Teringaaaaaat Sangat2.....

Tadi kebetulan tertengok berita jemaah Haji yang dah berlepas ke Tanah Suci.. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan... Sayuuuuu je rasa hati.... Dah 2 tahun berlalu.... Rasa nya sangat pantas masa meninggalkan kita... Sedangkan ianya seolah-olah bagaikan baru semalam saya dan en zauj menjadi Dhuyuf Ar Rahman 2010 tempoh hari.
Teringat kali pertama memijak bumi Haramain..Kami tiba di sana ketika itu dalam pukul 12.oo tengah malam waktu tempatan.. Ketika kaki melangkah ke Masjidil Haram, minda masih tak mampu membayangkan bagaimana keadaan Masjidil Haram... Hati sentiasa berdebar-debar bila langkah kaki kian hampir... Di kala Masjidil Haram tersergam di depan mata , Debaran semakin kencang..
 
 Segala macam rasa berkumpul menjadi satu..Tak sabar waktu tu untuk menatap sendiri Kaabah yang sering dilihat di kaca tv dan di dalam gambar...Bila memasuki  ruang dalam Masjidil Haram tiba2 perasaan sayu , sedih, hiba, gembira semakin kuat  ..
Pandangan mata terus melekat ke hadapan, mencari2 'bangunan kotak hitam'... 
 
Sebaik mata bertemu dengan bangunan yang dicari-cari....air mata gugur satu per satu..Tak dapat dibayangkan dengan kata2 ... Perasaan 'tidak sangka' dijemput menjadi TetamuNYA sangat menebal.. Gembira..kerana hari itu dengan izinNYA saya dan en zauj  dipermudahkan untuk mengelilingi Kaabah dicelahan lautan manusia..Rasa sangat kerdil diri datang ke sini membawa palitan dosa2...
 
* Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.

Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).
 
Ini adalah Waktu selepas solat maghrib..Ramai sangat orang..kan.. Selepas wukuf lagi ramai orang mendatangi kaabah untuk melakukan tawaf haji.. Pemandangan dari tingkat atas Masjidil Haram.Kami selalu juga bersolat ditingkat paling atas berbumbungkan langit Makkah ...Biasanya kami ke sini pada waktu Maghrib terus ke isyak..sesekali waktu subuh..

Terdapat Hadis Rasulullah yang mengesahkan bhw Kaabah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti.Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah saw tlh bersabda:
Maksudnya : "Kaabah akan dimusnahkan oleh 'Zu al-Suwaiqatain' (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia)".

Juga diriwayatkan bhw Ali r.a berkata;
Maksudnya : "Lakukanlah tawaf di rumah (Kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang drp melakukannya.Seolah-olah aku dapat melihatnya (seorang lelaki dr Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil, menghancurkannya (Kaabah) dengan cangkulnya".

Suasana dalam Masjidil Haram ... Di bahagian  kelihatan cahaya cerah tu, jemaah haji sedang bertawaf mengelilingi Kaabah...

Pemandanngan Masjidil Haram dari luar..sangat besar dan luas..Masjid ini  boleh menampung sejuta lebih orang jemaah di dalam dan di luarnya..Setiap kali solat dataran ini akan dipenuhi dengan saf2 manusia...
 
Ini adalah Rumah kelahiran nabi Muhammad..
sekarang tapak ini di jadikan perpustakaan yg berhampiran dengan masjidil haram..

#Jemaah Haji Group Ashar Travel di ketuai Ustaz Abd Basit Abd Rahman (Abu Anas)...
Kami melakukan ziarah dalaman sewaktu selepas selesai melakukan kerja haji...
Menyusuri laluan hijrah yang dilalui oleh nabi dan Abu Bakar..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Unknown berkata…
rasanya sama dengan perasaan saya, teringin sangat nak ke sana, mengabdi diri pada ilahi. Tengok gambar2 rasa tenang ...berdoalah agar dimudahkan rezeki.
Jahirah berkata…
alhamdulillah....
saya tak berpeluang lagi menjadi tetamuNya...moga ada kesempatan...
MalizaMah berkata…
moga2 segalanya baik2..
hmmmmmm
RIZZNA berkata…
Jazakallahu Khairan Kathira diatas ucapan hari lahir. CiM juga nak ucapkannya juga untuk beberapa detik lagi.

SELAMAT ULANG TAHUN ~~

Seronoknya dah pernah dijemput ke bumi suci Allah, ayahnda Bonda CiM akan berangkat minggu hadapan. Doakan perjalanan mereka :)

Salam ukhwah :)
Madam iEeDaZ berkata…
Salam perkenalan...follow cni :-)

Seronoknye pernah kesana, pasti menjd kenangan terindah utk selamanye kan...
@LeenShamsh berkata…
cjai...mmg rinduuu..gamba2 tu sume mengundang rindu..bile da pegi patutlah orng dh pegi nk pegi lagi..rindu die lain..kami buat umrah mac lepas ni..doakan nk buat haji sesegere yg mgkin ye cjai.. ;)
Umialya berkata…
alhamdulillah.. kami tak tau bila lagi dapat jejakkan kaki ke sana
TiranaAduka berkata…
doakn sya terbuka hati untuk ke sana.amin
Arina Shamsul berkata…
bergenang air mata,sayu hati,bila baca entri ni,entah kenapa..mungkin kerana impian ke sana terlalu memuncak.

teringin sangat nak pijakkan kaki ke sana,namun rezeki belum mengizinkan..

insyaallah doakan semoga kami berpeluang kesana ye dear...
mama aryan berkata…
ya Allah kak..saya pun berdoa moga ada rezeki utk saya ke sana, dpt menunaikan umrah pun syukur, moga2 saya dijemput utk menjadi tetamu Nya nanti..insyaallah
TiranaAduka berkata…
amin amin amin..buat Tirana Aduka juga
Si Matatajam berkata…
Ya Allah teringinnya M nak rasa perasaan menatap Kaabah tu..
insyaallah nurulpun tengah usaha menyimpan untuk ke sana..akak doakan nurul dapat pergi sebelum Allah menjemput.nak bawa abah n mama sekali.tapi skang risau abah sik sakit..harap Allah bagi peluang ke sana.btul2 nak kesana..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...