Kita Kehilangannya..Ramadhan Pergi..
Adakah Ramadhan terbekas di hati, atau sekadar persinggahan semata-mata??
Ramadhan berakhir, saat pilu dan sedih akan kehilangannya. Kita hilang bulan pengampunan, bulan rahmat dan kasih sayang Allah.
Kita mengharapkan dari amalan sedikit ini ialah rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjangan. Bahagialah sesiapa yang memperolehi dua perkara. Iatu terasa dekat dengan Allah, atau Allah dekat dengan kita.
Sesiapa yang merasai ia dekat dengan Allah, maka diharap akan bertambahlah keredhaan Allah kepadanya, dan sesiapa yang merasai Allah dekat dengannya , maka akan bertambah takut ia terhadap Allah.
Sesiapa yang ada dua sifat ini iaitu takut dan harap, nescaya Allah akan elakkan apa yang ia takut dan Allah akan kurniakan apa yang ia harap. InsyaAllah.
Sahabat nabi menangis apabila ramadhan hampir tiba ke pengakhirannya.
Bukan menangis sebab takmboh sambut hari raya,tapi cukup risau untuk meninggalkan Ramadhan pada tahun ini, takut-takut amalan yang dibuat selama sebulan ini tidak mampu untuk dikekalkan pada hari-hari seterusnya.
Tidak sekadar itu, tapi mereka juga takut jika amalan yang dilakukan "sebulan" ni, tak diterima Allah.
Allahurabbi.... Hebat tarbiyah para sahabat.
Akhir kata....Salam Lebaran...
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Maaf Zahir Batin buat semua rakan2 blogger yang sering singgah , di atas keterlanjuran kata2 dan tulisan saya sewaktu kita saling berkomentar..
PERISTIWA-PERISTIWA RAMADAN
'Kalau Orang Kita'....
Menghadapi Susah Hati
ANTARA MARUAH DAN GAMBAR COUPLE KAMU..
Wahai Isteri Yang Baik..Pentingnya Redha Suami..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
maaf zahir batin.
Maaf Zahir & Batin.
Semoga Allah swt menerima segala amalan solleh kita sepanjang Ramadhan dan hari2 mendatang. Amin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin sepanjang perkenalan kita di alam maya inidari Tirana Aduka Sekeluarga.....
Salam lebaran...