~♥♥~ Selamat Tinggal 2011..Ahlan Wasahlan 2012.. ~♥♥~

Berakhir sudah 2011...
Meninggalkan kenangan2 yang mungkin memberi kesan terindah mahupun kedukaan...
2011...
tahun di mana saya kehilangan satu jiwa yang sangat2 dikasihi... bonda tercinta...
Semoga mak dan abah bahagia di sana..

Menjelang 2012...
Sebenarnya jangan terlalu gembira menerima kedatangan detik 12.00 tengah malam...
dengan percikan mercun dan bunga api bagai...



Ini bukan acuan kita...
Ingatlah, bila berlalu setahun,
maka semakin berkurang waktu singgahan kita di pelabuhan dunia...
semakin hampir pula untuk menuju ke ukhrawi...

Terkadang 'galak'nya kita menerima kedatangan tahun baru dengan sambutan yang menambahkan koleksi dosa2 yang ada.
Anak2 muda disajikan dengan bermacam-macam bentuk hiburan...
dihidangkan dengan program2 maksiat...
Hingga.....anak2 muda menjadi alpa....

Maka tidak hairan... ,
sembilan bulan akan datang ...
entah berapa ramai pula ibu bapa yang akan menerima cucu tanpa menantu lelaki...
Bukalah mata kita semua...
Bebaskan diri dari sikap JAHILIYAH ini...

Sedikit ingatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu berfikir...
  • 1- Wahai para penzina, ingatlah Tuhan memerhati!
  • 2- Wahai para peminum arak, ingatlah kepanasan neraka!
  • 3- Wahai para pembazir, ingatlah Syaitan di sebelahmu!
  • 4- Wahai para pemuzik, ingatlah azab yang menanti!
  • 5- Wahai para pemudi, selamatkanlah maruahmu!
  • 6- Wahai para pemuda, pertahankanlah imanmu!
  • 7- Wahai ibu bapa, di manakah anak-anakmu?

Kagum pula dengan Ustaz Azhar Idrus...
dapat menarik anak2 muda untuk berhibur secara islam..
Dan menenggelam Sorakan Percikan Bunga Api Di Putrajaya dan Dataran Merdeka
dengan Laungan Takbir, ALLAHU AKHBAR !!!
Solat Maghrib & Isya' secara berjamaah pula telah diimamkan Oleh Imam Muda Asyraf. Program Soal Jawab & Tazkirah Perdana Bersama Ustaz Azhar Idrus
( Tetamu Jemputan Zizan Raja Lawak )....




Kemudian berhibur pula dengan Nyanyian Nasyid
Serta Persembahan Dari Akhil Hayy, Sham Kamikaze, Shahir AF .

Hingga berjaya mengumpul Lebih 70 ribu muslimin dan muslimat
yang datang serata tempat dan daerah..
Ianya sangat islamik tanpa perlu adanya percikan bunga api..




Bukankah bagus Begini..?
Semoga 2012 menjadi 'TAHUN KEBANGKITAN ISLAM'

~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
Allahuakbar. sinar kebangkitan. Orang mula berkata-kata tentang islam hari ke hari.. Satu perubahan
insan_marhaen berkata…
@AL-QASSAM Islam semakin menuju 'kemenangan'....
Jahirah berkata…
tahun baru dalam kalendar global...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...