Alhamdulillah Segalanya Berjalan Seperti Yang diRancang..

Seronok dapat berkumpul dalam majlis sebegini untuk kesekian kalinya..

Alhamdulillah.. apa yang kami rancang telah Allah izinkan ianya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya... Harapan untuk berkumpul dengan seluruh adik beradik beserta keluarga masing2 seramai tujuh keluarga telah tercapai untuk kali ke 2 selepas pemergian emak...Walau kehadiran tidak 100 % atas alasan2 kesihatan, bekerja atau belajar tidak pula menjejaskan rancangan yang telah lama diatur.. Hanya sebuah keluarga yang tidak dapat bersama, kerana di saat-saat akhir de diserang penyakit lelahnya...Manakala anak2 buah saya ramai juga yang tidak dapat menyertai disebabkan tidak dapat meninggalkan kuliah mereka..Lagi pula, majlis ini dibuat pada malam Jumaat bersamaan 7 Jun 2012.Tidak seperti selalu , Kali ini Berlokasikan rumah peninggalan emak dan abah yang sekarang dihuni oleh adik bongsu saya...

Pada siang harinya ateh dan Ina bertungkus lumus menyediakan menu untuk malam nanti..Kami tidak mahu majlis ini begitu membebankan .. Biar ianya berjalan dalam keadaan santai dan meriah..Sekadar makan anak beranak..Jadi makanan dan menu yang kami pilih mudah dan simple sahaja .Jangan sampai memenuhi ruang meja sehingga berlaku pembaziran...Se ala kadar sahaja..Saya hanya dapat membantu seketika pd pg itu kerana bergegas pula ke Bandar Jengka untuk menguruskan beberapa perkara... Sempat jugalah saya menyediakan pencuci mulut puding laici...

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah bagi yang berkesempatan dan tiada keuzuran...Usai solat maghrib yang diimamkan oleh Alang, doa yang dibacakan begitu mendayu.. Ketika telah separuh mengaminkan doa, hati saya mula sebak yang teramat..sesungguhnya doa yang dibacakan Alang cukup meruntun jiwa .. Doa yang kami panjatkan padaNya buat emak dan abah itu benar-benar menyentuh sanubari hinggakan Alang sendiri berada dalam keadaan sebak...Malah saya tidak berkeseorangan dalam berperasaan begitu..hampir semua makmum berada dalam situasi pilu lebih2 lagi bila alang sendiri menitiskan air mata kesedihan sewaktu berdoa...

'Ya Allah...andai ibu bapa kami kau siksa pada saat ini...hentikanlah siksa itu...Terimalah doa kami ini sebagai doa dari anak yang soleh'

Air mata sudah tak mampu dibendung lagi...Lebih-lebih lagi mendengar suara alang yang tersekat-sekat ... Melihat ateh,Ina dan Kak Lang disebelah juga dalam esakan..
Usai berdoa masing2 terdiam seketika sambil tunduk memandang sejadah...Inilah Hari Keluarga yang mengundang air mata kami adik beradik.
♥♥ Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis,,menangis la…tak semua air mata bererti lemah..
♥ ♥ Menangis dan sedih bukanlah bermakna kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.
♥ ♥ Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.
♥ ♥ Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha..
♥ ♥ Percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.....

TETAPI Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya.
selalunya kami berHari Keluarga disertai emak tersayang..


Aktiviti seterusnya adalah bacaan yassin, masih juga dikepalai oleh Alang..Setelah selesai solat isyak berjemaah kami bertahlil pula... Kemudian berkumpul adik beradik ~ Alang, Andak, Ateh, saya dan Ina...Manakala keluarga arwah Ngah diwakilkan Hafiz...Kami bermesyuarah seketika manakala suami2, ipar2 perempuan dan anak2 buah menguruskan hidangan dan operasi membakar ayam... Dalam keadaan begini apa yang penting adalah kerjasama dikalangan semua ahli.... Terima Kasih dan SYABAS kerana wujudnya sikap tolong menolong dan kata sepakat yang baik.. Semoga ianya berterusan.... Lebih2 lagi dalam keadaan kita yang dah tak punya emak dan abah... semoga kesepakatan kita adik beradik bisa membahagiakan keduanya di sana...

Padan dengan tenaga anak2 buah je la yang menguruskan ayam dan sotong
untuk di bakar dan dipanggang


Sambil berBBQ kami mengadakan acara cabutan bertuah... Hadiah disponsor oleh Kedai Halal dan salah seorang ahli keluarga yang lain..Sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan suasana malam kami...

Inilah hadiah cabutan bertuah yang menjadi impian setiap keluarga..

Tak sangka pula, keluarga saya memenangi hadiah pertama..hehe..

Keluarga arwah Ngah pula hadiah cabutan bertuah no 2..

Keluarga Alang selaku pengerusi Keluarga Kami mendapat cabutan no 4...
Terpaksa Hasya yang wakilkan terima hadiah sebab abah tukang bagi hadiah..hehe..

Keluarga Andak dapat cabutan no 5.. Periuk ni sangat comey..ramai yang berkenan..

Orang kuat didapur..Keluarga Ateh redha dengan cabutan no 6 nya...

Keluarga Mak Cu...Terpakse wakilkan Pak Cu..hehe..Bertuah dapat no 7..Nampaknya dua-dua orang kuat dapur dapat kuali...


Tapi tak lama lepas tu..mak cunye dengan muka bangga terima pulak cabutan bertuah Khas..hilang muka frust dapat kuali..hahaha.. Yang jadi sedikit lucu, sebelum cabutan bertuah dimulakan, elok jer keluar dialog...
''Sapelah yang dapat kuali tu karang''
memang masin sungguh mulutnye....dapat pada yg bertanya tu la...hehehe..

Ambil kesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 13 pada 5 Jun yang lalu...

Keesokan harinya kami menziarahi pusara emak, abah dan wan...
'Assalamualaikum Ya ummi'
'Assalamualaikum ya abi'
'Assalamualaikum ya ahli kubur'

Di pusara emak bertahlil ringkas...

Di pusara abah yang telah 13 tahun meninggalkan kami..

'Assalamualaikum wan'...
membersihkan pusara wan..
nenek sebelah emak yang kembali ke alam BAQA' ketika saya berumau 6 tahun..dan beliau merupakan orang terawal disemadikan di tanah perkuburan ini.
.

Buat mereka yang telah menemuiNYA semoga ditempatkan dikalangan insan2 yang beramal SOLEH... Semoga KELUARGA Kami sentiasa dalam Rahmat ILAHI dan sentiasa ditautkan hati untuk mengekalkan silaturrahim dan ukhwah ini sampai ke SYURGA ....

p/s : Family Day
Keluarga sebelah encik zauj.. KLIK SINI

Sesekali Meratah Khazanah Alam.... ♥ Oh Aku Tersenyum di kaki Gunung Mu ♥ ....Dari Pantai Timur Menganjur ke Utara...

.Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..


Ulasan

Unknown berkata…
seronoknya bila bertemu keluarga tercinta kan...
tapi terkilan sbb...mana gambar tuan blog?....bagi la satu,nak kenal gak siapa yang berhati mulia lagi mesra berkawan nie...please..
insan_marhaen berkata…
@izan mama mia...hehe..c'jai ni pemalu sangat orangnye...(pemalu la sangaaaaat..) heheheee..
Jahirah berkata…
seeloknya macam ni la....set date berkumpul ramai2,solat jemaah sama2,beraktiviti sama2...seronok bila family bersatu....
insan_marhaen berkata…
@Aishah Jahirah....setakat ni alhamdulillah la cik aisha.... semoga terus bersatu hingga ke akhirnye.. -,-

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...