Apa Perasaan Anda Lepas Baca Ni...


Cuba anda baca dengan penuh penghayatan artikel di bawah ni..
Kemudian perkataan SAYA tu sebut nama anda sendiri dan IBU SAYA plak ganti dengan nama ibu anda ...

Bismillah hir rah man nir rahim. 
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian  yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat .. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar- benarnya melainkan Allah, dan bahawasa nya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

 Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
 Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh- gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasa nya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasa nya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.

Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Apa perasaan anda setelah membacanya......?
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Unknown berkata…
talkin kan...meremang membacanya,..risau..amal masih banyak lubang-lubang tak cukup lagi nak jumpa Pencipta...
TiranaAduka berkata…
erm..membuatkn kita terjaga kan!
TiranaAduka berkata…
erm ..dh biasa dgar..sebab sya....
IntaNBerliaN berkata…
meremang bulu roma masa talkin ni dibacakan..
Si Matatajam berkata…
Ya Allah gementar tubuhku, bergenang air mataku..tak tahan bila talkin dibacakan ntuk diriku sendiri..
Arina Shamsul berkata…
Ya Allah seram sejuk rasanya,terbayang talkin itu dibacakan untuk ku,mengalir air mata mengenangkan dosa2 ku padamu YA ALLAH,ampunkan dosaku,ahli2 keluargaku,serta dosa saudara2 seislamku..amin.
mama aryan berkata…
Ya Allah..seram sejuk dibuatnya, moga masih diberi kesempatan utk memperbaiki diri sebelum tiba waktu itu
Jahirah berkata…
bila dengar bacaan talkin meremang bulu roma...insaf...
Kak iman berkata…
bacaan talkin untuk iman
fieda berkata…
betul..bila bacaan talkin dibacakan membuatkan kita rasa seram sejuk..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...