabarlah wahai hati.. moga segalanya yang terbaik.. DIA lebih mengetahui..
TiranaAduka berkata…
pengajaran yg byak di sini...
Allah lebih sayangkan Ai'syah, Ai'syah tenang kat sana kak =)
Jahirah berkata…
hati seorg ibu..setiap anak bermakna....
dia tunggu di syurga...insyaallah...
@LeenShamsh berkata…
aisyah mest cantik semerah panggilannye...bidadari kecil yg telh dijamin surga! untung c'jai ade orang nk sambut karpet hijau masuk jannah..

p/s: tarik kami sekali cjai ;)
hebatnya kuasa allah memberikan akak pahala berganda ketika di lahirkan dan syurga insyaallah juga untuk akak krn aisyah ada di sana=)nurul suka dengan nama aishah.dulu btul2 nak letak aishah humaira pd anak nurul yang sulung tapi terlupa nak letak aishah.hanya humaira sahaja..insyaallah ada hikmahnya kak=)sedih nurul baca nukilan akak

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...