Wanita Tua Cina Dengan Pasu Retak

Kisah Pasu Yang Retak

Cuba hayati kisah ini...Ada kelebihan yang tersirat disebalik kekurangan dan kelemahan kita...
Makanya jangan mudah berasa rendah diri dan jauh hati dengan kekurangan itu....


Seorang wanita tua Cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. "Aku sangat malu dengan diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu". Wanita tua itu tersenyum, "Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi?". "Itu kerana aku selalu menyedari betapa kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu".

"Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini".

Kata Hati : Sebenarnya kisah ini cukup menyentuh sanubari tuan empuya belog....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Kakcik Seroja berkata…
Setiap yang kurang itu sebenarnya ada kelebihan tersembunyi yang tidak disedari. :)
mama aryan berkata…
sangat menyentuh hati saya jugak..
setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya,cuma kita yg kena cari apakah kelebihan itu
Ira berkata…
mm.. btl2.
kene jadi diri sendiri.. :)
Jahirah berkata…
pernah dengar kisah ni...mmg memotivasikan....setiap benda ada gunanya walaupun pada pandangan mata sebaliknya.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...