Kecil Tapi HEBAT....
Betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai hamba ciptaanNYA...
Lihatlah Kejadian Makhluk Allah ini...
Saiz otak lebah madu sebenarnya hanyalah sebesar sebutir garam halus.
Jumlah Sel otak nya pula adalah lebih kurang 960 000 sel.
Berbeza dengan otak manusia yang mempunyai 100, 000, 000, 000 sel.
Bandingkan
menyentuh..
mengawal suhu dalam sarang..
membuat keputusan..
membina sel indung..
mengenali satu sama lain
mengira..
berlawan ..
belajar..
melihat dalam cahaya ultraviolet..
mendengar..
menghasilkan madu..
menghafal..
memelihara anak..
menari..
menghasilkan propolis..
membersihkan sarang..
berkomunikasi..
memberitahu arah
lebah madu dapat menyimpan jumlah madu yang maksimum
dengan menggunakan jumlah lilin yang paling sedikit.
Heksagon atau segi enam adalah bentuk yang sesuai untuk menyimpan madu..
Semasa proses membuat indung,
lebah madu perlu memastikan sudut dalaman sel-sel tersebut semuanya berukuran 120 darjah.
Andainya ukuran ini silap, ia tidak akan menjadi bentuk indung yang sempurna.
Natijahnya...madu yang disimpan akan terkeluar (melimpah) dari sel.
Bagaimana ya haiwan kecil ini boleh membina indungnya tanpa sebarang kesilapan...?
Itulah HEBATnya kuasa ALLAH s.w.t..
..MASYAALLAH..
Tidak hairanlah cerita tentang makhluk keci ini ada tercatat dalam Al-Quran
Surah An-NAhl ayat 69..
Maksudnya:
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ringkasannya:
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai)” Wahai lebah! makanlah dari setiap buah-buahan yang kamu ingini, sama ada rasanya manis, pahit ataupun antara kedua-duanya.
“Serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” Tempuhilah jalan yang telah diilhamkan kepadamu untuk menempuhnya untuk mencari buah-buahan. Janganlah kamu berasa susah meskipun jalan itu susah, dan janganlah pula kamu ingin kembali daripadanya meskipun ia jauh.
Setelah berbicara dengan lebah selanjutnya Allah s.w.t memberitahu manusia tentang faedah-faedahnya kerana nikmat memang diperuntukkan untuk mereka.
“Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,”
Keluar dari dalam perutnya madu yang beraneka warna. Ada putih, kuning dan ada pula yang merah. sesuai dengan perbezaan tempat pengembalaannya.
“Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit“
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~
"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"
Ulasan