September Yang Penuh Kenangan




...SEPTEMBER...


September melakar kenangan..
Bulan ini ummi di puterikan..
Sesuatu yang manis setiap tahun,
di bulan September meraikan ulang tahun kelahiran
bersama insan-insan yang mengasihi ummi

Sehingga September 2009..
kemanisan menyambut ulang tahun kelahiran telah hilang..

26 September 2009
terlakar sejarah duka
3 hari sebelum ulang tahun ummi
telah menyaksikan separuh jiwa ummi pergi...
pergi bersama jasad mu si kecil ummi...

26 September..
3 hari sebelum kehadiran 29 September
jiwa ini kesayuan

26 September...
Di saat orang lain masih bergembira dan bersuka ria di hari ke 6 Syawal
Jiwa ini meratap pilu.
menangisi sebuah kehilangan.

setiap kali kehadiran 26 September sejak 2 tahun lalu
hati ini sering kehibaan...

sesekali ummi akan ke PUSARA DAMAI
menjenguk si kecil ummi...
ummi tak berpeluang membeli
anak patung..
mainan..
baju2 yang comel..
untuk hadiah si kecil ummi..

Hanya Al Fatihah
sebagai hadiah yang tak ternilai ummi hulurkan...
Tanda kasih sayang ummi ,
abah ,
along Faris
dan
angah
Ain
buat mu si comel ummi..
Ai'syah Binti Zulkarnaen

**************
ummuainries...!
Jangan bersedih...Jangan bersedih ummuainries...!
kerana boleh jadi cubaan adalah ANUGERAH...

Jangan bersedih....
sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan
suatu yang hilang dan yang telah pergi,
tidak mampu menolak takdir,
dan tidak mungkin mendatangkan manfaat
.

*************
p/s:
Hidup ini memang menyulitkan. Setiap hari jiwa kita akan teruji dan perjalanan hidup terasa semakin hari semakin sukar.
Inilah kehidupan,

"Dialah (Allah) yang menjadikan kematian dan kehidupan untukmenguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik" amalannya."

Ulasan

mama aryan berkata…
semoga akak terus tabah ye..
dieyna berkata…
Kami hanya mampu mmbaca luahan akak... kami juga hanya mampu menyuakan bahu ni untuk akak bersandar... Namun, rindu itu akak yang tanggung... Allah menguji sepadan dengan kemampuan hambanya...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...