Kenangan Seorang Anak....



Mata tak berkedip sewaktu memandang gambar bergerak di dalam video cam yang telah berbulan-bulan dilupakan....
pernah sebelum ini terasa ingin mengambil dan menonton kembali rakaman2 yang ada..
Tetapi belum ada kekuatan untuk melakukannya...

Melihat beberapa rakaman yang ada kelibat emak...
hati tersentap, seolah-olah seperti emak masih ada
cuma tidak nampak dipandangan mata...
Tanpa sedar..
air mata tertumpah saat melihat wajah emak...
saat terdengar suara emak yang cukup saya rindui...

Emak sewaktu hayatnya dikandung badan...
Bukan lah siapa-siapa...
Tapi bagi saya emak cukup istimewa..
Perjalanan hidupnya yang ada kalanya berliku
mendidik emak menjadi wanita, isteri, ibu, mertua, nenek, sahabat, saudara dan jiran
yang cukup tabah ,
yang begitu sabar..

Kata2 dan pandangan yang di lontarkan wanita
yang tak pernah menjejakkan kaki ke sekolah ini
cukup bernas dan berguna dalam memberi panduan kepada saya..
Emak, seorang ibu yang selalu berfikir di luar kotak...
Seingat saya ...,
tak pernah sekalipun emak memberikan pendapat yang melemahkan semangat..
Bahkan emaklah motivator kami yang sangat HEBAT...

terkenang kembali pengorbanan emak..
ketika saya berada di saat2 genting berhadapan dengan SPM...
emak terlena disebelah menunggu saya mengulangkaji sehingga larut malam bertemankan kesamaran dan kesuraman cahaya pelita minyak tanah...

Walau anak2 emak ada yang telah ke menara gading
di saat anak2 orang lain masih lagi kecil dan bersekolah rendah,
emak tak pernah membangga diri dengan kejayaan permata2 hatinya..
Cucu-cucu emak juga ramai ke puncak menara...
tapi tak sepatah pun emak bercerita
dan mencanang tentang kejayaan cucunya pada orang sekeliling..
Emak sangat bangga..
Namun hanya memendam sendiri rasa bangganya..

Selalu juga saya berbincang isu2 politik dengan emak...
Pandangan emak sangat jauh..
Dalam menilai kebaikan dan kekurangan yang ada
tanpa menerima sesuatu secara membuta tuli...
Di hari tuanya ...
emak begitu cenderung menyokong sesiapa yang berjuang membawa dan mengibarkan panji ISLAM..

Saya banyak menyaksikan peristiwa kelukaan hati emak..
Tapi, jarang terlihat emak menitiskan airmata..
walau saya tahu emak sebenarnya sangat terguris...
sesiapa saja yang melukakan perasaan emak..,
emak tak pernah berdendam...
Malah begitu mudah emak memaafkan..

Emak...
watak seorang isteri yang begitu taat..
sehingga terzahir kata2 pujian dari abah pada anak-anak
tentang ketaatan emak ...
Oleh kerana saya anak yang ke 2 bongsu ..,
dan kebanyakan masa remaja saya bersama emak dan abah...
Maka mata ini menjadi saksi...

Air mata emak sangat mahal..
Tetapi bila airmatanya gugur
saya tahu saat itu hatinya benar-benar dilukai...
Di waktu2 akhir hayatnya
kami selalu menenangkan hati emak agar memaafkan insan yang pernah merobek perasaannya...
Walau saya tahu emak bukan pendendam...
kami katakan pada emak,
sesungguhnya mereka sedang memberi emak pahala yang begitu banyak..
dan Allah sedang menguji perasaan emak..
saya berharap emak menerima dengan redha dan ikhlas apa jua perlakuan busuk mereka terhadap emak..
Alhamdulillah..
emak terpilih untuk diuji...
kerana Dia tahu emak mampu menghadapinya...
dan emak memang membuktikan dia benar2 mampu mendepaninya..

disaat hatinya dilukai..
masih juga dia menasihati kami agar tidak menyimpan dendam..
meminta kami mendoakan mereka itu akan diberi petunjuk dan hidayah..
emak memang sangat baik..
rasanya saya tak mungkin mampu seperti emak..
hati saya tak seampuh hati emak...

Emak..
Sayangnya pada anak2 tiada sempadan..
tiada dibezakan...
kasih emak pada setiap cucu2
sangat mendalam
biar pun mungkin kalau ada antara mereka yang membuat onar..
mencurah tuba di hati emak..
emak masih mampu tersenyum
biarpun dalam kepahitan...
Segalanya emak serahkan pada Ya Rabb...

walau ada yang menabur FITNAH...
emak hanya menelan kata2 jahat itu..
Kata emak berserahlah pada Allah..
kerna Hanya Sang Khalid sahaja yang layak memberi pembalasan...
dan mereka tanpa simpati ,
meremuk-remuk
mencarik-carik hati emak hingga lumat..

Allah Maha Kaya..
emak bukan sekadar dilimpahi kasih sayang anak2 , malah sesungguhnya sebahagian besar cucu2 emak begitu mengasihi neneknya ini...emak pula memang seorang nenek yang begitu akrab dengan cucu2nya...mereka saling bergurau senda..

Syukur ke Hadrat Ilahi...
Dia telah memberi peluang untuk emak menyaksikan kejayaan kami
dan dapat merasai sedikit kesenangan..
Puas juga lah kami anak2nya mengembirakan hati emak...
berkumpul adik beradik membawanya berjalan2 makan angin...
Terlihat kebahagiaan di wajah emak..
(Walau sebenarnya apa yang kami buat ini masih belum mampu melunaskan hutang jiwa kami pada emak)

Di tahun terakhir hayat emak..
Emak kerap singgah dan bermalam di hospital...
sehingga suatu ketika..
emak pernah sebulan berada di wad...
kebetulan pula di bulan Ramadhan....
Kami tetap cuba menggembirakan hati emak di waktu2 uzurnya...
walau tak mampu setiap petang ..
tetapi ada hari2nya kami berkumpul adik - beradik membeli juadah
dan berbuka di bawah wakaf yang ada di sebelah wad emak...
terukir senyuman manis emak dari celahan tingkap
melihat kami berbuka puasa beramai-ramai..
mungkin melihat sebahagian anak-anak cucu berbuka puasa di hadapan matanya
emak seolah-olah terasa berada di rumah sendiri...

Manisnya senyuman emak...
sehingga hari dimana nyawa dan jasadnya dipisahkan...
Wajah emak tetap bersih..
seolah2 sedang tidur..
sewaktu jenazah emak masih di hospital,
jururawat yang ada turut menegur wajah emak yang seperti sedang lena..

Manisnya wajah emak,
benar-benar seperti sedang lena,
tatkala saya dan beberapa orang lain memandikannya...
Terasa ingin saya peluk sekujur tubuh yang telah kaku itu..
biarlah saya kebasahan sekali..

Sewaktu di kafankan...
wajah emak masih juga tersenyum manis...
itulah harinya..
ciuman terakhir saya untuk emak...
malam itu juga emak di bawa ke persemadian..
Melihat kepada kelancaran pengurusannya..
Saya berdoa Allah menjemput emak dalam kasih sayang dan pandangan Rahmatnya..
semoga wanita yang saya kasihi ini Allah beri kelapangan di sana
kerana kemuliaan hatinya..
Mudah2an..

Di permakaman....
si penggali lahad memberitahu
dinding kubur emak seolah bercahaya
bagai dinding bermozek di dalam kegelapan..
sewaktu talkin dibacakan..
suasana agak dingin
disertai dengan hembusan lembut angin malam...
seusai emak di semadikan..
tanpa menunggu lama
langit memuntahkan airmatanya...
Rupa2nya alam turut bersedih di atas pemergian emak..

sungguh saya terharu..
bila mendapat tahu nama emak tak pernah mungkir
pasti akan disebut dalam tahlil dan bacaan yassin yang di buat seminggu sekali di surau...
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan sahabat2 emak...
dan setiap kali adik saya bertemu dengan sahabat2 emak...
tak lepas dari bibir mereka mengenang
budi pekerti emak
yang sentiasa menjaga hubungan silaturrahim..
Itulah BONDA saya...





Ulasan

mama aryan berkata…
Org yang baik syurgalah tempatnya insyaAllah..sedih membaca n3 ini, saya sgt2 faham,kerana sy juga dah kehilangan kedua2nya..
Mommy_ima berkata…
al fathah...
moga roh arwah tenang dan ditempatkan dgn ahli2 syurga..amiiin.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...