Sesekali Meratah Khazanah Alam.... ♥ Oh Aku Tersenyum di kaki Gunung Mu ♥ ....



Assalamualaikum.....
Ceria harapnya kepada semua yang membaca catatan ini.
Nak tanya kepada sesiapa yang sedang lepak di sini...
CNY tempoh hari pergi merehatkan minda ke mana...?

Saya dan keluarga takde la merancang pergi jauh kali ni...
Biasanya Asal bercuti aje mesti nak keluar daerah...
Fikir punya fikir punya fikir...
Buat plan untuk ambil angin di kawasan berhampiran tempat tinggal aje la.
Tempat menarik yang ada depan mata buat tak cakna je...
'Ape ke heeee nye'....!!
(kata Si Peah Gossip - tak minat pun sebenarnya citer tu...)

Idea yang datang tanpa dirancang , saya pun mengajak en.suami ke satu tempat....
Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak pernah langsung mendengar
nama tempat ni...
Jadi jom ikut saya....
Kita lihat apa yang ada di sini...tumbuh-tumbuhanya dan persekitaran
di 'koridor' kawasan ini..
Banyak juga gambar-gambar menarik yang dirakam untuk dikongsi tatap..

.....Gunung Senyum.....
Inilah destinasi kami sekeluarga beserta keluarga ateh dan ina (kakak dan adik saya).
Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri.
Kali terakhir saya ke sini adalah untuk menghadiri perkhemahan pengakap.
Dan setelah tujuh tahun berlalu saya kembali bertandang ke sini..
Walaupun sebenarnya tempat tinggal saya tidaklah terlalu jauh dengan kawasan rekreasi ini, lebih kurang 30 km sahaja.

Laluan untuk ke Gunung Senyum ..
Kita akan melalui Jengka Tiga Segi..
Kemudian Kg Batu Sawar, Kg Badak dan Kg Teluk Sabak.

Puncak Gunung Senyum dari kejauhan...


Pintu masuk ke kawasan rekreasi.

Indahnya, langit petang ...
Kebetulan hari itu cuaca sangat cerah..
Langit cantik, membiru di hiasi tompokan awan-awan yang memutih..


Pemandangan kawasan persekitaran dan kaki gunung.....
Terdapat kolam dan juga jambatan gantung..
Menyeronokkan meniti jambatan gantung...
terpaksa berpapah pada tali di tepi jambatan.
Sekilas pandang seperti pemandangan di luar negara..
SUBHANALLAH...
Sangat-sangat lah cantik di mata saya..

Wajah Gunung Senyum dari dekat..
Penuh dengan keunikan tersendiri..Dinding batu kapurnya yang membentuk lubang dan lekukan di sana sini.
Di celahan lubang-lubang itu ribuan burung walid membuat sarangnya.






Tatacara mendaki...
Pendakian memakan masa 6 jam 45 minit untuk sampai ke puncak gunung..
Penunjuk jalan yang diiktiraf mesti dibawa bersama jika kita ingin mendaki..







Antara kemudahan yang disediakan....
Chalet untuk mereka yang ingin menikmati suasana malam di kaki gunung.....
Boleh la menginap dan bermalam di sini jika mahu..
Cuma sedikit mendukacitakan kemudahan tandas yang tidak terjaga...
Ketiadaan air menyukarkan pengunjung2 yang datang..
Boleh la bersantai bersama keluarga
di wakaf-wakaf yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Petang itu kami minum petang di kaki Gunung Senyum...
Sungguh nyaman rasanya , diiringi angin dingin kawasan pergunungan....
Terkenang pula kisah novel "Seorang Tua di kaki Gunung".


Benar-benar santai berada di sini..
Begitu ralit memerhati keindahan ciptaa Ilahi...
Tangan juga tak diam..
Asyik merakam potret khazanah alam yang ada di birai-birai gunung ini..




Antara flora yang terdapat di kaki Gunung Senyum...
Banyak lagi yang tak sempat dirakamkan..
Memandangkan kami sekadar menyusuri kawasan birai dan kaki gunung sahaja..
Maklum saja lah, membawa anak-anak kecil, jadi tak begitu berani untuk masuk ke 'dalam'.


Sewaktu tiba di pokok buluh ni,
sepasang mempelai baru sahaja selesai merakamkan gambar mereka... Huhu..
Pengantin pun datang ke kaki Gunung ni untuk sesi fotografi hari bersejarah dia orang..
(◠)
Petangnya bergerak pulang, masing-masing dalam riak wajah yang manis tersenyum...
Kesan daripada bertamu ke Gunung Senyum...

Alhamdulillah Segalanya Berjalan Seperti Yang diRancang.. Dari Pantai Timur Menganjur ke Utara... .Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..

Ulasan

Sue berkata…
Assalamualaikum..seronoknye dapat bercuti sekali-sekala kan.Rehat fikiran.
insan_marhaen berkata…
@Sue Waalaikum salam... Seronok sangat rasanya dapat menukmati keindahan dan kehijauan alam... Jom lah datang sini...
Leeza berkata…
indahnya ciptaan tuhan...pic2 tu pun nampak cantik sgt
insan_marhaen berkata…
Ye la Leeza...terima kasih sudi singgah dan baca...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...