Bingkisan Untuk Abah


Sempena Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 19 Jun 2011, sedetik saya ingin mengenang insan yang menghadirkan saya ke dunia yang fana ini.. Sesungguhnya rindu saya padanya tak pernah padam buat seseorang yang saya panggil Abah.

Abah...
Mengenang abah dalam watak lelaki yang begitu tegas..Abah juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat dan dihormati....Abah jadi tempat jiran-jiran minta pandangan dan nasihat.Abah memang selalu tolong orang...Sebab tu rezeki abah murah..Rumah kami pula selalu didatangi orang jauh dan dekat..Adakalanya yang datang tu kami tak kenal pun.. ...Kadang-kadang orang datang minta abah tolong buatkan solat hajat, kadang-kadang minta tolong tawarkan air untuk anak demam atau apa-apa saja....Tapi abah bukan bomoh...Abah pernah pergi Haji.., jadi bila ada jiran yang hendak ke Makkah mereka akan datang belajar dengan abah...Abah juga ajar budak-budak mengaji ...

Abah...
Abah memang tak berkenan kalau anak-anak perempuan abah 'gedik'.
Anak-anak perempuan abah jangan buat perkara tak tentu pasal...Abah, masa sekolah dulu, aya tak pernah pelawa kawan-kawan lelaki datang beraya ke rumah kita abah...Sebabnya aya takut abah marah..Lagi pun aya tahu abah tak suka aya dan anak-anak perempuan abah berkawan bebas antara lelaki yang bukan ajnabi...Bila rumah kita dah masuk telefon,ada kengkawan lelaki yang sama sepengajian minta nombor telefon pun aya tak akan beri... Sebab aya hormatkan abah... Walaupun ketika duduk berjauhan dari abah, aya tak pernah ambil kesempatan untuk keluar bertemu janji dengan mana-mana jejaka pun abah.. Hatta jejak panggung wayang sekalipun tak pernah..Sebab abah tak suka, sebenarnya kalau aya pergi abah bukan tahu pun..Tapi macam aya kata tadilah, aya hormatkan abah sebagai seorang ketua keluarga..

Abah..
Abah tegas kerana sayangkan kami tujuh beradik...Abah nak kami jadi anak yang soleh dan solehahkan abah..Dulu masa zaman remaja rasa macam abah kongkong hidup aya...Tapi abah..bila aya dah ada anak baru aya faham..dan aya sangat-sangat hargai cara didikan abah pada kami adik beradik..Andai abah tidak bertegas dalam mendidik kami mungkin kami tidak akan jadi seperti hari ini...

Abah..
Dalam ketegasan tapi jauh di sudut hati abah ada sifat kelembutan seorang abah...Kadang-kadang aya tumpang ketawa melihat abah bergurau dan melawak dengan emak...Ketika aya menginjak usia 13 tahun, melintas jalan pun masih dipimpin tangan oleh abah..Abah sangat penyayang pada anak-anaknya...cuma anak-anak jangan sesekali buat perkara yang tidak senonoh dan menimbulkan kemarahan abah...

Abah....
12 tahun lebih abah telah tinggalkan aya , anak-anak dan cucu-cucu abah ...Sepanjang tempoh itu jugalah kami tak pernah lupa pesanan terakhir abah di saat abah terlantar tak berdaya dek kerana kegagalan berfungsinya organ buah pinggang abah...Apa pesanan abah..??? Kata abah, abah tiada harta untu ditinggalkan..tapi abah berpesan kepada anak-anak abah agar kami sentiasa hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah anak-anak abah akan selamat dunia dan akhirat...Itu pesan abah yang masih terdengar-dengar ditelinga aya...

Abah...
Saat abah tinggalkan kami, hanya empat bulan sahaja lagi menjelang hari bahagia aya....Waktu itu aya rasa ayalah orang yang paling sedih...Cuma aya tak tunjukkan kesedihan itu bila dihadapan orang...Ayalah satu-satunya puteri abah yang abah tak sempat walikan...Aya sedih sangat abah... Tapi aya tetap redha kerana itulah takdir aya dan takdir abah...Abah air mata aya dah mula bergenang saat ini abah...Sedih , pilu , rindu, semua perasaan berbaur bercampur menjadi satu....

Abah...
Sempena Hari Bapa ini aya doakan abah berbahagia di Negeri Kekal Abadi bersama di kalangan para syahid dan wali-wali Allah...(sebenarnya setiap hari aya tetap mendoakan abah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...