Aurora ... Yang Indah..

Aurora .... Satu Fenomena cahaya terang di malam hari yang berlaku kebiasaanya di kawasan kutub.. Sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis.di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut.Fenomena cahaya Aurora terjadi disebabkan interaksi medan magnet dan parikel yang dipancarkan oleh matahari, ianya hanya terjadi di kutub utara dan selatan sahaja. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April.
Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Walaubagaimanapun, Munculnya aurora tidak dapat diramalkan. Oleh kerana itu, aurora sangat sukar untuk dikajiselidik. Aurora muncul dalam bentuk melengkung, garis-garis lurus, atau berupa tabir cahaya di angkasa. Sejauh ini tidak pernah ada dua aurora yg memiliki pola yg sama. Kita dapat melihat aurora di sekitar kutub utara(aurora borealis) maupun kutub selatan(aurora australis) dengan jelas pada malam hari jika tidak ada bulan.

Ia bagaikan sebuah lakaran lukisan

Untuk pengetahuan, fenomena ini terjadi akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari (angin matahari).

Aurora adalah pancaran cahaya yang terjadi pada lapisan ionosfera bumi akibat terjadinya interaksi antara medan magnetik (pada bumi) dengan zarah bercas yang dipancarkan oleh matahari yang disebut sebagai plasma [ada juga mengatakan sebagai "ejection mass coronal" (CMEs)

Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Plasma adalah sejenis partikel gas yang telah terion. Pada umumnya gas tidak bercas, tetapi kerana suhu yang sangat panas di matahari lalu telah menyebabkan zarah gas terion maka terbentuklah plasma. Plasma ini dipancarkan oleh matahari ke semua arah. (kebiasaannya pada ketika terjadinya aktiviti matahari maka pancaran plasma akan bertambah), kemudian ketika mendekati medan magnet bumi (yang berpusat di kutub utara dan selatan) maka plasma akan tertarik ke kawasan kutub-kutub bumi (gejala ini disebut sebagai "angin matahari "/ solar wind). Apabila ia bertemu dengan zarah atmosfera bumi maka akan terjadilah eksitasi-santai elektron sehingga memancarkan pancaran warna yang indah.


Aurora muncul ketika elektron bercas tinggi dari angin matahari melintasi medan magnet bumi dan berinteraksi dengan atmosfera bumi beratus-ratus kilometer di atas permukaan bumi. Ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian orbit Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ini menyebabkan kadang kala ISS terbang melintasi aurora. Angkasawan Donald Pettit mengatakan bahawa dia merasa hampir menyentuh aurora dengan tangannya kerana aurora begitu dekat dan indah.

Maka yang berperanan dalam pembentukan aurora itu adalah medan magnetik bumi dan zarah yang bercas. Oleh yang demikian, aurora sering terjadi di kawasan sekitar Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja kerana di situlah terdapatnya pusat daya tarikan magnetik bumi berbanding di kawasan khatulistiwa. Itulah sebabnya Aurora hanya terjadi di Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja. Aurora yang terkenal adalah Aurora Borealis (di kutub utara) dan Aurora Australis (di kutub selatan).

Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol-garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti......SUMBER.....

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...