Teringaaaaaat Sangat2.....
Tadi kebetulan tertengok berita jemaah Haji yang dah berlepas ke Tanah Suci.. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan... Sayuuuuu je rasa hati.... Dah 2 tahun berlalu.... Rasa nya sangat pantas masa meninggalkan kita... Sedangkan ianya seolah-olah bagaikan baru semalam saya dan en zauj menjadi Dhuyuf Ar Rahman 2010 tempoh hari.
Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).
Terdapat Hadis Rasulullah yang mengesahkan bhw Kaabah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti.Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah saw tlh bersabda:
Maksudnya : "Kaabah akan dimusnahkan oleh 'Zu al-Suwaiqatain' (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia)".
Juga diriwayatkan bhw Ali r.a berkata;
Maksudnya : "Lakukanlah tawaf di rumah (Kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang drp melakukannya.Seolah-olah aku dapat melihatnya (seorang lelaki dr Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil, menghancurkannya (Kaabah) dengan cangkulnya".
Suasana dalam Masjidil Haram ... Di bahagian kelihatan cahaya cerah tu, jemaah haji sedang bertawaf mengelilingi Kaabah...
Pemandanngan Masjidil Haram dari luar..sangat besar dan luas..Masjid ini boleh menampung sejuta lebih orang jemaah di dalam dan di luarnya..Setiap kali solat dataran ini akan dipenuhi dengan saf2 manusia...
Ini adalah Rumah kelahiran nabi Muhammad..
sekarang tapak ini di jadikan perpustakaan yg berhampiran dengan masjidil haram..
#Jemaah Haji Group Ashar Travel di ketuai Ustaz Abd Basit Abd Rahman (Abu Anas)...
Kami melakukan ziarah dalaman sewaktu selepas selesai melakukan kerja haji...
Menyusuri laluan hijrah yang dilalui oleh nabi dan Abu Bakar..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
saya tak berpeluang lagi menjadi tetamuNya...moga ada kesempatan...
hmmmmmm
SELAMAT ULANG TAHUN ~~
Seronoknya dah pernah dijemput ke bumi suci Allah, ayahnda Bonda CiM akan berangkat minggu hadapan. Doakan perjalanan mereka :)
Salam ukhwah :)
Seronoknye pernah kesana, pasti menjd kenangan terindah utk selamanye kan...
teringin sangat nak pijakkan kaki ke sana,namun rezeki belum mengizinkan..
insyaallah doakan semoga kami berpeluang kesana ye dear...