Kisah Pengemis

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan, diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''
Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :
''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu ".

Kesimpulan :

RASULULLAH S.A.W Bersabda:
''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

TiranaAduka berkata…
Assalamualaikum wbth...
pekabar sis C'Jai..?
Nice sharing sis..........banyak yg TA dapat diblog sis nie....gedek-godek blog sis ...
Brilliant Marjan berkata…
apa yg kt buat dl akn dpt balik kt kita..teguran yg baik..walau siapa pun kita, kita kena sedar diri tentang roda itu berputar
Si Matatajam berkata…
Ya Allah...sedekah tu bukan mengurangkan harta kita tapi melipatgandakan lagi harta kta...
azievee berkata…
Semoga dapat menginsafkan kita semua...
70 ye..?syukran baru tau ttg hadith tu :)
syiela berkata…
hidup ni seperti roda kadang2 kita kat atas kekadang kita di bawah...

sentiasa beringat
mama aryan berkata…
jgnlah sombong bila kita kaya,sbb semua tu milik Allah kan,Dia bole tarik bila2 masa je...sgt insaf dgn citer nih
Jahirah berkata…
kadang2 rezeki yang kita dapat bukan hak kita tp hak bersama,hak org lain....

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...