Ibu Yang Tak Punya Hati

Gadis campak bayi dari tingkat 3 flat

Seorang ibu tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.

Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada. SUMBER

#@*#@*#@*#@*#@*#@*

Zalimnya seorang ibu pada diri sendiri...Sembilan bulan membawa anak di dalam rahimnya lalu bila keluar tergamak anak itu dicampak seperti mencampakkan sampah sahaja layaknya..
Di mana nilai kasih sayang seorang ibu.... Biar apa pun alasan yang diberi...keadaan ini tidak seharusnya berlaku... Menangis hati ini melihat tubuh si kecil yang tidak berdosa kaku dihempas ke tanah dari tingkat 3.. Saya yakin ibu ini akan merasa kesal di sepanjang hidupnya...akan juga dihantui rasa berdosa dan bersalah selagi nadinya masih berdenyut..
Semoga Allah tiupkan hidayah buat gadis ini...

Erti Anak Bagi Orang Tua: Mak..! Kenapa Buat Saya Macam ni....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

mama aryan berkata…
ntah apa perasaan perempuan ni taktau la,sampai sanggup campak anak mcm tu,tak tgk muka anak ke masa lepas bersalin tu?takde hati perasaan betul la..geram betul koi dgn org mcm nih
Allah . . . tgk jgk kat berita td..
Kak iman berkata…
jauhkan iman dri perkara yg g2
Cik Ai berkata…
x tahu nk kata apa..
yg pasti ibu mcm ni adalah ibu yg x bersyukur,x tahu nk menghargai..betapa ramai kat luar sna yg sdg berusaha tuk mnjadi seorg 'ibu' ...sedih sgt!
Ira berkata…
baru baca berita ni smlm dkt FB. x sangka, berlaku dkt flat yg ira tau dimana letaknya.. hrp2 bkn org yg dikenali la yg buat.. sampai ati dia.. klu xnk baby tu, bg la kat sape2.. org mesti amik..
TiranaAduka berkata…
Dunia semakin tua Manusia kembali ke zaman jahiliah..
Si Matatajam berkata…
Zalim!!!! Bila syaitan menguasai hati dan akal fikiran..ini la yg terjadi..
Unknown berkata…
sedih sangat baca berita ini,...harap suatu hari nanti..Allah bg hidayah untuknya.....
Masya berkata…
TAK BERHATI PERUT LANGSUNG.. DGR KABARNYA PAKWE BUDAK PEREMPUAN TU YG CAMPAK.. POLIS TGH SIASAT
Jahirah berkata…
sakit jiwa kot sampai sanggup campak baby sendiri....;(

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...