Tak Nampak, Tak Semestinya Tak Ada...

 
Kisah yang saya nak share ni ada sedikit persamaan dengan Kisah INI.... Cuma jalan ceritanya agak sedikit berbeda....
 
Alkisah, ada seorang ateis mengajak seorang alim berdebat.Soalan debatnya : Adakah Tuhan itu Wujud..? Lalu kedua-duanya bersetuju dan menentukan tempat dan masa untuk berdebat.
Tiba hari yang dijanjikan.Si ateis dan hadirin sudah agak lama menanti si alim yang belum tiba lagi.Beberapa ketika kemudian, si alim pun muncul.
 
"Maaf kerana membuatkan kamu semua tertunggu-tunggu.Sebenarnya tadi saya terperangkap di rumah kerana banjir.Betapa besarnya bah itu, semua penduduk kampung terpaksa duduk di atas bumbung.Jadi kami tidk boleh ke mana-mana. Hanya menuggu bantuan luar sampai."
 
"Tiba-tiba ada sebatang pokok tumbang.Tidak semena-mena semua dahan , ranting , dan daun-daunnya terpisah dengan sendiri. Batang pokok yang tinggal pula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi sampan.Saya pun datang lah ke sini dengan menaikinya."
 
"Hahaha..Mana mungkin pokok itu menjadi sampan dengan sendirinya.Mesti ada orang yang buatkan!"Gelak besar si ateis dan para hadirin.
 
Setelah keadaah kembali tenang, si alim pun berkata " Kalau lah kamu sendiri yakin bahawa sampan itu tidak akan wujud tanpa orang yang membuatnya, bagaimana kamu boleh yakin yang bumi, langit dan alam ini wujud tanpa Si Penciptanya?"
 
Terkedu si ateis seketika.
"Kalaulah Tuhan itu wujud,jadi di mana tuhan?Kenapa kita tidak nampaknya?"
 
"Pap!",si alim menampar si ateis .
 
"Sakitlah!"
 
"Dimana sakitnya? Saya tidak nampak pun!"
 
Ketika itu barulah si ateis sedar..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

TiranaAduka berkata…
salam
Sakit gak kalau kena tampar..teringat masa sekolah2 dulu dah lali dgn penampar dan rotan...................
Jahirah berkata…
berkesan cara penyampaian org alim tu...sakit xnmpk tp sakit..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...