ANTARA MARUAH DAN GAMBAR COUPLE KAMU..



Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan....
Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang.
Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya.
Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya..

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?
Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.
Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.

Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat,
elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan..

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.Bila dapat teman lelaki baru, mulalah gambar2 baru di letak,terbuai lagi dengan maksiat.

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Dalam diri kita ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, ia mampu menyuntik sedikit kesedaran.
Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan.
Moga ALLAH memberi kekuatan untuk melakukan (: perubahan

*Jom emak2, ummi2, ibu2, mama2 kita cakna apa yang anak gadis kita lakukan......

Ingat-mengingati sesama saudara seaqidah..sebagai tanda kasih sayang buat semua yang sudi membaca..Saya tak mengharapkan komen ..cukup sekadar anda sudi membacanya , itu merupakan sesuatu yang cukup bernilai buat diri ini dalam berkongsi sesuatu..Semoga ia bisa memberi sedikit manfaat..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Jahirah berkata…
tgk sekarang mmg jadi trend nak publish relationship status.mcm dah jd kebanggaan budak2 n remaja sekarang kalau ada pasangan....erm sekolah rendah pun dah pandai berkapel sekrang ni....
CINTA UNTUK KITA berkata…
budak skola skrg ni da jdkn kapel tu cm wjib..tdka pun skrg da pndai da..mglahkan org yg da keja..
MalizaMah berkata…
NICE ENTRI. INGATAN UNTUK DIRI.
Unknown berkata…
mmg menjadi kebanggaan..agaknya..minta dijauhkan dr anak dara saya kelak,...amin
Unknown berkata…
betol..betol..betol...cinta budak sekolah mmg cmtuu...
biar bercinta lpas kahwin lg bnyak nikmat nye..:)
Rozie berkata…
betul tu sis, saya kalau aadik2 yg belom sah ni dok tayang kapel dia malas nak singgah
syiela berkata…
betul tu... saya ni jenuh dok ng tazkirah kat anak2 sedara
sal ya berkata…
budak2 zaman sekarang ni sangat open.
Si Matatajam berkata…
Peringatan yang baik..Tq Cjai...moga dijauhkan daripada keturunan M...
Cendol berkata…
sadis tau tengok bebudak mcm tu.rosak2
izz iizza berkata…
diorg sekarang sekolah pun dh ada couple kan..dulu-dulu ada juga tapi xde rasanya duk tangkap gambar bagai..couple setakat kenen-kenen jer..:)
Mommy_ima berkata…
utk org2 yg terdekat yg terjebak,hanya mampu doakan mereka supaya sedar.. nk nasihat lebih2 pun mcm x mkn saman sbb tgh lena dibuai cinta la katakan..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...