Kisah Raya Kami : Raya Anak Beranak Saya

Tak habis lagi rupanya cerita pasal raya.... Sebelum ni saya ada menulis kisah kami beraya di rumah sendiri tahun ni, kat SINI... 1 Syawal hari tu, Lepas solat sunat raya saya sekeluarga mula gerak ke rumah mertua.... Tidur semalaman di sana... Berkumpul beramai-ramai dengan ipar duai.. Maklumlah sesekali berkumpul penuh rumah dengan anak menantu dan cucu-cucu ..

Hari raya ke dua beraya ke rumah jiran depan rumah mertua.. Lepas tu kami pergi ke Jengka 18 rumah Nenek Mas along... Nenek Mas ni dulu mengasuh along dari umur setahun hingga lah along berumur 6 tahun...Masa tu saya dengan en zauj mengajar di sana... Jadi walaupun dah berpindah dan menetap di Bandar Jengka, setiap tahun saya akan bawa along mengunjungi Nenek Mas nya...

Selepas Zohor berpakat pulak dengan ipar2 untuk beraya ke Luit, Maran..Nak serbu rumah kakak en zauj saya..Dengar cerita buat laksa , tu yang masing-masing pakat nak terjah sana..:)

Balik semula ke rumah mertua , hari telah pun hampir maghrib ...lepas solat maghrib kami sekeluarga gerak pulak ke Jengka 13..Dah janji dengan mak cu budak-budak ni nak tidur kat sana pulak...Sian juga kat adik bongsu saya tu.. Tahun lepas kami sama2 berkumpul di rumah peninggalan mak dan abah...Kemudian sama2 bertahlil ringkas di kubur.. Jadi tahun ni masing2 giliran sebelah mertua pulak... Jadi rumah peninggalan mak abah kami memang kosong , sunyi dan sepi di pagi syawal tu... Tapi petang raya pertama adik saya dah kembali semula ke rumah, tu yag kami sekeluarga nak ke sana... Kalau kami sekeluarga ada tak la sunyi sangat mak cu bebudak ni... Kalau takde orang kang mula la dia buat sedih ke diri, time tu mula la tangkap leleh sesorang tingatkan mak... Sebab sebelum ni memang dia yang duduk dengan mak.. :(

Menjelang 3 Syawal kami adik beradik pakat-pakat dan merancang untuk ke Karak ziarah De , kakak kami yang paling tua.. Saya , Ina dan alang akan bergerak dari Jengka .. Ateh sekeluarga dari Pekan..Manakala andak dari raya pertama lagi dah sampai di rumah De.. Kami akan bertemu di sana.. Sebelum gerak ke Karak saya sekeluarga ke makam bonda dan ayahanda dulu...

Gambar ni 'pinjam' kat pakcik google..

''Assalamualaikum Ya ahli kubur..''
''Assalamualaikum mak..assalamualaikum abah... ''
''Aya datang ni mak, abah...''

Last pergi hari tu bulan Jun lepas...Masa kami adik beradik berkumpul dalam Majlis Hari Keluarga.. (Kisahnya di SINI) Adeh...! Payah la air mata nak bertahan kalau ziarah ke pusara mak ngan abah saat sedekahkan ayat2 suci untuk ke duanya... Ternampak-nampak wajah manis dan comel mak, terbayang-bayang muka tegas abah tapi penuh dengan kasih sayang..Tak lupa juga saya ke pusara wan, nenek sebelah mak yang juga di kebumikan di tanah kubur ini..

Selepas ziarah kubur, kami memulakan pemanduan ke Karak pula.. Seelok azan Zohor kami tiba di depan rumah de...Wah..! Macam2 juadah ada... Saya ralit makan lontong, nasi impit dengan serunding..Sedap sangat pulak rasa serunding air tangan De... Tengah sedap menikmati hidangan Ina , Jafri dan anak-anak pula tiba... Tak lama kemudian Alang dan ateh serentak sampai.... Riuh rendah la rumah bila semua dan berkumpul dan bertemu... Gamat jkadinya...Macam2 cerita ada...

Letih la tuan rumah , Kak Long Hanis dan Kak De Wani melayan kerenah tetamu2 yang ada... Ala bukan orang lain pun...Mok2 sedara..pok2 sedara, sepupu sepapat deme juga..tak gitu.. hehe..

Lucu pulak dengar kisah Ammar, anak saudara saya yang paling muda (5 tahun) yang pergi beraya dengan sepupu sepapat sebelah abahnya...

"Ibu..Ibu.. Kenapa atok tu baik.... Ammar nak beraya kat umah dia je...tapi dia bagi ni...."sambil menunjukkan RM yang diterimanya...Itulah pengalaman pertama Ammar beraya tanpa mengikut ibu ngn abah...

Petangnya sesi bergambar pulak..Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni..Jadi bila ada peluang jangan di lepaskan..

Inilah anak beranak saya ..Itupun masih ada yang tiada dalam gambar ni..I'm soriiiiii..gambar blur...hehe..sengaja je wat cam tu...Kalau pandai cuba la teka mana satu tuan blog ni.. :)

Enam keluarga yang dapat berkumpul serentak.. Ini adalah Tahun kedua kami beraya sebagai 'yatim piatu'... Semoga jalinan ukhwah antara kami adik beradik tetap erat sehingga ke akhir hayat...


Ini pulak sebahagian anak-anak sedara saya... Masing-masing dah semakin meningkat dewasa.. Berjanggut berjambang dah pun masing-masing...Yang kecik2 dah tak ramai....



Kisah Raya Kami : Al-Fatihah Untuk Ai'syah
Kisah Raya Kami : Mencari Kesederhanaan di 1 Syawal...

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Rozie berkata…
kisah raya memang pnjng tak tercerita.. hukhuk blur.. emm samalh ank2 buah zie pun semua dah besar2. . ank2 zie je kecik2 lg.. huhu
Ruse Sulaiman berkata…
Mana satu lah cik jai ;) susah juga nak teka..
Anak saudara saya kecik2 lagi... Belah suami je yg dah besar2
Jahirah berkata…
dah lama saya tak ziarah pusara arwah ayah... seronok kumpul ramai2 ni mengeratkan lagi ukhwah...mcm2 benda nak cerita sesama sedara...xdpt nk teka mana satu tuan punya blog ni..
mama aryan berkata…
kami adik beradik tiap2 tahun mesti berkumpul kat rumah peninggalan arwah mak ngan ayah,byk kenangan disitu.. sedih la pulak sob3..
izz iizza berkata…
besarnya ahli keluarga..best camni sepakat mahu berkumpul sama-sama..:)
Reena Sidek berkata…
thn ni tak sempat nak ziarah kubur arwah nenek...
walaupun nenek dah tak de lagi... rumah arwah nenek tetap menjadi tempat berkumpul ahli keluarga.....
Unknown berkata…
byk kisah raya dia yer...hihihi..
syiela berkata…
bila ramai2 camni mmg tak jumpa la tuan blognya.. jenuh menilik :)
Si Matatajam berkata…
Rasa sayu ja bila p tanah kubur ziarah my FIL..
CHE ROSSLI berkata…
Cikgu zai belakang cik suami. betulkan..hee. slamt hari raya maaf zahir sahaja.(^-^)
@LeenShamsh berkata…
rase bole teke c'jai yg manne tpi mmg tk jelas nmpk heeh..

p/s: sedeh mase bce yg ziarah kubur tu..mcm manalah agknye perasaan tu.. T_T
bestnyer dpt kumpul ramai2 mcm ni....ramai yer ahli keluarga C'Jai....selamat hari raya yer :)
azievee berkata…
Wah seronok dapat berkumpul ramai-ramai ...Selamat Hari Raya c'jai
TiranaAduka berkata…
Assalamualaikum wnth..C'Jai

Alhamdulillah sronok dapat tengok gambar berkumpul bersama keluarga...
Walau ada selisih pendapat ada yang tak sekepala...tapi hubungan adik beradik tak dapat di putungkan.........Syukur........dapat menumpang kegembiraan disini......
Unknown berkata…
sakan la ni yer beraya...hihi..mmg syok la raya kan..dpt berkumpul ramai2... c'jai, deqla ada entri khas utk c'jai.. =)
alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang kumpul ramai2 :)
sal ya berkata…
kalau bab raya walaupun kita kata macam tak raya tapi mesti ada cerita jugak disebaliknya kan?

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...