Yang Mana Pilihan Anda....??? Ikut Atau Lawan Jam...

Ikut arah jam atau lawan jam... ??
PusinganYang mana satu anda selalu amalkan....


Setiap kali menyediakan air , mengacau gulai,
membalik-balikkan sayur yang digoreng di dalam kuali
arah pusingan mana yang  BETUL...Mahu pun ketika menyapu dan menggosok ubat,minyak atau apa pun di anggota tubuh badan...
Tentulah arah Lawan jam..Peliklah pulak kan..Bukan ke arah pusingan jam tu arah yang betul...Hehe..itu fakta yang telah diputar belit oleh orang2 barat..
Hatta ketika mencuci muka sekali pun gunalah arah putaran yang betul..

Anak-anak , sejak dari awal lagi saya latih
untuk biasakan diri dengan pusingan lawan jam dalam melakukan perkara berkaitan.
Saya sudah terbiasa melihat emak yang kidal mengacau air mengikut arah bertentangan pusingan jam..



Hanya jam yang mengikut pusingan jam dalam dunia ni..
yang lain semuanya ikut arah lawan jam.
Rasulullah SAW, mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Jadi apa tunggu lagi..Jom ikut sunnah..

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam.


Sewaktu bertawaf , jemaah haji atau umrah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun sedang berputar mengikut arah lawan jam.

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan.

Teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu di Makkah dua tahun lepas... Bila bertawaf , mengapa bahu kiri mengiring menghala Kaabah..? Kerana Jantung kita berada disebelah kiri. Jadi setiap kali bertawaf jantung dan hati kita dekat dengan 'rumah ALLAH'..
Sebab itu berdoa di Multazam sangat mustajab kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.
(Tetiba keinginan untuk bertamu ke Baitullah membuak-buak..ALLAHURABBI..)

(✿◠‿◠)

Mari kita ikut sunnah....
Sesiapa yang belum jom mulakan sekarang ...
Belajar membiasakan diri dengan mengacau minuman dan memasak
mengikut putaran arah lawan jam.

Seronok sangat ke Valentine's Day .....Apa hukumnya..?

SUBHANALLAH...Kebesaran ALLAH

Proses Kejadian Manusia : BUKTI KEAGUNGAN TUHAN

Hasrat Yang Tak Tertunai...

AJAIBNYA TANGAN IBU..

Terleraikah Rindu ini...?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah. terima kasih untuk perkongsian ini;)
dieyna berkata…
terima kasih kak... ilmu berguna,..
are_lin@yu berkata…
aha ayu pn lbh slsa buat ikt arah lawan jam ;-)
Aisy Nasiha berkata…
Banyak info menarik saya belajar dlm entry ni.. Sy selama ni tak terfikir pun ada beza putar kiri atau kanan..
sal ya berkata…
mcm tu ke? baru saya tahu.
Jahirah berkata…
saya kacau kejap kiri kejap kanan..adoi...kena ubah pasni lawan jam...
Masya berkata…
tu lah mcm pernah dgr... tp kdg² terlupa... bile dah kacau air baru teringat...
Cik Ai berkata…
yalah akak..
selalu mak pesan tp kdg2 tu terlupa..asal kacau air je..ikut pusingan jam..haish,kena ubah ni..
Tie HT berkata…
as salam

terima kasih share akak..kadang buat kadang2 terlupa..in shaa Allah saya akan jejakkan kaki ke Medinah dan Baitullah untuk beribadah..doakan saya kak :)
Salina Mat Isa berkata…
Bila pikir balik betul la..sy pun kacau air lawan arah jam..
Unknown berkata…
Kakak saya penah bgtau pasal ni..tp kdg2 saya terlupa..tq kak kerana ingatan dan info ini
Unknown berkata…
br tau..tq akak..
umiawadah berkata…
alhamdulillah...masih belum terlambat untuk menjadikan perbuatan ini sebagai amalan seharian...terimakasih di atas perkongsian yang mungkin menganggapnya remeh tetapi bermanfaat..
hnahdy berkata…
owh. tol gak ek baru perasaan.tapi kebanyakan yang kidal agak2 cmna ek.. mungkin susah sikit. tapi lama -kelamaan ok kot
owh mcm tu ker kak..In Shaa Allah xterlambat nk ubah ni
syiela berkata…
thanks kak... onfo yg berguna.. kan mula praktik mulai sekarang
Nik Ainaa berkata…
dijemput sertai segmen ini :D

ada hadiah menarik yang menanti anda :)

http://nikainaa.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-up-follower.html
norh berkata…
Baru tahu..thanks untuk info..
LYAfrina berkata…
tq for sahring.. bos lya pnh cerita psl ni.. sbb masa tu lya tanya sbb pe jam dalam bilik dia pusing arah lawan jam.. tersilap pasang ke?? rupanya... ada makna..
Bunda_nora berkata…
info yg sgt menarik ..sebenarnye ramai yg terlepas pandang sunnah yg remeh ini..semuga sama2 kita praktikan..t ksh..gud info
Ira berkata…
ira baru tau pasal ni. terima kasih krn berkongsi info. insyaAllah, akan dipraktikkan.
Unknown berkata…
remy baru tahu.... mekasih kerana berkongsi.....
Si Matatajam berkata…
Nice sharing CJai..M mmg dah biasa kacau ikut lawan jam
Mimie berkata…
alhamdulillah...thanks share info berguna nih
yan's cottage berkata…
sama2 kita amalkan....tq untuk info nie...
RuMaH TuA berkata…
Sama beramal.
Allah...
Rindu baitullah...

Moga ALlah kasih.
Alhamdulillah. Terima kasih info ini akak.
QA's ~ mamapapa berkata…
subhanallah ..baru hari ni tau...trima kasih sgt2 atsa perkongsian yg sgt baik ni :)blm trlambat utk ubahkn..doakan saya :)
Unknown berkata…
thanx utk info nie kak :)
TiranaAduka berkata…
salam sis c'jai
Thanksss sharing info yg bagus dan padat....ikut sunah tu..,dapat pahala...

Pekabar sis...lama tirana aduka tak dtg sini.......
Madam iEeDaZ berkata…
salam kak..good sharing ni..tengkiu yer kak..
Unknown berkata…
jom hijra..!!

www.shop.hijratimepiece.com

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...