Fuh...! Alhamdulillah ..LEGA nyaaaa...!
"ummi..Kitty mana balik lagi ummi...dari pagi tadi dia keluar.."
"Ye ke.." Tanpa berlengah saya menjenguk kepala keluar pintu sambil memanggil....
"Kittyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy"..
dua tiga kali dipanggil pun masih tak muncul, akhirnya saya merapat dan menguncikan gril, juga pintu...
Lepas maghrib sekali lagi saya menjenguk ke pintu belakang manakala along mengintai di pintu depan... Hampa! Kelibat Kitty masih juga belum kelihatan... Hati saya berdebar sebenarnya...Saya cukup bimbang dan berdoa sangat2 jangan lah Kitty 'dicolek' orang..atau janganlah Kitty terserempak dengan Orang Vietnam yang mungkin tetiba lalu di depan rumah kami... Dengar cerita Orang Vietnam yang berumah tangga di Matau tu sangat berselera dengan kucing... Kucing dan anjing yang dulu berkeliaran di kawasan Matau dah 'licin' katanya...Dibenak saya sebenarnya terbayang-bayang Si Kitty yang gemuk tu dalam tangan mereka...lalu mereka ...ahhhhh..tak sanggup saya.....Terbayang lagi wajah Kitty yang berwajah sayu tu...
Bila dengar bunyi gril luar berlaga.., along berlari menjengok..Maklumlah Kitty tu kesayangan dia...Tapi along tetap kecewa, bukan Kitty tapi Opie yang masuk..
"Hiss, Opie ni buat along berdebar jer"risau sungguh along rupanya..
Tak lama lepas tu abah bebudak ni sampai dari KL...Saya tanpa menunggu lama terus jer 'mengadu'..Sesekali menjeling jam , masa pantas berlalu..Malam kian merangkak, sedang Kitty masih belum balik...10.30 ... Along pun dah nak tidur...
"Along cer tengok kot2 Kitty ada kat depan tu.."
sambil saya sendiri melangkah ke dapur untuk mengintai di pintu belakang..
Pintu dibuka...Saya tersenyum dengan hati yang sekembang bunga matahari.....
"Kityyyyyyyyyyy...Masuk..meh masuk..Haish..! awak ni buat orang risau jer..."
Tanpa rasa bersalah dengan lengang lenggok yang bersahaja Kitty melangkah masuk setelah saya merenggangkan grill untuk memberi laluan pada badannya yang montel itu ...
"Abang Kitty dah balik ni ha..!"
"Alhamdulillah..Abang tak henti2 selawat tadi..Abang ingat kalau Kitty tak balik, abang nak buat solat hajat dah tadi.." bersungguh en zauj menceritakan perasaannya..
"Ummi bukan apa along, ummi bimbang Kitty ni kena ambik dengan orang Vietnam tu jer... "
"Tu lah...along pun fikir macam tu tadi"
Wah Kitty!..Kitty dah berjaya membuatkan kami sekeluarga risau malam ni..yang cool pun Ain je la..sebab lepas maghrib tadi dia dah tertidur..Tak tahu pun yang kami semua keresahan dek kerana Kitty..
Haiiiiiiiiii..Kitty...Kitty.....Apa pun Alhamdulillah...
Inilah wajah yang meresahkan kami sekeluarga... |
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan