Akhirnya Ku Fahami....
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil.
Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya,
dianggap asing dan ganjil.
Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]
Setiap kali mendengar hadis ini otak saya ligat berfikir apa maksud sebenar asing yang terdapat di dalamnya...Hingga siang tadi selepas mendengarnya sekali lagi di IKIM saya nekad untuk meneroka dan mencari maksud asing itu....Akhirnya saya bertemu jawapan yang dihuraikan oleh Abu Saif di SINI.. Alhamdulillah.. Saya diberi pencerahan minda secara tidak lansung ...
Suatu waktu Islam itu hadir bilamana manusia berada dalam kerosakan...Pembunuhan, pergaduhan, penzinaan menjadi sesuatu yang biasa.. Maka saat seruan dan syiar Islam ingin dilebarkan, sesuatu yang baik yang dibawa dan disampaikan oleh nabi menjadi satu perkara yang janggal pada mereka..
Jika kita kaji Islam di awalnya , berkembang dengan disulami cacian dan maki hamun..Betapa hebatnya tentangan mereka terhadap Rasulullah..Ini kerana mereka sudah selesa dan sebati dan cara hidup yang penuh dengan kemungkaran..Justeru bila ada golongan minoriti yang mencegah kemungkaran , mereka melihat ia sebagai sesuatu yang ganjil... Lihat saja Golongan minoriti yang mengajak kearah ma'ruf iaitu cara hidup yang penuh dengan kemuliaaan dan menolak mungkar digelar GHURABA.
Rasulullah SAW bersabda:
Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya,
“Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab,
“Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.
Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”Dan hari ini Islam kembali menjadi asing dan ganjil..Kedudukan Islam kini seolah-olah seperti di awal permulaannya...... Cara hidup manusia yang punah,rosak dan songsang menjadi fenomena biasa... Perlakuan jenayah yang berleluasa, anak2 yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan sentiasa meningkat..Kita seolah-olah kembali dengan cara hidup di zaman jahiliyah.. Beruntunglah kita jika berada dikalangan mereka yang bergelar GHURABA walau kita dilihat asing oleh mereka..
Saya petik sedikit catatan dari Abu Saif untuk dikongsi bersama di sini...
Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya,
“Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab,
“Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.
Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.
Untuk lebih jelas sila KLIK
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan