Curang di Alam Maya...~ FB OH FB ~




**************************************************
FB atau Facebook...
Alah bebudak sekarang ni suka cakap mukabuku..
Ada buruk ada baik..semua perkara pun macam tu..
Betul cara kita menguruskan nya, ia boleh mendatangkan manfaat buat semua..
Tetapi andai sebaliknya kita umpama mengheret dosa-dosa bersama kita..

Kadang-kadang kerana FB sahabat menjadi musuh,
adik beradik bermasam muka
dan berapa banyak pula 'istana' @ baitul muslim yang lerai kerana FB....
Keburukan FB boleh dilihat dari banyak sisi sebenarnya...
Tapi..untuk hari ini nak cerita satu sisi sahaja...
Masyarakat Malaysia sangat menerima baik kehadiran FB...
Suami isteri ada FB.... Anak-anak kecil pun kadang2 dibuatkan FB...
Oke...lagi sekali cakap..suami isteri pun berFB sakan..
Masalahnya...
Timbul cerita dibelakang tabir...
Ada suami orang menikam jiwa isteri secara diam....curang di FB...
Isteri orang main kayu tiga di FB, bercinta di alam maya dengan suami orang...
Adusss...... Dunia akhir zaman, tanpa malu suami dan isteri orang.... bermesej lucah..
MasyaALLAH...
Lupa dosa dengan tuhan ,dengan isteri,anak2, dan juga suami/isteri pasangan curang di FB
Ungkapan sayang bukan lagi untuk isteri sendiri..bukan lagi untuk suami sendiri....
bervideo cam di belakang suami.. dibelakang isteri..
CURANG la tu kan..kalau tak curang nak panggil apa ye..?
membuat janji temu di phone..
Tunggu line clear masing2 beri isyarat...Hahha..!
Pasangan masing2 hidup2 kena tipu..

ALLHUAKBAR.....ALLAHURABBI....
Tewas dengan godaan...
Bertepuk penuh kegirangan syaitan2 dan iblis..
berjaya mengoda anak adam..

Kalaulah terkena kat batang hidung sendiri,
memang sedih sangat-sanagt rasanya..
(mohon dijauhkan)

Isteri2 yang curang...
suami2 yang curang..

Mereka Pastinya akan mengamuk
jika isteri dan suami masing2 melakukan perkara yang sama ..
walaupun sebenarnya mereka itu curang..
Tentunya tak sanggup menerima hakikat diri ditikam dari belakang oleh pasangan masing-masing walau diri sendiri pun curang...

Jadi ingatan untuk diri penulis dan sahabat yang lain...
gunakan akal dan fikiran yang waras ketika berFB..
bukan berpasakkan hawa nafsu...
Bukan penulis nak kata FB tak bagus..
Kerana banyak sudut sisi baiknya dapat dilihat dengan berFB
jika kita dapat mengurus diri sewaktu berFB...
Yang penting chek semula nawaitu kita..
pastikan betul dan tak tergelincir dari niat asalnya....

Suami2...Isteri2 (masih juga berpesan untuk diri sendiri)....
jangan curang jika kita benci pasangan kita melakukan perkara yang sama.
Berdoalah semuga kita dan pasangan kita dihindari dari hasutan dan bisikan syaitan dari bermaksiat diFB dan di alam maya..

•*¨*•.¸¸❤~sama2 kita semua MUHASABAH DIRI~❤¸¸.•*¨*.

Akhir Kalam....
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Unknown berkata…
pilihlah yang terbaik :)
Jahirah berkata…
disebalik kebaikan mesti ada keburukan...pilih kebaikan dan tinggal keburukan...:)
insan_marhaen berkata…
Ye..yang terbaik itu InsyaAllah menjadi pilihan kita..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...