Jom Audit Prestasi Diri..

Kadang-kadang kita tak pernah perasan pun akan kelemahan diri kita...
Moh kita audit diri untuk mengesan kelemahan dan puncanya. Sama-sama muhasabah dan perbaiki kelemahan.Sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
Apa tunggu lagi...Jom, sama-sama kita lakukan audit prestasi diri!

PANDUAN:

Penyataan di bawah berkaitan tanggapan anda tentang usaha mendidik diri. Nilai tahap usaha anda, berdasarkan skala berikut:
1. Tidak berkaitan langsung
2. Kurang berkaitan
3. Lebih kurang
4. Agak berkaitan
5. Sangat berkaitan

SOALAN:

1-Saya sentiasa berasa bersyukur dan teringat bahawa setiap perkara yang diperolehi nikmat Allah.[___]

2-Saya tidak keberatan untuk menolong apabila ada orang memerlukan bantuan.[___]

3-Setiap perkara yang akan dilakukan, saya sentiasa ikhlaskan niat kerana Allah.[___]

4-Saya sentiasa memohon ampun dan taubat kepada Allah.[___]

5-Setiap kali berlaku perkara yang tidak diingini, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya bersabar.[___]

6-Setiap kali berfikir untuk melakukan perkara yang tidak baik, saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa Allah sentiasa memerhati.[___]

7-Setiap kali keluar rumah, saya tidak lupa untuk bertawakal kepada Allah.[___]

8-Saya sentiasa memulakan salam ketika bertemu, baik kepada orang yang dikenali atau tidak dikenali.[___]

9-Saya ada satu amalan baik(contoh:sedekah RM1.00 setiap hari), biarpun kecil tetapi saya tidak pernah lupa untuk melakukannya.[___]

10-Setiap kali terlintas untuk melakukan satu kebaikan, saya akan segera berusaha sehingga berhasil.[___]

11-Setiap kali melihat orang yang tidak bernasib baik, saya sentiasa berasa kasihan dan ingin menolongnya.[___]

12-Saya sentiasa mengaitkan setiap perkara yang saya lakukan, biarlah ada saham untuk saya di akhirat nanti.[___]

13-Saya berjanji akan menjaga ibu bapa saya sebaik-baiknya apabila mereka tua nanti.[___]
14-Rahsia kawan sentiasa saya simpan, aib mereka sentiasa saya tutup dan maruah mereka sentiasa saya jaga.[___]

15-Saya sentiasa berusaha mencari ilmu. Ada sahaja buku baru yang akan dibaca, tazkirah yang akan didengari dan program ilmmu yang akan dihadiri.[___]

16-Saya sentiasa cuba mengajak orang disekeliling saya untuk melakukan kebaikan.[___]

17-Saya ingin dekat kepada Allah dan sentiasa berusaha ke arah itu.[___]

18-Saya sentiasa sedar setiap kali melakukan satu-satu dosa atau kesalahan.[___]

19-Saya sentiasa ingatkan diri supaya merendah diri.[___]

20-Saya sentiasa berusaha memperbaiki akhlak saya dari semasa ke semasa.[___]

Totalkan semua mata yang ada perolehi.

KESIMPULAN:
20 KEBAWAH-AMAT MEMBIMBANGKAN
Anda mungkin tidak memberi perhatian langsung dalam soal mendidik diri sebelum ini. Jadikan kebimbangan ini sebagai pencetus kepada perubahan.

21 HINGGA 59-MEMBIMBANGKAN
Diri anda begitu mudah dipengaruhi. Boleh jadi baik dan jahat pada bila-bila masa. Ambillah kesempatan pada diri anda yang mudah terpengaruh ini dengan mendekati ilmu dan orang berilmu.

60 HINGGA 79-USAH BERPUAS HATI
Ada perkara boleh dibuat biasa-biasa sahaja, tetapi tidak dalam soal mendidik diri. Selagi hayat dikandung badan, teruskan usaha mendidik diri.

80 HINGGA 89-TERUSKAN USAHA
Sebagai besar diri anda sudah dididik dengan sebaiknya. Namun kekalkan keazaman dan tingkatkan usaha dalam mendidik diri menjadi lebih baik. Seorang Mukmin tidak akan berpuas hati dalam berbuat baik.

90 HINGGA 100-ALHAMDULILLAH
Diri anda boleh dikatakan sudah terdidik. Namun syaitan tidak pernah putus asa untuk membiadabkan kita. Berwaspadalah! Mungkin syaitan sedang menjerat anda dengan jeratan ujub, “baiknya aku.!”

Ujian ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada aspek diri yang perlu dididik. Untuk panduan didik diri yang lebih menyeluruh, bolehlah merujuk kitab Riyad al-Salihin, susunan Iman al-Nawawi. Lakukan audit ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Didiklah diri, Insya-Allah syurga Allah akan menanti-

SuMbEr Dari Blog :
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Rozie berkata…
boleh cuba nih..
izz iizza berkata…
bnyak nya soalan..ni kena print ni baru leh buat..hihi..

ti sy nak buat la..thanks 4 sharing..:)
Mommy_ima berkata…
takutnye nak audit diri sendiri..hihi.. harap markah xde la teruk.. :p
nnt nak buat la.. tq cjai. :)
Jahirah berkata…
xsempat lg analisis...bookmark dulu, nanti saya nak buat la...time kasih kongsi...:)
azievee berkata…
markah masih diparas B- kena usaha lagi bagi mempertingkatkan prestasi diri
mama aryan berkata…
nanti bole cuba buat nih...
Reena Sidek berkata…
semoga keputusan audit sy nanti di tahap yg baik...
ummu berkata…
assalamualaikum CJai
Ingatkan Jabatan Audit tadi..he he
ya selalu kita lupa nak audit diri kita kan...terima kasih atas perkongsian

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...