Rahsia di sebalik Bentuk Sayur2an dan Buah2an ..
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian ada sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dr daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah mencipta binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepda manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.
Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk2 buah dan sayuran berikut tersembunyi klue tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia. Kita saja yang sebenarnya masih kurang bijak dan Alhamdulillah, semakin belajar tentang khasiat2nya.
Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis2 nya betul2 menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.
Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusia mengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung.
Kita lihat pula bentuk ke tiga-tiga buah2an dan bijirin di bawah.. dan lihat pula khasiat yang ada...Sungguh menakjubkan bukan...?
Walnut berbentuk seakan otak manusia, dengan hemisfera kanan dan kiri, sereberum dan sereblum. Garis2 dan belahan tgh kacang tersebut juga seakan2 neo-cortex. Tahukah anda, walnut dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen ‘neuron-transmitters’ kepada fungsi otak anda.
Kacang merah sebenarnya membantu menyembuhkan dan me’maintain’kan fungsi buah pinggang.Lihat bentuk kacang merah, seakan-akan ginjal manusia kan..
Sayuran yang batangnya berbentuk seperti tulang ternyata bermanfaat untuk menguatkan tulang. Tulang terdiri dari 23% sodium dan sayuran tersebut diatas juga terdiri dari 23% sodium. Jika dalam diet makanan anda kurang sodium, tubuh akan mengambilnya dari tulang, ini menyebabkan tulang menjadi lemah. Sodium yang terdapat dalam sayuran tersebut bisa memenuhi keperluan tulang akan sodium yang diperlukan tubuh.
Khasiat buah-buahan ini adalah kepada serviks dan pangkal rahim wanita, ia kelihatan sama seperti organ-organ tersebut. Penyelidikan hari ini menunjukkan bahawa apabila seorang wanita makan sebiji avokado seminggu; ia mengimbangi hormon, mencegah kelahiran pra-matang yang tidak diingini dan mencegah kanser pangkal rahim. Avokado mengambil masa tepat 9 bulan tumbuh dari bunga ke buah yang cukup ranum. Terdapat lebih dari 14,000 nutrisi kimia photolytic pemakanan dalam setiap satu daripada makanan ini ..
(sains moden telah mempelajari sekitar 141 dari keseluruhannya).
Subhanallah...! Yang ini pula khas untuk golongan adam..
Buah tin dipenuhi dengan benih dan ia membesar dengan setiap tangkai hanya mempunyai 2 biji tergantung. Berfungsi melancarkan pergerakan sperma dan meningkatkan jumlah sel sperma bagi mengatasi kemandulan lelaki.
Hebatnya Allah...Setiap sesuatu dicipta beserta fungsinya sekali...
SUMBER
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Allah Huakbar,,,,,,
Subhanallah......
thanks for this sharing..
p/s : hihi. alang2 dah jalan berbuka terus kat sana, feeling kat oversea, padahal kat CH je. hik3