Ada Masalah Nak Tenangkan Hati..? Teliti petua Dr.FK ni...
Anda stres..????
Ada kalanya bila stres kita akan melakukan pelbagai perkara untuk mengurang dan melarikan diri dari perasaan tersebut...Kadang ada yang cuba menenangkan hati dengan mendengar lagu2, tak kurang juga yang 'menikmati' rokok hingga berbatang..batang..batang..dan batang...Paling tidak berakhlak dan tidak bermoral ada yang meneguk air 'kencing syaitan'..Huh..! Betul ke cara yang dipilih tu..?
"Stres bukan untuk dihapus , tetapi untuk diurus . Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres . Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan , ia akan menyebabkan pelbagai masalah"
~Solusi ISU No 39~
Ni nak kongsi lagi dengan pembaca..Cuba baca,
fahami dan hayati..Bukan sekadar baca dan baca sahaja.
Petua untuk hati tenang (petua mencuci hati) dari Dr Fadzillah Kamsah:
- Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
- Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
- Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
- Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
- Kekalkan wuduk
- Bersedekah
- Belanja orang makan.
- Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
- Berkawan dengan ulama
- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
- Pesan pada orang, jadi baik
- Menjaga pacaindera
Pokok pangkalnya hati yang tenang berada di dalam keadaan mengingati Allah..
Ketenangan hati bersama Allah akan wujud apabila:
- Kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Ajal maut, rezeki, keberadaan, etc.
- Kita sedar ke mana kita akan kembali.
- Kita tahu tak ada benda atas dunia yang boleh memberi manfaat mahupun mudarat kepada kita kecuali dengan izin Allah.
- Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita dalam apa jua situasi.
- Kita melakukan jual-beli dengan Allah, dengan ‘menjual’ amal baik kita dan Allah ‘membelinya’ dengan rahmat yang tak terjangkau dek pemikiran.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (13:28)
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~
Ulasan