SAHABAT… Tolong Ingatkan Aku..

 
 
SAHABAT……
Tolong ingatkan aku..
Tentang dosa dan pahala,
Tentang syurga dan neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya, ...

SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang aku beriman dengan Tuhan yang
satu yaitu Allah SWT,
Tentang Rosul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku miliki, Yang dipertarungkan dengan siksa jasad dan
nyawa,

SAHABAT…..
Tolong ingatkan aku...
Tentang malaikat si pencatat amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal,
Tentang malaikat penanya penyiksa di
kubur, Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menunggu ku dengan senyum tawa...

SAHABAT….
Tolong ingatkan aku,
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari..

SAHABAT…..
Tolong ingatkan aku...
Tentang kita adalah seorang,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya,

SAHABAT……….
Tolong ingatkan aku..
Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,
Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan.

SAHABAT………..
Tolong ingatkan aku..
Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat-nikmat yang dititipkan kepadaku
Tentang gembira yang aku mesti syukuri, Tentang perih derita, yang terdahulu. 
Tolonglah ingatkan aku..
Sebab aku selalu LUPA...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

mama aryan berkata…
terima kasih c'jai kerana mengingatkan..dlm hidup ini kita kdg2 terlupa,bagus ada yg mengingatkan
are_lin@yu berkata…
ingt mngngati sesama kita..tq ingtkan ayu jgk dear ;-)
LydSunshine berkata…
Terima kasih sahabat kerana tolong ingatkan aku.
misz uzmy berkata…
tegur laa ingatkan laa nasihatkan laaa selagi kita sahabat..

^__^
mama aryan berkata…
ya Allah kak..malam ni baru dpt tahu akak ni rupanya akak ipar kawan saya..norisah kan?dia baru bgtau saya..x sangka saya..
Tanpa Nama berkata…
im suggest u listen 'sahabat' song by dehearty if im not mistaken ..
Cik Ai berkata…
sama2 kita muhasabah diri dan saling ingt memperingati ke arah yg lbh baik :)
TiranaAduka berkata…
tqvm sis ingatkan saya (ta)
terima kasih kak sebab meningatkan saya =)

semalam dengan hari ni baru ada masa jalan2 kat blog kawan2. mintak maaf kak sebab dah lama tak datang sini jalan2 baca entry =)
@LeenShamsh berkata…
aku juga mudah lupa! ;D

p/s: ingat mengingat sampai mati..tq sharing c'jai!
NURUL JUGA MUDAH LUPA..Semoga Allah memaafkan=(

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...