Menghadapi Susah Hati
* Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam.Namu ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.
*Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula..?
*Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan mencapai keuntungan.
*Kita dimarahi ditempat kerja.Kita menjadi marah, kecewa dan putus asa. Adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik...?
*Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin. Kita menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan.dengan bersusah hati, adakah kita akan menjadi kaya..?
*Ada yang terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh musuh. Sedarkan dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.
*Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajat dan didoakan tak kunjung tiba.Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
*Orang yang susah hati, air jernih disangka racun, bunga ros dilihat kaktus, taman yang hijau seolah-olah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di atas bumi Allah yang luas ini..
Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... Ingat lah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah dan Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita.
Apa yang perlu disedihkan sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, tangan ,kaki, lidah, jantung, ketenangan, dan badan yang sihat..?
Senyumlah biarpun dikala hati sedang diulit duka..
Senyuman merupakan perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya..
Apa yang perlu disedihkan sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, tangan ,kaki, lidah, jantung, ketenangan, dan badan yang sihat..?
(Quran 55:13) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin) ?
Senyumlah biarpun dikala hati sedang diulit duka..
Senyuman merupakan perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya..
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~
Kata Hati Pemilik blog :Ingatan buat pemilik blog yang pernah disentuh hatinya dengan ujian kecil dan
September Yang Penuh Kenangan
Tetiba Teringat...
AJAIBNYA TANGAN IBU..
~ Cinta Buat IBU ~
Bingkisan Untuk Abah
Hasrat Yang Tak Tertunai...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
p/s : tettt. kawen? insya Allah bila tiba masanya, tunggu la kad dari saya nanti ;)
semoga di tabah dan di cekalkan hati dlm menempuh dugaan...
nice sharing.....
kalau saya susah hati saya kene senyum dan sharing dengan sesiapa sis yang saya percaye.....
hehehehee
yer yer.