AJAIBNYA TANGAN IBU..
Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
7 Februari..
Inilah tarikhnya aku kehilangan seorang emak..
Maka hari ini genaplah setahun kami anak-anaknya
kehilangan senyuman manis seorang emak...
Aku bukan lah anak yang baik..
Tapi Alhamdulillah tangan ini turut memandikan jenazah emak ..
"Kak , kita dah cuba sedaya upaya..
Tapi ..
Mak cik dah meninggal"
Inilah kalimah yang tak mungkin aku lupakan...
saat telinga ini diberitakan oleh salah seorang petugas hospital
di petang yang melakar sejarah duka itu..
Ianya bagai halilintar yang membelah hati dan perasaan..
cukup membuat aku terpana..
Baru dua hari sudah aku memeluk erat tubuh emak..
baru dua hari lalu pipinya aku cium manja...
ah.....segalanya sekelip mata
cukup membuat aku terpana..
Sangat TERPANA..
Setelah kehilangan
aku menjadi murung, pendiam
untuk beberapa waktu ..
Tika itu,
tiada satu hari yang tidak akan membuatkan airmata ini
berlarian laju di tubir mata kala tangan menadah kelangit
mengirim doa buat emak setiap kali seusai solat..
walau kehilangan ini di saat kami telah dewasa
tapi tetap memberi tamparan buat anak-anak emak...
kerana emak seorang ibu,
emak seorang mertua,
dan emak seorang nenek yang begitu suci hatinya..
terasa benar akan erti sebuah kehilangan..

Benarlah sebagaimana coretan Ateh ku...
Kini tiada lagi emak yang selalu mengambil berat,
emak yang penyayang,emak yang pengasih.
Emak yang sanggup mengharungi badai demi anak-anaknya.
Emak yang tak mahu menyusahkan anak-anaknya..
TETAPI dikala anaknya susah dia sentiasa disisi.
Pergi sudah..emak yang sanggup berkorban demi anak-anaknya.
Walau bagaimana keadaan anaknya sayang emak tak bertepi,
itulah pengobanan seorang EMAK.
Rindu senyumannya..
rindu kata-kata motivasinya..
rindu juga gurauannya..
Rindu untuk membuatnya tersenyum
rindu untuk bertanya pendapatnya
rindu juga untuk bergurau senda dengan nya seperti dulu.....
"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami.
Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami,
ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan
dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."
Al-Fatihah Untuk emak..
Semoga pusaramu bisa menjadi salah satu dari TAMAN2 SYURGA buat mu..
7 Februaru 2012 ~ 2.47 pagi....
Meneladani Asma' binti Abu Bakar r.ha.
~ Cinta Buat IBU ~
Bidadari-bidadariKu Yang Hilang
Terkenang-Kenang
Wanita Tua dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci
Cinta ♥ Tidak Memerlukan Sebab
Kisah Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

Ulasan