Hasrat Yang Tak Tertunai...
"Kak Tam ......"
aku menunggu kata-kata seterus dari bibir lesu seorang abah..
Barangkali abah ingin meluahkan sesuatu..
" Langsungkan la kenduri sementara abah ada"
kata abah penuh pengharapan ,
di suatu petang
sewaktu kami berdua duduk dibirai katil tempat pembaringannya..
sambil itu aku mengurut-ngurut belakangnya..
Lemah dan perlahan suara abah
sudah cukup menunjukkan deritanya abah bertarung dengan kesakitan..
Aku......
sekadar diam seribu bahasa di sebelah abah...
Waktu itu aku baru 2 bulan lebih melangsungkan pertunangan...
Aku pandang abah ... jauh abah merenung ke hadapan...
Abah....
sedihnya hati, andai aku tak mampu menunaikan permintaan abah....
Tapi sejujurnya aku sangat malu...
malu untuk memohon agar majlis perkahwinan ini di segerakan...
Harapan abah itu aku pendamkan begitu sahaja...
Tidak ku khabarkan pada sesiapa .. Hanya aku dan abah .....
Aku kebimbangan sendirian...
'Ya Allah berilah peluag untuk abah melihat majlis pernikahan terakhir
dalam keluarga kami...'
Itu harapan aku....
Aku bukan anak bongsu abah..
tapi akulah yang terakhir membina Baitul Muslim..
Dan aku sememangnya sangat berharap
abah masih di sisi saat diri diijabkabulkan...
Berharap abah masih boleh mendengar
tika 'menantu' terakhirnya di akad nikahkan
kalau pun abah dah tak mampu mewalikan sendiri...
Suatu malam 8 Februari 1999,
ketika masih berbaki 4 bulan tempoh majlis itu...
aku terhenyak, terduduk seketika..
Telah sampai janjiNya.
Allah mengambil kembali
apa yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga...
Abah...
akhirnya abah pergi...
Pergi tanpa sempat melihat aku diserahkan
kepada seorang lelaki yang bergelar suami...
Abah pergi... , tenang sekali biar pun hasratnya tak pernah kesampaian..
Berguguran airmata anak- anak abah malam itu...
Aku....
sekeras-keras hati ini airmata tetap laju....
Walaupun mungkin di antara puteri-puteri abah
akulah yang kelihatannya kurang menitiskan air mata barangkali...
Selepas ketiadaan abah
sering kata-katanya berlegar diingatan...terlalu sering..
'Kepulangan' abah telah mengubah sedikit watak seorang aku..
Dari seorang yang sukar menitiskan airmata...
aku mudah sebak dan terharu..
Menangis...???
Berjenuh mata ini menangis..
Kembali ke rumah sewa,
menjadikan aku begitu mudah tersentuh...
dan rumah itu barangkali menjadi saksi..
saksi ...betapa banyaknya air mata ini tertumpah di situ...
terlalu bersedih...
Biar sedih bagaimana sekalipun ianya akan aku susup dari terlihat..
Aku sekali-kali tak menunjukkan kesedihan
dihadapan rakan serumah, emak dan adik beradik...
Ah..kadang-kadang aku seperti seorang pelakon hebat...
Yang berlakon seolah-olah bagaikan aku tidak apa-apa...
Sedang Hakikatnya.. ...
Hakikat disebaliknya ..aku sering bersedih sendirian... Aku sering....
Setiap kali teringatkan permintaan abah
yang tak mampu aku tunaikan
hati teresak sendirian...
Biarpun ianya telah 13 tahun berlalu ...
Untuk memujuk ...
ku bisikkan pada hati....
Setiap yang berlaku telah berjalan mengikut aturanNya..
walau. andai aku berusaha mempercepatkan pernikahan tapi jika tiada keizinanNya
perkara itu tetap tidak akan terjadi...
Aku hanya hamba yang lemah..
sangat kerdil di sisiNya untuk mengubah qada dan Qadar...
~ mengenang abah setelah 13 Tahun 'Kepulangannya' ~
*Al-Fatihah*
*Al-Fatihah*
~♥♥ ummuainries ♥♥~
Ulasan