Eh, Tak Puasa ke...?


Semalam seawal pagi saya turun KL teman kan en zauj ambik stok Quran...Pergi awal mudah2an dapat balik awal...Bukan apa , maklumlah dah berada di 10 malam terakhir ni kalau boleh taknak sibukkan diri dengan hal2 lain sehingga tertinggal apa yang sepatutnya perlu di rebut... Tapi nak tak nak kena juga keluar daerah sebab Quran Digital sangat L A R I S di bulan Ramadhan ni.. Alhamdulillah .. Permintaan yang sangat luar biasa ..
Lagi pun H A R G A P R O M O S I sempena Ramadhan...
Ada lagi beberapa hari sebelum promosi Ramadhan berakhir...
Try la tengok kat SINI kot2 ada yang berminat..

Sebenarnya nak kongsi cerita....
Masa dalam kereta, kalau tak silap saya masa tu area kat sungai Gombak kot ( sebab sebelum tu en zauj tunjuk..'tu sungai Gombak').. Tetiba mata terpandang susuk tubuh seorang lelaki muda (remaja) berjalan kaki sambil tangan menyuap sesuatu ke dalam mulut..sekali..dua kali...dan berkali-kali...
Kerana terkejut, saya spontan mencuit lengan en zauj...
'Bang..cer tengok , orag tu tak pose la'
Ish...! tak kan la selamba sangat depan khalayak...

Tapi beberapa saat kemudian saya terfikir dan cuba bersangka baik ..
mungkin dia non muslim kot..Tapi oleh kerana muka nya yang sebijik muka melayu membuatkan saya tersentak awalnya tadi...
'Agaknya bukan melayu kot abang.."
(walaupun sebenarnya melayu tak semestinya islam dan islam itu tak semestinya bangsa melayu)
.

Lagi pun orang kat KL ni dah ramai kacukan.. Jadi tak boleh nak nilai melalui paras rupa bangsa seseorang (ini pendapat saya la mungkin tak tepat)..

************
Lagi pun en zauj kata.. kalau betul islam dan tak puAsa takkan la open sangat...
Tak kan takde rasa malu..
Kalau tak malu pada Allah pun , malulah pada makhluk dan mata yang memandang..
ye betul juga kan...
harap2 memang dia tu bukan seorang muslim la..
kalau tidak alahai perbuatan sebegitu jika dilakukan oleh seorang muslim akan menjatuhkan maruah kita sebagai orang Islam di mata penganut agama lain...kan..


Kalau kat kawasan felda..ada pulak yang berniaga untuk orang yang tak puasa... boleh dia orang ni cari rezeki dengan cara macam tu....Bersubahat dah satu HAL..
Makhluk yang tak puasa ni pulak dah beli lepas tu elok je masuk ladang cari pot yang baek punya, apalagi MELANTAK sesama dia orang...(maap bahasa kasar)..GERAM...
Budak umur 6 tahun pun larat sampai petang, genap sebulan puasa...
Tak tahu la nak cakap guane kat orang macam ni... Cuma berdoa untuk dia orang semoga Allah tiupkan hidayah pada mereka satu ketika nanti...


KATA HATI PEMILIK BLOG :
n3 ni khusus untuk ingatan pada diri sendiri....
Semoga anak2 yang Allah pinjam kan ini dapat dididik sebaik mungkin mengikut acuan Islam dan tidak DERHAKA pada Pemilik Kerajaan LANGIT DAN BUMI..


Iklan Raya Bernas 2012 : Menyentuh Hati..
Pilih Yang Mana Satu..? Selamat BERBUKA..
Hati-Hati mengejar SUNAT..Bimbang2 mendapat DOSA
Bulu Kucing Lekat Pada Pakaian... Solat Tak Sah..????
KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Cendol berkata…
hmm mmg melampau lah tu kalau islam tp mknan dikhalayak ramai.hehe cendol pnah jgk nmpk 2 3 ketul mamat tak pose.ingtkn melayu rupenye siam.
insan_marhaen berkata…
Cendol..mungkin yg akak nampak kat KL tu Siam jg kot...tp yg kat kwsn felda tu memang sah2 bukan siam..tapi MALANG..:)
Kak iman berkata…
ala kak..kt bangi nh melambak kak
yg terlentang2 dgn bangga nyer
insan_marhaen berkata…
Ismi Iman.. اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
... ye keeee? haish! takut pulak dengo ramai yg berani melawan Allah ni..esok2 bala turun tak pilih sape semua kena...
MalizaMah berkata…
anggap saja lah org tu bukan islam. tp kalau sebaliknya.. doakan yg terbaik. hmmmm
insan_marhaen berkata…
diana...bimbang.. rasa orang islam akhir zaman ni sangat 'nazak' pegangannya agamanya...
insan_marhaen berkata…
betul lah tu Leeza dayasari [santai leeza]....mudah2an dijauhkan seorang muslim dr berkelakuan seperti mereka yg belum sampai hidayah... cuma bila muka seiras melayu akak nampak macam janggal pulak bila dia makan dikhalayak..hehe ...sian plak dia..

12 Ogos 2012 2:30 PTG
Unknown berkata…
selalu kalau nampak..buat2 tak nampak jer...negara kita ramai sangat pendatang asing..rupa pun dah klon melayu..ssh nak beza...
insan_marhaen berkata…
Tu la izan mama mia c'jai tak dan nak wat tak nampak semalam..penyudah nya 2 kali toleh..hamboih..nampak sangat bizi bodi c'jai ni.....hehe... Tindakan spontan lor... ;)
dwatyKNY berkata…
Entahla kadang2 org yang kita kenal pun ada perangai macm ni.. Bila dtegur... Banyak alasannya... Harap2 ditiup hidayah satu hari nanti...
insan_marhaen berkata…
Kita doakan mereka ye dwaty
izz iizza berkata…
sy pernah dulu 2thun lepas kot..terserempak kt ioi mall puchong..satu keluarga duk makan kt court tempat makan tu...yg ni sah islam sebab pakai tudung..selamba sungguh la..
insan_marhaen berkata…
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
macam2 org ni ye...izz iizza... jadi kan sempadan apa yang kita lihat tu...
Ruse Sulaiman berkata…
kalau betul melayu mmg tiada rasa malu pada diri sendiri ;)

betul melayu tak semestinya islam dan islam tak semestinya melayu. bila dilahirkan dlm keturunan melayu dan berbangsa islam secara automatik kita bergelar islam. tapi malangnya ramai juga melayu yang sekadar islam pada nama. nauzubillah.
azievee berkata…
Harap2 bukan org melayu...anak kecik saya kalu x puasa pun malu dengan cikgu x tahu la kalu situa bangka x de perasaan malu. Elok usung dlm van jenazah jek deme nie..
insan_marhaen berkata…
Haha...tergelak akak baca komen azievee guna perkataan 'deme' mcm org Pahang pulak...
yang tak baik kita jadikan sempadan :)
Mommy_ima berkata…
selalu ternampak yg isap rokok..means die x puasa la kan..skg ni yg x puasa, open2 je dorg x segan..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...