Kisah Raya Kami : Mencari Kesederhanaan di 1 Syawal...


Baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang kisah raya saya sekeluarga...
Beraya di rumah sendiri di pagi 1 Syawal...Memang benar-benar sederhana... tidak seperti kebiasaan 1 syawal sebelumnya juadah penuh terhidang.. Pagi itu kami menikmati juadah pagi lebaran seadanya sahaja... Petang di akhir ramadhan saya memasak rendang ayam organik..dan malamnya pula merebus sedikit ketupat segera...Sebelah petangnya en zauj ada membeli beberapa batang lemang dan seikat ketupat pulut..Inilah juadah kami..

Bukan tidak mahu beramai di pagi hari kemenangan untuk yang berpuasa, tetapi sekadar ingin merasai kesederhanaan di pagi Syawal.. Tanpa juadah yang berlebih-lebihan... Satu lagi, saya teringin nak bersolat sunat Aidil Fitri di masjid kejiranan saya kali ini.. Biasanya bila di kampung saya kerap tak berkesempatan, disebabkan ramai, selalu saja saya terlewat .., nak berebut bilik air lagi, sama2 menyediakan juadah untuk sarapan pagi, nak menyiapkan anak2 dan akhirnya saya'tercicir'..
Pagii itu rumah Jiran kiri kanan hampir semuanya kosong dan sepi, kebanyakan mereka pulang ke kampung halaman .


'Tak apa ke along..? Ini je menu kita di pagi raya' Saya bertanya pada along....
'Tak ape..along tak kisah..' ikhlas saja bunyinya...
'Dah puas kita beraya dengan makanan yang banyak, sesekali kita kena juga merasai kesusahan sedara-sedara kita yang ada di Syria, palestine, Myanmar... Kan along?' Along mengangguk tanda setuju.

Tahun ini keinginan menyediakan kelengkapan raya untuk diri sendiri sangat merudum.. Saya dan en zauj sekadar membeli sepasang seorang baju baru untuk di sarungkan pada 1 Syawal... Di luar, entah berapa ramai yang tidak berbaju baru... :( .. Tetapi kelengkapan buat anak2 tidak saya abaikan... Jiwa saya begitu terkesan dengan berita yang dibaca..Peristiwa2 berdarah yang berlaku ke atas saudara2 kita di luar sana menyebabkan perasaan teruja untuk beraya sakan itu seolah-olah 'pudar'..

Ribuan saudara kita menyambut Hari Raya berdarah di Syria, Hari Raya di tengah lautan setelah dihalau dari Myanmar, Hari Raya dalam ketakutan di Pattani dan Mindanao, Hari Raya dalam berjaga-jaga di Palestin.... Eid mengajar saya erti syukur dan erti kepedulian umat sejagat.
Aidil Fitri Pertama di Syria

BAYANGKAN di kala takbir Syawal sedang bergema di seluruh dunia, menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan, umat Islam di Rohingya terus dihimpit, dikeji, dinafikan hak sebagai manusia, dizalimi, diseksa, dirogol dan dibunuh.
~SUMBER~

Syawal di Kota Makkah...sangat sederhana.. (gambar : Ehsan google)

Kami bersarapan , kemudian bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.. Terlalu banyak dosa dan kekhilafan sepanjang hidup bersama..Sesudah itu, bersiap-siap pula untuk ke masjid solat sunat Aidilfitri.. Dalam pakaian jubah putih saya dan en zauj melangkah ke masjid.. Saya ada terbaca sebelum ini sunat memakai pakaian putih....Anak2 mengenakan baju raya warna sedondon.. Nanti sesudah kembali dari masjid barulah saya dan en zauj menyalin pakaian sedondon kami..Alhamdulillah sungguh meriah solat sunat Aidil Fitri di Masjid Lama Rantau Perintis.. Terharu di pagi syawal..
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat2 dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya selain itu disunatkan makan dahulu sebelum solat
sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Anas ra meriwayatkan,
"Nabi saw tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari)
Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, wangi2an walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus dan warna putih iaitu warna yang paling afdhal. Disunatkan membawa anak2 yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya. Selain itu, Muslim digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan
patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk kedalam tabung masjid.
Solat Sunat Aidil Fitri di Mesir

di Pattani, Thailand

Usai solat , sebelum bertolak ke rumah mertua kami sekeluarga menuju ke rumah Alang (abang saya) yang juga beraya di Bandar Jengka.. Bertemu di pagi Syawal saling bermaaf-maafan sesama kami..

Mencari pengisian sebenar Aidil Fitri... Ziarah hari raya bertujuan untuk mempereratkan ukhuwah disamping mengingatkan kita hakikat kehidupan yang amat sementara apabila melihat seorang demi seorang yang dikasihi pergi bersama berlalunya masa.... :(

p/s : semua gambar di atas saya pnjam kat 'atuk google'...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Tie HT berkata…
selamat hari raya :)
Unknown berkata…
eloklah bersederhana kan....
Unknown berkata…
bersederhana kan lebih baik.. kiut kucing yg melompat2 2.. :)
@LeenShamsh berkata…
betullah c'jai raye benany sungguh bemkne utk bebudak..mcm kkite org lame raye pertame je sbb raikan kemerdekaan puase heheh

p/s: UM tak raye sbb pose 3 hari je heheh
sal ya berkata…
sama la. tahun ni cuma masak nasi bukahri dgn satu lauk je termasuk la dgn ayam goreng berempah. my sis buat rendang makan dgn lemang yang abg iparnya bagi. tak macam biasa banyak makanan pagi raya.
Ruse Sulaiman berkata…
Syukur negara kita masih aman. Pernah juga beraya di rumah sendiri dulu sebelum ni. Sebab rumah saya dekat dgn rmh mak. Jd mlm raya tolong apa yg patut. Kemudian tidur rumah. Sempatlah masak nasi impit, rendang dan kuah kacang di rumah sendiri. Kemudian baru pergi rumah mak. Masa tu baru kehilangan arwah abah... selang setahun arwah adik pula. Jd kena happy kan mak.. baru pergi rumah mak mertua.
izz iizza berkata…
amat bersyukur kita dpt tinggal di negara yg aman dn damai..biarpun tidak semewah mana..sekurangnya kita cukup segala keperluan dan makan minum..

sy pun bersederhana sahaja raya ni..lagi la lemang cicah susu jer..hikk..ti menyusul citer raya sy pula ya..:)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...